Monday, November 23, 2009

Tuesday, November 10, 2009

JOHAN...

Tahniah kepada rakan 2 guru dan staf pendidikan KUALA MUDA YAN.. menjadi JUARA keseluruhan PESTA SUKAN di JITRA pada 29- 31/ 10/2009. Pasukan BOLA SEPAK SENIOR dan VETERAN menjadi JOHAN. SENIOR menewaskan LANGKAWI 2-0 . Terima Kasih.

Thursday, October 15, 2009

dugaan..

semalam..perlawanan bola sepak di smk khir johari.
antara guru2 psppk kmy dgn team 18 smk khir johari..
perlawanan berkesudahan ..2-2..seri..
ini merupakan perlawanan kedua...untuk team aku..psppk kmy..
3 hari lepas game di smt teknik 2 sg petani..menang ..2- 1
tetapi ..semalam ada kenangan..apabila rakan team telah bertembung dgn rakan dlm team..
apabila cuba mendapat bola..
telah menyebabkan..rakan cedera agak parah..iaitu patah 3 di ruang muka dan mata kabur..
aku...hanya mampu membawanya ke..hospital...sultan abdul halim sebagai pesakit luar..di cuci darah di hidung ...
x-ray..mendapati tiada kecederaan..itu aku mula pening..
last aku cadang ke hospital metro.
..apabila aku tanya rakan..adakah beliau mpy insuran..
beliau ckp ada...
terus aku memandu laju ke hospital metro...
di metro semua dgn bayaran..
itu lah penting medical card..
baru aku ingat...

Jumpa ...rakan2


Wednesday, September 30, 2009




Pertemuan dan Perpisahan

Boss pindah tempat baru....mai boss baru pulak....
Nak menari ka?? Nak menyanyi..??
kita tera2 tu dah.....
bolehlah.....

Tuesday, September 15, 2009

Sunday, September 6, 2009

BoiKoT

Soalan :
Saya ingin tahu apakah hukum membeli barang-barang dari syarikat kepunyaan Yahudi yang secara langsung atau tidak langsung memberi sumbangan kepada organisasi-organisasi Yahudi atau Israel yang menindas saudara se-Islam kita di Palestin.
Jawapan :
Haram hukumnya membeli barangan tersebut sekiranya anda mengetahui syarikat itu milik Yahudi, yang mana hasil jualan / keuntungan tersebut disalurkan bagi menindas dan mengancam umat Islam.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor, Soal Jawab AgamaWallahu'alam

PuaSa

Soalan :
Adakah batal puasa apabila azan subuh kedengaran,seseorang itu masih makan lagi dan berhenti sebelum tamat azan ?
.Jawapan :
Di antara perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa ialah makan minum dengan sengaja apabila terbit fajar (apabila azan subuh berkumandang). Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud :"makan dan minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang waktu hitam (kegelapan malam) iaitu waktu (fajar)".Oleh yang demikian, tindakan tuan makan ketika azan dilaungkan adalah membatalkan puasa.Hukumnya batal puasa kerana melepasi waktu imsak...

Berdua-duaaan

Soalan
Apakah hukum sekiranya seorang wanita menumpang kereta seorang lelaki(dalam keadaan wanita tersebut berduaan dengan lelaki tersebut sahaja di dalam kereta). Keadaan tersebut samada menumpang secara umum(untuk pergi kemana-mana) atau atas urusan kerja. Wassalam (Harap jawapan segera, terima kasih)
Jawapan
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.Adalah haram bagi seorang wanita berdua-duaan dengan seoarang lelaki yang bukan muhrim dan sentiasa dalam keadaan berdosa kepada Allah s..w.t, kerana Allah berfirman di dalam Al- Quran yang bermaksud :-"Janganlah kamu menghmpiri perzinaan.....". Jika ada keperluan sekalipun hendaklah bersama dengan mahram sebagai teman bagi mengelakkan fitnah.Wallahu A'lamSumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

BuLaN PuaSa..

