Tuesday, June 30, 2009

TRY TeST

Empat negeri di utara ganding bahu banteras jenayah

BAYAN BARU - Perkongsian maklumat secara sistematik membabitkan semua pasukan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di wilayah utara mampu mempercepatkan tindakan membanteras kegiatan jenayah secara berkesan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pendekatan secara bersepadu itu membolehkan penyaluran maklumat dilakukan dengan lebih pantas untuk mengelakkan penjenayah membolosi kawasan kejadian dengan melarikan diri ke kawasan lain atau sempadan negara.

Beliau berkata sebagai contoh, jika kejadian jenayah berlaku di Bukit Mertajam, maklumatnya akan disalurkan kepada negeri berdekatan iaitu polis Sungai Petani dan Kulim (Kedah) serta Parit Buntar (Perak).

“Kita sudah nampak kejayaan hasil kerjasama erat dan penyaluran segera maklumat yang dilakukan sebelum ini apabila lima lelaki Vietnam yang melakukan rompakan di Kulim berjaya dikesan di kawasan Bukit Mertajam.

“Tindakan pantas anggota polis dari kedua-dua daerah berjaya menumpaskan kumpulan itu apabila berjaya menembak mati kelima-limanya dalam satu serbuan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Bersama Tujuh Penjuru Wilayah Utara yang julung kali diadakan di Hotel Equatorial di sini semalam.

aKTa JPJ


Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

KUALA LUMPUR – Penggunaan kenderaan dengan transmisi gear automatik semasa ujian memandu dijangka dapat dilaksanakan, akhir tahun ini.

:Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata, bagi tujuan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengambil beberapa langkah, termasuk membuat pemindaan dua akta.

:“Kerajaan sedang membuat pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah kenderaan (lesen Memandu) 1992 bagi membolehkan calon menggunakan kenderaan automatik untuk ujian memandu,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Nora Abdul Rahman (BN-Tanjong Manis), bila kementerian akan membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu sebagaimana yang dilaksanakan kebanyakan negara membangun.

:Hoi Chew berkata, pindaan akta tersebut juga akan menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kereta automatif.

:“Sekiranya pemandu memilih untuk menjalankan ujian menggunakan kenderaan gear automatik, maka berdasarkan pindaan akta itu, pemandu hanya boleh memandu kenderaan automatik sahaja,” katanya.

:Beliau berkata, JPJ juga sedang mengubah struktur kurikulum memandu, struktur latihan ujian memandu serta struktur kelas lesen memandu untuk tujuan tersebut.

Monday, June 29, 2009

SuNGai LiMau, YaN HeBaT

Kedah siap sedia jadi ‘Jelapang Minyak’ 2013

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhasrat menjadikan negeri ini ‘Jelapang Minyak’ menjelang 2013 apabila tiga projek mega industri minyak dilaksanakan kelak.

:Menurutnya, tiga projek itu juga kini dalam peringkat akhir rundingan dan kerajaan negeri mahu melaksanakannya secepat mungkin.

:“Insya Allah, jika tiada halangan, ketiga-tiga projek itu akan berjalan lancar. Projek pembinaan depot simpanan minyak mentah oleh Pristine Oil bernilai RM1 bilion, dibangunkan atas tanah seluas 160 hektar di Gurun. Manakala majlis pecah tanah projek penapisan minyak Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) dijangka Ogos ini. Satu lagi projek di Jerlun-Bukit Kayu Hitam,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat peringkat negeri, di sini, semalam.

KeMaLaNGaN MoToRSiKal

KOTA BHARU - Seorang penuntut Politeknik Kok Lanas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh treler di Kampung Tikat dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam mangsa, Mohd Faris Yahya, 20, meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di kepala akibat tersepit selepas kereta jenis toyota yang dipandunya terbabas.

Dua lagi kawannya, Mohd Anis Che Mud, 21, dan Rafid Muradi, 21, masing-masing mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, ketika kejadian berlaku mangsa bersama dua lagi sahabatnya dalam perjalanan pulang dari Pantai Cahaya Bulan menghadiri jamuan makan malam.