Assalamualaikum....
Selamat berpuasa...dah lama tak menaip untuk blog ini. mohon maaf jika atas perkara2 yang tak dapat di elakkan... sibuk tak juga cuma tak dan.. nak buka computer..
Apa pun ana mohon maaf zahir batin..

Thursday, September 3, 2009

Hudud
Soalan:
Apakah hukumnya saya mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk?Mohd. Awaluddin, Kuantan

Jawapan:
Hukum mengatakan hukum hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk adalah haram. Sebab hukum yang ditetapkan Allah dalam Al Quran itu adalah untuk seluruh alam. Maka perkara amat tercela jika mengatakan Al Quran dan segala ketentuannya tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. Jika perkara ini dikeluarkan dari mulut Islam maka segeralah bertaubat, agar tidak sentiasa dalam kesesatan.Mengenai proses pelaksanaannya di dalam masyarakat yang berbilang kaum ini ada ketentuan yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Jadi janganlah umat Islam menafikan hukum-hukum yang telah ditetapkan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sebagai masyarakat awam seandainya kita tidak mampu untuk melaksanakannya adalah lebih baik diam dan menyerahkannya kepada Allah agar hukum Islam dapat diterapkan pada masa yang ditentukan-Nya. Itu lebih selamat bagi kita.Firman Allah SWT dalam Al Quran maksudnya: "Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya". (An Nisaa' 60) Sumber: Darul Nu'man
Soalan:
ADAKAH benar penyakit yang dihidapi seseorang itu adalah balasan Allah ke atas kesalahan dan dosanya terhadap Allah? Jika begitu, adakah individu berkenaan akan terlepas daripada balasan atas kesalahan berkenaan pada hari akhirat kelak? Bagaimana pula halnya dengan orang yang sememangnya dilahirkan cacat?- ZAM,Kuala Lumpur
JAWAPAN
Sesuatu penyakit yang tertimpa adalah ujian Allah ke atas hambanya. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (Ditakhrij Al-Bukhari, 7/149. Muslim 16/127)Dari Abi Sa'id Al-Khudry dan Abu Hurairah Radhiyallahu anhuma, keduanya pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata."Artinya : Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhawatiran yang mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahannya". (Ditakhrij Al-Bukhari 7/148-149, Muslim 16/130)Jika dia sabar menghadapi sakit itu, balasan kesabaran ialah pahala daripada Tuhan dan kafarah, iaitu menghapuskan dosa kecil. Dosa- kecil antara hamba dan Tuhannya boleh diampunkan melalui kesabaran atas penyakit.Jika dosa itu berkaitan dengan manusia, ia tidak terlepas melainkan selepas selesai urusan antara hamba. Mereka yang dilahirkan cacat adalah satu ketentuan Tuhan. Jika mereka redha dan sabar, pastilah akan diberikan ganjaran daripada Allah.Sabar menghadapi sakit, menguasai diri karena kekhawatiran dan emosi, menahan lidahnya agar tidak mengeluh, merupakan bekal bagi orang mukmin dalam perjalanan hidupnya di dunia. Maka dari itu sabar termasuk dari sebagian iman, sama seperti kedudukan kepala bagi badan. Tidak ada iman bagi orang yang tidak sabar, sebagaimana badan yang tidak ada artinya tanpa kepala. Maka Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu anhu berkata. "Kehidupan yang paling baik ialah apabila kita mengetahuinya dengan berbekal kesabaran". Maka andaikata engkau mengetahui tentang pahala dan berbagai cobaan yang telah dijanjikan Allah bagimu, tentu engkau bisa bersabar dalam menghadapi sakit. Wallahu'alam
Terus berdoa, sekalipun zahirnya seperti tidak dimakbul
SOALAN:
Berdoa kepada Allah untuk memohon sesuatu adalah digalakkan, dan yang paling makbul doanya adalah yang paling hampir kepada Allah. Kita telah banyak berdoa, termasuk orang-orang yang soleh di kalangan kita, tetapi semacam tidak dimakbulkan, mengapa berlaku demikian, pernahkah doa Rasulullah s.a.w., tidak dimakbulkan Allah SWT. Tolong Dato' jelaskan. - MOHD ALI BAHAROM, Hulu Langat