“Mangsa yang memandu kereta berkenaan dikatakan mengantuk lalu menyebabkan kenderaannya gagal dikawal dan terbabas sehingga merempuh treler yang diletakkan di tepi jalan terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan yang serius di kepalanya dan meninggal di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Mayat mangsa dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

Sunday, June 28, 2009

SeRi dan JuaRa

Team kami hari ini seri dgn pasukan veteran Bedong jaringan 2-2,ana telah menyumbangkan gol yg pertama untuk pasukan kami.
Brazil juara..

Saturday, June 27, 2009

BoLeH

Kurikulum merupakan satu elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Kurikulum yang dibangunkan dengan teliti dan dirancang rapi mampu memastikan hasil P&P berada di landasan yang betul. Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu aspek yang penting dalam memacu kesinambungan kemajuan negara dalam aspek teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan perancangan yang rapi dan tepat.Sejajar dengan keperluan membangunkan kurikulum yang mengambil kira keperluan negara dalam bidang teknikal dan vokasional, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Pengarahnya, Ahmad Tajudin Jab mengadakan satu kursus Pembangunan dan Reka Bentuk Kurikulum Berasaskan Kompetensi (Development and Design of Competency Based Curriculum) untuk pegawai Kementerian Pelajaran dan guru Sekolah Menengah Teknik di Kajang, mulai 4 Jun hingga 2 Julai ini.Ketika mengulas mengenai kursus berkenaan, Ahmad Tajudin berkata, ia dihadiri seramai 36 peserta yang terdiri daripada 5 pegawai Kementerian Pelajaran iaitu dari Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional serta 31 guru-guru vokasional dari sekolah menengah teknik.``Peserta kursus ini merupakan yang terpilih untuk menjadi pakar pembangunan kurikulum vokasional pada masa akan datang. Mereka sebelum ini telah menjalani kursus Certificate IV in Training and Assessment, dan Diploma in Training and Assessment yang dikendalikan oleh pakar dari Australia. Kedua-dua kursus ini mendapat pengiktirafan antarabangsa,'' katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui di Kajang baru-baru ini.
``Tujuan kursus ini adalah untuk melatih guru dan pegawai kementerian melahirkan tenaga pakar dalam membangunkan kurikulum berasaskan kompetensi untuk mata pelajaran vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional.

SeLeSeMa BaBi

Tenaga pengajar dikuarantin sehingga esok

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah, menjadi sekolah luar bandar pertama ditutup sehingga 1 Julai, berikutan jangkitan selesema babi (H1N1) menyebabkan 42 guru dikuarantin di rumah.

Ketiadaan tenaga pengajar yang dikuarantin sehingga 29 Jun depan menyebabkan pentadbiran sekolah menutup sekolah berkenaan walaupun Kementerian Kesihatan hanya mengarahkan dua kelas ditutup untuk kuarantin, Khamis lalu.

BiaSiSWa NaSioNaL

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pemberian biasiswa kerajaan yang akan dikenali sebagai biasiswa nasional ditawarkan berdasarkan 100 peratus merit tanpa mengira kaum, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Sekiranya pelajar benar-benar layak berdasarkan keputusan terbaik, maka tanpa mengira kaum atau keturunan, mereka akan dapat biasiswa dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kerajaan akan umum pada tahun depan dan kita akan buat pada tahun depan kerana Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan had jumlah subjek bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

HuTaNG

KUALA LUMPUR: Seramai 450,000 orang daripada 1.2 kakitangan awam menghadapi masalah hutang dan mereka perlu diberi perhatian khas kerana mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya kepada Bernama.

BiLa TeRiNGaT

PeRJuaNGaN

“No reasons or explanations were given as to the refusal,” Nizar's lawyer Leong Cheok Keng said in a statement. Both Nizar and Zambry have gone to the courts for a decision on who should be the rightful chief minister of Perak.