JAWAPAN:
Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam. _ Jawapan disediakan oleh: Dato' Dr Haron Din
Soalan
Assalamualaikum,Ustaz, saya ada kemushkilan mengenai bergurau,apakah hukumnya bergurau yang melibatkan hukum Islam contohnya kita kata "kalau siapa bercakap/menulis dalam bahasa Inggeris murtad "itu masalah sayaWassalam

Jawapan

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.Bergurau adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Rasulullah SAW. juga pernah bergurau dengan para sahabat. Tetapi gurauan baginda adalah beradab dan tiada pendustaan. Semua ucapan baginda adalah benar. Bergurau yang melampau-lampau adalah dilarang apatah lagi melibatkan ucapan-ucapan yang boleh merosakkan aqidah seseorang. Bergurau sehingga seolah-olah menghukum orang lain murtad (terkeluar daripada Islam) adalah haram. Pelakunya hendaklah segera bertaubat, menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada orang yang terlibat. Perkara sebegini tidak harus berlaku kerana boleh mencetuskan permusuhan. Berguraulah sekadarnya sahaja. Sebagai seorang Islam perlu menjaga adab dalam semua keadaan. Semoga diberkati Allah.Sekian, wassalam.Wallahu A'lam
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

Saturday, August 22, 2009

CuTi SeKoLaH

Ana Balik kampung satu minggu...cukup2 untuk berehat di kampung..
ada kelas tambahan dan tugasan lain...ana...fikirkan dulu..
sorry....mohon maaf jika ada tersalah kata..tersentuh hati tika baca..blog ini..
maaf di pohon..di bulan ramadhan ini

MoHoN KeaMPuNaN


SeLaMaT BeRPuaSA


Tuesday, August 11, 2009

PerLaWaNaN BoLa SePaK

Perlawananan bola sepak antara Zon KeNanGa dgn SMTeKNiK SP 1......persahabatan.....team kenanga kalah 1-2...perlawanan team pertama.. sejak bergabung..

aMaL BaiK

Dari Hudzaifah r.a., katanya Nabi saw. pernah bersabda: "Para malaikat datang bertemu dengan ruh orang-orang yang sebelum kamu. Mereka bertanya, : "Amal baik apa sajakah yang telah engkau laksanakan?" Jawab orang itu, "Aku pernah memerintahkan kepada para pelayan ku supaya mereka memberi janji kepada orang miskin dan bersikap lapang kepada orang kaya." Lantas para malaikat itu memberikan kelapangan kepadanya.

Monday, August 10, 2009

aMaL dan NiaT

Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".

MaKi

Dari 'Aisyah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Janganlah kamu memaki orang yang telah mati. Kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan (semasa hidupnya)."