MiTi




KANGAR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meningkatkan kemudahan keusahawanan di sekolah terutama menyediakan kiosk untuk para pelajar menjalankan kegiatan perniagaan.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Datuk Kamaruddin Ismail berkata pada masa ini sebanyak 360 kiosk perniagaan diwujudkan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi membimbing para pelajar mengenali dunia perniagaan dan menyemai
bakat mereka dalam bidang berkenaan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) ke-13 peringkat kebangsaan di Politeknik Tuanku Syed Sirauddin Ulu Pauh dekat sini malam tadi, beliau berkata jumlah kiosk itu akan ditambah mengikut
keperluan.
Kamaruddin berkata para pelajar yang disemai dengan semangat keusahawanan perlu mengembangkan bakat mereka selepas zaman persekolahan mereka.
"Tidak kira mereka lepasan sekolah rendah, menengah atau universiti, penyertaan dalam sektor keusahawanan amat digalakkan," katanya.
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan PUM dengan meletakkan sasaran penyertaan 700 buah sekolah menengah di seluruh negara.

BeRDeBaT


Nik Aziz ajak PM berdebat

KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan
dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah.

Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

- BERNAMA

RiM KeReTa


apsal tukar rim kereta boleh laju ka? Laju tera mana?? Awat syarikat kereta tak bubuh siap2 rim besar??

aPa YaNG PeNTiNG

Jika kita boleh membentuk rangkaian kerjasama untuk membasmi ladang-ladang khinzir yang bermasalah dalam negara, maka mungkin tiba masanya kelak, negara kita akan termasuk dalam rangkaian perjuangan watak-watak jernih akhir zaman yang bergabung untuk melenyapkan ladang khinzir sekali gus membunuh dajjal.

ViRuS NiPaH

Ringkasnya, Virus Nipah oleh khinzir di Malaysia tidak melebarkan empayar serangannya ke serata dunia. Tapi, 'swine flu' ini berawal dari Mexico, USA dan kini hinggap ke negara kita. Itu bezanya. Penyakit boleh datang dari pelbagai arah. Tapi, babi itulah punca asal kepada masalah merebaknya penyakit ini.

HaRi KaNTiN( Ko-KuRiKuLuM)


hari yang meletihkan....jualan burger..sungguh laris...tak dan bungkus...

terima kasih semua warga sg limau..

ViRuS H1N1

Mutakhir ini, virus H1N1 menyerang. Selepas selesema burung menyerang kita, kini negara diserang selesema babi. Barat memanggilnya 'swine flu', bukan 'pig flu'. Sebelum ini, kita pernah dengar virus J.E. Baik 'swine flu' dan J.E, kedua-dua virus ini bermuara dari asal-usul keturunan dan susur-galur silsilah yang sama; babi. Bahasa yang lebih lunak ialah khinzir. Ada riwayat menyebutkan bahawa ketika bahtera Nabi Nuh telah penuh dengan kekotoron najis yang dilemparkan musuh-musuhnya, ketika itu muncul haiwan babi yang dikatakan, kononnya telah memakan segala timbunan najis-najis itu. Pada suatu hari, seorang lelaki yang diserang sejenis penyakit kulit jatuh ke atas bahtera Nuh. Dengan tidak semena-mena, penyakit kulitnya sembuh. Berita itu tersebar pantas, sehingga ramai kalangan mereka yang diserang penyakit yang sama telah datang melumur najis dari bahtera itu ke atas tubuh badan mereka. Dipendekkan cerita, akhirnya, lama-kelamaan, hilang lenyaplah segala bau dan najis itu kerana mereka mencuci sehingga bersih bahtera itu semata-mata kerana inginkan saki-baki 'air penawar' yang masih terpalit di atas bahtera tersebut. Wallahu'alam.. Kalau riwayat ini benar, maka sejarah permulaan kemunculan makhluk Allah ini mungkin bermula sejak zaman Nabi Nuh a.s lagi. Sejak Nabi Adam, kita hanya mengenali kambing, lembu sebagai haiwan ternakan. Kita tidak pernah tersua dengan kisah kaum-kaum Aad, Tsamud, masyarakat Iram di padang pasir yang menternak babi. Mereka hanya menternak unta, kambing di gurun sahara. Dalam al-Qur'an, surah al-Baqarah yang mendapat namanya ekoran kisah seekor lembu sapi betina Bani Israel yang digunakan dalam kes pembunuhan. Dan, Nabi Musa ketika itu menjadi hakimnya. Maka, babi sebagai haiwan ternakan sangat asing dalam kisah-kisah al-Quran dan malah tamadun-tamadun, kaum-kaum yang sangat ingkar kepada Tuhan pun, barangkali tidak menternak haiwan ini.