Sunday, August 9, 2009

musim cempedak pula


MaSBuQ

Soalan
Bilakah bermula sembahyang masbuq dan bagaimanakah caranya ?
Jawapan
Masbuq ialah orang yang sembahyang mengikut imam yang tidak mendapati waktu yang cukup untuk membaca al-Fatihah.
Dan keadaan masbuq itu adalah sebagai berikut:
1. Bila didapatinya imam sedang berdiri dalam pembacaannya, tetapi ia khuatir kalau-kalau imam segera rukuk sebelum ia selesai membaca al-Fatihah, maka ketika itu baiklah ia membaca Fatihah yang tinggal.
2. Bila didapatinya imam sedang rukuk atau akan rukuk, maka hendaklah ia membaca Takbiratul Ihram saja, kemudian dengan tidak membaca al-Fatihah hendaklah ia rukuk pula beserta imam, sambil membaca takbir untuk rukuk. Dan ketika itu dia masih dapat satu rakaat sembahyang kerana ia sempat rukuk bersama imam. Yang dimaksudkan ialah satu rakaat sembahyang yang sempurna tetapi tidak bererti bahawa ia boleh memutuskan (mengakhiri) sembahyangnya bersama-sama imam, tetapi setelah imam memberi salam, hendaklah dia meneruskan sembahyang iaitu mencukupkan rakaat yang masih tertinggal.
3. Bila didapatinya imam sedang duduk membaca tasyahud atau sedang sujud ! hendaklah ia duduk beserta imam dengan tidak membaca takbir, yakni setelah ia membaca takbiratul ihram. Ketika itu tidak wajib baginya membaca tasyahud itu selain duduk saja mengikut imam sebab bukan tempat baginya membaca tasyahud waktu itu. Begitu juga wajib atasnya mengikut imam pada perbuatan apa sahaja yang masih didapatinya sekalipun perbuatan itu tidak dihitung baginya. Adapun bacaan al-Fatihah bagi masbuq di ketika ini adalah tertanggung kepada imam.Bila si masbuq mengikut imam yang sedang membaca tasyahud akhir, maka tidak boleh ia diam sesudah imam mengucapkan salam yang pertama tetapi hendaklah ia segera berdiri dengan tidak membaca takbir, kerana waktu itu bukanlah tempat baginya membaca takbir itu.Tetapi jika duduk yang akhir bagi imam itu waktu duduk bagi si masbuq, umpamanya didapatinya imam di rakaat ketiga, maka rakaat keempat bagi imam tentu merupakan rakaat kedua baginya atau didapatinya imam dirakaat kedua dalam solat Maghrib, maka rakaat ketiga bagi imam menjadi rakaat kedua baginya, maka boleh ia diam sebentar sesudah salam yang pertama itu. Bahkan disunatkan baginya berdiri sesudah imam memberi salam kedua.
JAKIM

The Amateur Radio Q-Code

The Amateur Radio Q-Code Signal Question Answer, Advice or Order
QRG Will you indicate my exact frequency in kilocycles? Your frequency is ... kc.
QRH Does my frequency vary? Your frequency varies.
QRI How is the tone of my transmission? The tone of your transmission is ...
1. Good.2. Variable.3. Bad.
QRJ Are you receiving me badly? Are my signals weak? I cannot receive you. Your signals are too weak.
QRK What is the legibility of my signals (1 to 5)? The legibility of your signals is ... (1 to 5).
QRL * Are you busy? I am busy (or busy with....). Please do not interfere.
QRM * Are you being interfered with? I am being interfered with.
QRN * Are you troubled by static? I am troubled by static.
QRO * Must I increase power? Increase power.
QRP * Must I decrease power? Decrease power.
QRQ * Must I send faster? Send faster ... (words per min.).
QRS * Must I send more slowly? Transmit more slowly ... (w.p.m.).
QRT * Must I stop transmission? Stop transmission.
QRU * Have you anything for me? I have nothing for you.
QRV * Are you ready? I am ready.
QRW Must I advise ... that you are calling him on ... kc? Please advise ... that I am calling him on ... kc.
QRX * When will you call again? I will call you again at ... hours (on ... kc.).
QRZ * By whom am I being called? You are being called by ... QSA What is the strength of my signals (1 to 5)? The strength of your signals is ... (1 to 5).
QSB * Does the strength of my signals vary? The strength of your signals varies.
QSD Is my keying correct? Are my signals distinct? Your keying is incorrect; your signals are bad.
QSG Must I transmit ... telegrams (or one telegram) at a time? Transmit ... telegrams (or one telegram) at a time.
QSK * Shall I continue the transmission of all my traffic? I can hear you between my signals. Continue: I shall interrupt you if necessary.
QSL * Can you acknowledge receipt? I am acknowledging receipt.
QSM Shall I repeat the last telegram I sent you? Repeat the last telegram you sent me.
QSO * Can you communicate with ... directly (or through...)? I can communicate with ... direct (or through...).
QSP Will you relay to ...? I will relay to ... free of charge.
QSV Shall I send a series of VVV....? Send a series of VVV. QSX Will you listen for ... (call sign) on ... kcs? I am listening for ... on ... kcs.
QSY * Shall I change to ... kilocycles without changing the type of wave? Change to ... kc. without changing type of wave.
QSZ Shall I send each word or group twice? Send each word or group twice.
QTA Shall I cancel nr ... as if it had not been sent? Cancel nr ... as if it had not been sent.
QTB Do you agree with my word count? I do not agree with your word count; I shall repeat the first letter of each word and the first figure of each number.
QTC How many telegrams have you to send? I have ... telegrams for you or for ....
QTH * What is your position (location)? My position (location) is ....
QTR What is the exact time? The exact time is ....
QST * General call preceeding a message address to all amateurs and A.R.R.L. Members. This is in effect "CQ ARRL". QRRR Official A.R.R.L. "land SOS." A distress call for emergency use only.