Friday, June 26, 2009

KeNDuRi DuRiaN


CiKGu aJaR aPa???


apa cerita ni..?? hari2 ada kecurian...di taman. ambangan heights.. harta dlm surau pun ada yang mencuri.....anak sapa ni??? apa yang cikgu depa ajar dulu??

Wednesday, June 24, 2009

KeNDuRi DuRiaN







GeNg KemBang semangkuk...buat kenduri...durian..sedap ..
dalam dok makan kenduri...abang halim sudah bagi teka teki..banyak2 binatang, binatang apa paling kuat??cuba pikiq laaa...
kenduri oleh CeO SHaHRiL.. durian mana? Sekilo berapa ?? Lupa tanya...
apa2 pun terima kasih
durian balik pulau...durian chemara jeniang...durian lenggong...Durian Bukit Gantang...Durian Bukit selambau...
dimana Chin Peng??? sempadan malaysia-thailand??? kat belah malaysia..
sapa tau di mana Chin Peng? bagi RM 1 .00 bolehtera2












KeLaPa @ NYioR @ CoCoNuT







BuLaN ReJaB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah. 1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. 2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku. 3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya. 4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka. 9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga. 12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam. 17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. 19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. 20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. 21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. 22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! 23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. 24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar) 25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan. Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya

ReZeKi BuaH KaYu







Tuesday, June 23, 2009

TeMPaT TiNGGaL RoH

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-· Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin. · Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus. · Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina. · Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka. · Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. · Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. · Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-· Orang-orang yang mati syahid. · Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. · Orang yang puasa hari Arafah.

ZiaRaH oRaNG SaKiT



Manusia sentiasa diuji, ada diberi kesenangan, ada dicabar keimanan dengan hidup miskin harta. Ada pula diberi kuasa sebagai ketua atau pemimpin, tidak kurang dianugerahkan kecantikan serta kepandaian.Nikmat yang Allah beri tidak kekal pada kita kerana pada bila-bila masa ia boleh ditarik balik. Yang kaya mungkin jatuh miskin dan yang berkuasa, hilang kuasanya sementara si cantik akan pudar kecantikan apabila usia meningkat.Semuanya boleh berlaku atas kehendak Allah kerana Allah Maha Berkuasa. Allah ingin menguji sejauh mana kita tabah dan sabar berdepan cabaran diberikan-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kuatnya iman kita kepada Allah.Sakit juga adalah ujian Allah kerana itu ada kalanya, kawan yang dilihat sihat tubuh badannya tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit. Nasib kita juga tidak tentu kerana esok lusa, mungkin kita juga diuji dengan penyakit.Orang yang ditimpa sakit sudah tentu diuji Allah. Kita yang sihat ini juga sebenarnya sedang diuji. Allah menguji orang sihat sejauh mana hatinya tersentuh dan bersimpati kepada orang menderita sakit.Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."Melawat orang sedang terlantar sakit di rumah atau di hospital bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan beban perasaan pesakit. Pesakit berasakan dirinya tidak dilupakan saudara mara, kawan dan jiran terdekat.Lawatan atau kunjungan itu boleh menguatkan semangat orang yang sakit untuk terus tabah, sabar dan reda dengan apa yang dialaminya. Kunjungan itu akan memberi kekuatan pada diri pesakit untuk melawan sakit ditanggungnya.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Rasulullah SAW menyifatkan seorang Muslim yang pergi melawat atau menjenguk Muslim lain yang sedang sakit seakan-akan ia sentiasa berada dalam kebun syurga.Kita sebenarnya tidak membuang masa melawat atau menjenguk orang sakit kerana pahala yang kita peroleh cukup besar. Selain mendapat pahala dan reda Allah, mereka yang menjenguk orang sakit mendapat rahmat sejak ia keluar rumahnya dengan niat menjenguk sampai ia kembali. Mereka juga membangun rumah di syurga.Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

HaRi KoPeRaSi


pagi ni ..awal juga tapi sampai lewat juga..

hari koperasi....perasmian hj md noor dari ANGKASA

koperasi ...yang terbesar di malaysia ialah...bank Rakyat..

ok.....perjalanan program lancar...

ada masa juga ...ambik gambar....

nanti masuk..