HoBi BaRu

Salam,
Amateur radio adalah hobi. Kalau diikutkan, banyak perkara asas yang betul Amateur Radio ini tidak diikuti kerana kita perlu mengikut kesesuaian negara, juga slang sesebuah negara.Bahasa inggeris sekrang ni banyak yang gunakan "broken english". Seperti dalam pemantauan dalam HF dan sebenarnya boleh kita gunakan dalam VHF.Kita selang selikan bahasa inggeris dan bahasa melayu. Ini sudah menjadi kaedah yang lama kita pergunakan.Tak menjadi masalah nak ada ing ka atau pun tidak. Asalkan objektif atau matlamat QSO itu dapat disampaikan.Itu kita tak dengar negara Sepanyol QSO lagi. Juga Jepun. Namun objektif kita sebenarnya nak berkawan di udara, tak pernah kita pertikaikan salah atau tidak cara penyampaiannya.Cuma yang dapat saya lihat, penekanan yang selalu diberikan adalah kepada SWL. Cuma takut SWL konfius lebih2 lagi dalam Q qode.Yang perlu juga dipertkekankan disini adalah implimentasi bahasa Amateur Radio dalam setiap perbualan. Itulah yang membezakan kita dengan Kormersial atau CB lebih lebih lagi lanun.p/s yang mudah jangan di susahkan dan jangan dipermudahkan

Q code

Salam buat semua.....Sekadar berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan
Lima-Lima -> Land Line atau Line Location (Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx, 05 xxxxxxxx, 06 xxxxxx, 07 xxxxxxx, 09 xxxxxxx) b] Loceng Terbang atau lebih baik dipanggil Handphone -> Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx, 014 xxxxxxx, 017 xxxxxxx, 019 xxxxxxx)
c] Cheerio(Latin) -> Selamat Tinggal / Bye Bye http://www.thefreedictionary.com/cheerio
d] Jalopy(American) -> Kenderaan http://www.thefreedictionary.com/jalopy
e] Fundimantle -> Tempat kelahiran / ibubapaf]
Harmonic -> Anak-anakg
] Salt Mine -> Tempat kerjah]
Rubber Darkie -> Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)
i] 73 -> Seven Three / Tujuh Tiga / regardsj]
Eyeball QSO (Lebih tepat daripa menggunakan Tingo Tingo) -> Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka
k] Nama Tempat -> Gunakan sebutan biasa untuk tempat tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.
Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur/KL terus sebut Kuala Lumpur/KL tak perlu sebut Kilo Lima. l] PTT -> Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap) Nota: Jangan menggunakan sebutan (contoh ayat yang selalu digunakan) -saya capai PTT dan terus bercakap atau Agaknya dia tertelan PTT kut. Bagi penggunaan ayat di atas yang tepat ialah penggunaan perkataan Mikrofon.PTT - ditekan Mikrofon - dipegang/digenggam. Selamat beramal....

Sunday, August 2, 2009

HaBuaN

RaKYaT TeRima pelbagai undang-undang...peraturan yang lebih menguntungkan sebelah pihak...tengokla.........TOL...ASTRO....TNB...TM...INDAHWATER....AiR.....CUKAI..PINTU..JALAN...
TANAH...................Semua untuk Rakyat membantu negara...??? Negara ToLOnG JaNgan bagi naik harga...servis dok tera2 juga...
InFlasi.....................sapa buat jadi tinggi..??
RaKyAt ikut jeeee.............jangan HinGaQ.....???
bolehtera2.............

aSTRO uNTuNG GiLa

SEBAGAI pengguna Astro sejak lima tahun lalu, saya terkejut mendapati harga pakej Astro akan dinaikkan lagi. Ia adalah bagi pengguna yang mengambil pakej sukan Astro. Penambahan daripada RM59.95 kepada RM71.95 amat tinggi iaitu sebanyak RM12.Alasan diberikan kerana kos penyiaran acara sukan di seluruh dunia meningkat dan Astro tidak lagi dapat menyerap kos bagi penyiaran acara sukan antarabangsa dan tempatan. Jika kita sedia maklum bukan semua acara sukan disiarkan pihak Astro ditonton pengguna yang membeli pakej berkenaan.Sebagai contoh, bukan semua yang menonton sukan golf dan saya rasa yang paling ramai hanya menonton bola sepak. Kebanyakan sukan disiarkan Astro juga disiarkan berulang kali.Saya harap pihak Astro tidak perlu menjadikan alasan kenaikan kos penyiaran untuk membebankan pengguna. Sepatutnya Astro memberi maklumat kenaikan harga pakej dua atau tiga bulan lebih awal, bukannya seminggu daripada tarikh bil semasa.Disebabkan kelewatan menghantar maklumat secara tidak langsung pihak Astro akan mengenakan caj terkini jika pengguna lambat memaklumkan pemberhentian pakej berkenaan. Jika ingin menghubungi pihak Astro, pengguna terpaksa menanggung kos caj telefon.
PELANGGANKECEWA,
Alor Gajah.

HaDiTH oF THe DaY

Narrated 'Abdullah bin 'Amr: Once the Prophet remained behind us in a journey. He joined us while we were performing ablution for the prayer which was over-due. We were just passing wet hands over our feet (and not washing them properly) so the Prophet addressed us in a loud voice and said twice or thrice: "Save your heels from the fire." [Bukhari Book 1 Volume 3 Hadith 57]

SYuKRaN JaZiLaN

Sinar Harian Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus bercadang untuk membawa isu rampasan bir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kelmarin ke mesyuarat UMNO.SH Edisi 2 Ogos

BeRiTa

Sinar Harian Manakala Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamarudin berkata, perhimpunan sebegini langkah tepat dalam menyampaikan kehendak rakyat setelah desakan di Parlimen tidak diendahkan kerajaan.SH Edisi 2 Ogos

HaDiTH oF THe DaY

Narrated Abu Bakra: The Prophet said, "The terror caused by Al-Masih Ad-Dajjal will not enter Medina and at that time Medina will have seven gates and there will be two angels at each gate guarding them." [Bukhari Book 3 Volume 30 Hadith 103]

Wednesday, July 29, 2009

BoLeHTeRa2


HaRi aNuGeRaH CeMeRLaNG

TaHNiaH....HeBaT BeRGaYa.. aPa YaNG PeNTiNG KeRJaSaMa...
JaNGaN FiKiR KiTa... FiKiR MeReKa YaNG MeMBaNTu KiTa..
TaMBaH MeRiT....
BeRi PeNGHaRGaaN ...DeNGaN uMuM KeRJa BuaT MeReKa..

iTu JaLaN uNTuK MeReKa RaSa DiHaRGai..
NiLaiKaN BaNTuaN MeReKa iTu...
MeReKa RaSA SeRoNoK UnTuK MeMBaNTu KiTa

TaKTiKaL eSoK


TiRu MaNa eLoK ...