Monday, June 22, 2009

HaRi iNi


ana sibuk juga...

apsal...penting sangat head count...

dulu tak ada...cikgu ngajar je...

banyak keje..kerani ..cikgu buat..

tak kalut ka...

aPa CeRiTa


Ana teringat rakan2 masa sekolah...masa maktab..masa universiti...

camne..??

Sunday, June 21, 2009

LiGa SuPeR..LaGu MaNa PuLa?


TeRLeNa DaLaM JaGa


Ana sedar dah nak masuk bulan ReJaB.......rabu ni kena puasa sunat awal rejab...1..2

dah masuk time dah puasa pula...sempatkah kita???

sabar...tawakal...berserah..kepada Allah Taala..

MaaF BiLa SaLaH


BaCaLaH


TeRiMa KaSiH CiKGu RaMLi B. iSHaK

Syukran Jazilan..
Ana pi keje ...macam biasa....awal jam 6.30 pg dari rumah...
sampai tempat keje...dah hampir..7.30 pg.....jalan sibuk tak boleh laju..
hari ini ana di suruh jemput dan iring cikgu Ramli...di jemput untuk majlis pagi ..
cikgu Ramli...ana pernah bertegang leher .....tapi dah ...0-0....
dia di beri peluang...berkongsi cerita...ada ana rakan dlm ..videocam....
nanti ada ..peluang ..ana masuk...ucapan itu
terima kasih cikgu ramli...jasa mu akan ana kenang

Saturday, June 20, 2009

iBuKoTa







KuaLa LuMPuR




Syukran Jazilan..
ana pi kuala lumpur...yang pernah ana tinggal...tahun 95-99
kini kuala lumpur dah banyak berubah...
pembangunan...pesat..
jalan hebat...terbaru DUKE..Duta links...terus leh pi ampang..klcc
Tol...hebat juga...RM penting..
itulah kemajuan...fizikal...terbaik..
kemajuan insan.........?????????
ana pi Ampang Putri Hospital...
adik ipar sakit...
bayaran hampir RM10 ribu..selama 6 hari 6 malam
perlunya ada insuran atau medical card..
ana perlu ada...persiapan..




Wednesday, June 17, 2009

KeTe iDaMaN


tahniah...menang dgn jaringan 3-1

TaNGiSaN ToK GuRu


RaMBuT

Rambut perlu kemas..
kemas tanpa fesyen...
untuk pelajar sekolah..

SiHaT SeBeLuM SaKiT


itulah manusia....... kena beringat.. ana nak pi kuala lumpur..
adik sakit dok kat ampang putri...'
sakit ...sebelum sihat..
sabar...kita doa agar semua sihat.

KeLaPa MuDa


Orang yang pertama minum air kelapa?
ReZeKi BuaH KeLaPa......
pokok berguna...
daun berguna..
sabut berguna..
buah...
oRaNG macam pokok kelapa....
semua berguna....
tak ada juga...rosak muda..
pasai mak ayah tak ambik berat..
salah siapa harus di tanya............

uGuTaN DiRi

Syukran Jazilan...
Ugutan untuk apa??
Untuk siapa??
berjaya kah...dgn cara itu.
dah tak ada cara lagi....
Jangan kalut...(.sikap syaitan..)
sabar...ada hikmah..setiap..perjalanan kita.

Sunday, June 14, 2009

BuMi CHiNa...







ReZeKi LauT



SeMaNGaT KeNeGaRaaN.....
LoRaQ SaTu MaLaYSia ....H1N1....