Sunday, July 26, 2009

RaDio aMaTuR

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Apakah itu Radio Amatur?Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur(dipetik dari risalah MCMC)Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.Bilakah Radio Amatur bermula?Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.Siapa yang boleh membantu saya?Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.Adakah saya perlu membayar yuran?Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

TaHNiaH SeLaNGoR


BaBi PuNYa BaHaNa

Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.Katanya, daripada jumlah kes baru itu, 43 kes merupakan kejadian dari tujuh kluster baru, lima daripada kluster sedia ada manakala enam lagi adalah kes terpencil termasuk satu kes import."Sehingga kini, 1,075 kes dicatatkan dengan satu kematian, dengan 574 kes atau 53 peratus adalah kes import manakala 501 kes atau 47 peratus kes jangkitan tempatan."Hanya empat kes atau satu peratus sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.Sehubungan itu, beliau berkata pihak Kementerian akan terus memantau kejadian kes H1N1 mahupun "Influenza-like illness"(ILI) yang dimasukkan ke hospital.Beliau menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan institusi pendidikan dan tempat kerja supaya lebih peka dan berinformasi mengenai penyakit berjangkit ini. Ismail juga meminta orang ramai melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan terdekat sekiranya terdapat tanda-tanda orang di sekeliling mereka menampakkan simptom yang menjurus kepada jangkitan H1N1 dan ILI."Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan," katanya Penularan wabakMengenai langkah untuk memperlahankan penularan wabak itu, Ismail berkata orang ramai perlu patuhi beberapa peraturan yang digariskan termasuk mengamalkan kebersihan diri terutama membasuh tangan secara rutin serta mengamalkan duduk berjarak sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain di samping mengurangkan majlis perjumpaan."Kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah tetapi perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum dan memakai topeng mulut dan hidung dan jika gejala bertambah teruk, segeralah mendapatkan rawatan," katanya.Mengenai kes kedatangan yang berkurangan disebabkan demam, batuk dan selesema sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja, Dr Ismail berkata perkara itu perlu dilaporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat."Bagi pelajar yang sekolah dan institusi mereka terlibat dengan arahan penutupan sementara, adalah dimaklumkan hanya mereka yang bebas dari tanda-tanda H1N1 atau ILI sahaja yang dibenarkan pulang."Bagaimanapun, bagi mereka yang masih ada tanda penyakit itu, kita nasihatkan mereka untuk terus berehat kerana mereka masih mempunyai risiko untuk menularkan virus di kalangan rakan masing-masing," katanya.Di LABUAN, lapan pelajar dari dua sekolah menengah yang baru pulang dari Melaka mengikuti program kadet pertahanan awam anjuran Jabatan Pendidikan Labuan dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas didapati positif H1N1.Mereka adalah antara 17 pelajar dari Sekolah Menengah Pantai dan 17 dari Sekolah Menengah Sungai Bedaun yang menaiki penerbangan Air Asia AK5177 dari Kuala Lumpur yang tiba di lapangan terbang Labuan 10.40 pagi ini.Baki 26 pelajar bersama dua orang guru yang mengiringi mereka diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari mulai hari ini.Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Zaini Hussin memberitahu Bernama bahawa lapan pelajar itu dimasukkan ke hospital selama tujuh hari.Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal menasihatkan pelajar dan ibu bapa mereka jangan panik tetapi sentiasa mematuhi prosedur perubatan.