CiNTa KaMPuS




KAMPUNG GAJAH - Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) diminta mengambil langkah sewajarnya menangani ‘budaya bercinta’ di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi akademik mereka. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, satu kajian perlu dijalankan mengenai tingkah laku mereka yang dilihat gemar bersosial dan bercinta daripada memberi tumpuan menimba ilmu di institusi pengajian tinggi. “Jangan dibiarkan masalah ini menjadi satu fenomena yang boleh menjejaskan prestasi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan wang pendahuluan skim pembiayaan pendidikan PTPTN kepada 175 penuntut IPTA kawasan Parlimen Pasir Salak di sini. Tajuddin yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjatuhkan prestasi akademik mahasiswa terbabit. “Satu kajian khusus untuk mengetahui berapa ramai pelajar bercinta di universiti perlu dijalankan, kita lihat ada yang berani menaiki motosikal bersama ke sana dan ke mari, ada juga pelajar yang sibuk hendak berkahwin sedangkan masih belajar sedangkan ini jelas menyimpang daripada tujuan asal memasuki universiti,” katanya. Tajuddin berkata, mahasiswa sepatutnya memberi perhatian penuh terhadap pelajaran dan masalah kualiti mahasiswa Melayu yang agak rendah menyebabkan mereka sukar bersaing untuk mendapatkan pekerjaan berbanding pelajar kaum lain. Beliau berkata ada juga mahasiswa didapati gemar menghabiskan wang pinjaman PTPTN dengan berbelanja untuk perkara lain seperti membeli telefon bimbit daripada mendapatkan buku rujukan atau komputer. Katanya, masalah bercinta dan pembaziran wang PTPTN perlu ditangani sama seperti usaha menyedarkan pelajar yang terlalu sibuk berpolitik, berceramah dan berdemonstrasi kerana semua perkara itu menjejaskan prestasi pelajaran. Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata pihaknya telah mengarahkan tindakan diambil bagi menghadapi fenomena El Nino. Beliau berkata, keadaan itu menjejaskan produktiviti kelapa sawit dan menjejaskan pendapatan peserta Felcra. - Bernama

BoLeHTeRa2...???


Pasukan bola sepak bawah-23 Malaysia yang sedang dalam persiapan menjelang Sukan Sea Laos 2009 menang tipis ke atas pasukan bawah-23 Republik Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras semalam. Gol tunggal perlawanan hadir melalui Mohd Zaquan Adha ketika perlawanan berbaki tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua, aksi pasukan negara bertambah meyakinkan namun gagal menambah sebarang gol. Bagaimanapun pasukan pimpinan K Rajagobal masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.

SeLaTaN THaiLaND

NARATHIWAT - Masyarakat Islam di selatan Thailand semakin hilang keyakinan dengan kerajaan Thailand sekiranya pemerintah gagal menyelesaikan masalah di wilayah bergolak itu. Ada beberapa penduduk mendakwa pasukan keselamatan terlibat secara terbuka dalam kejadian itu berdasarkan kepada pakaian dan percakapan mereka walaupun kerajaan telah menafikan perkara itu. Seorang penduduk kampung berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mat mendakwa kawasan masjid yang diterangi dengan lampu dapat mengecam beberapa anggota pasukan keselamatan keluar dan masuk semula ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das tembakan lagi bagi memastikan mangsa benar-benar mati. “Semua penduduk yang melihat (kejadian) menegaskan itu adalah tentera, walaupun kerajaan menafikannya,” katanya. Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali mendakwa tiada kumpulan pemisah di selatan Thailand seperti didakwa kerajaan dan dia sendiri tidak pernah melihat kumpulan sebegitu. Sementara itu, Gabenor Pattani, Ponthep Siyapan berkata kumpulan pemisah kini beralih menyerang institusi agama di tiga wilayah di selatan Thailand bagi menarik perhatian antarabangsa khususnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memudahkan usaha mendapat autonomi. Dalam pada itu, Di Yala semalam, seorang penyerang melemparkan bom tangan ke dalam sebuah bas mini menyebabkan seorang maut dan 12 lagi cedera. Satu lagi insiden di wilayah sama, menyaksikan dua penduduk beragama Buddha mati ditembak lelaki tidak dikenali.
sinar Harian