BoLeH

hari aku mula terbang dalam simplex sungai petani...boleh lah lepas ni sembang lagi...9w2jnm...73

Sunday, July 19, 2009

HaDiTH oF THe DaY

Narrated Abu Huraira: I heard Allah's Apostle (pbuh) saying, "If there was a river at the door of anyone of you & he took a bath in it five times a day would you notice any dirt on him?" They said, "Not a trace of dirt would be left." The Prophet (pbuh) added, "That is the example of the five prayers with which Allah blots out evil deeds." [Bukhari]

SoLaT JaMa' dan QaSaR

Soalan
saya sering balik kampung dan berjalan jauh. Saya mengetahui ketika musafir kita boleh menjamakkan solat, tetapi lantaran kurangnya ilmu tentang hal itu membuatkan saya tidak yakin untuk melaksanakan solat tersebut. Saya hanya mengqada solat setelah sampai ke destinasi. Banyak perkara yang mengelirukan saya. Misalnya kita tidak boleh menjamakkan solat sekiranya akan mendiami destinasi tersebut lebih dari tiga hari. Kita juga tidak boleh menjamakkan solat sekiranya destinasi tersebut adalah kampung halaman kita.Namun ada yang mengatakan kita boleh menjamakkan solat kerana ia bukan bergantung pada destinasi yang akan kita pergi, tetapi ia bergantung pada tempat di mana kita menjamakkan solat. Contohnya, di pertengahan jalan, kita terhenti, kita tidak berada di situ lebih dari tiga hari dan tempat itu bukan kampung halaman kita.Oleh itu saya amat berharap ustaz dapat menerangkan tentang solat jamak dan qasar, syarat-syaratnya dan cara mendirikannya, agar saya dapat mempraktikkannya kelak.
Jawapan
Kita sepatutnya menjama'kan sahaja solat, qadha solat adalah sesuatu yang amat kurang baik untuk diamalkan. Qadha solat juga hanya wujud apabila seseorang tertinggal kerana uzur seperti tertidur dan yang seumpamanya. Sebarang tindakan meninggalkan solat secara sengaja adalah mengundang dosa walaupun qadha dilakukan.
Berikut pula syarat untuk men"qasar"kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-
i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.
ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.
iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.
iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).
v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.
vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bermusafir dari awal hingga akhirnya.
vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.Solat jama' pula semua syaratnya sama dengan solat qasar.
Berikut maklumat beberapa maklumat tentang jama' solat :-
i. Jama' tidak hanya tertakluk kepada keadaan musafir, terdapat keadaan sukar yang lain seperti hujan terlampau lebat, salji, keadaan merbahaya di luar, sakit (mazhab Syafie tidak membenarkan jamak kerana sakit tetapi harus menurut mazhab Maliki dan Hanbali, Rujuk Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 1/150), semasa Haji, itulah beberapa contoh keadaan yang di benarkan untuk di jama' kan solat. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1375)
ii. Solat jama' boleh dilakukan dalam dua bentuk :-
Pertama : Jamak Taqdim
Ertinya : Di gabungkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti zohor dan asar di dalam waktu zohor, atau maghrib dan isyak di dalam waktu maghrib.Ia berdasarkan hadith shohih dari Muadz Bin Jabal riwayat Ahmad, Tirmidzi Ibn Hibban dan lain-lain.
Syaratnya :1) Solat dilakukan menurut tertibnya atau yang awal terlebih dahulu (zohor dahulu dan asar di kemudiannya, maghrib dahulu dan isyak di kemudiankan), jika tidak maka batal solatnya menurut mazhab Syafie. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/371 )
2) Berniat jamak ketika solat pertama dilakukan, dan harus juga berniat jamak walaupun solat telah bermula. Lafaz niatnya tidaklah perlu di baca dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu juga di benarkan. Tatpi perlu ingat lafaz niat bukannya niat tetapi hanya sebagai pembantu agar niat boleh hadir dengan lebih mudah. Lafaz niat ini adalah saranan mazhab Syafie sahaja, manakala Rasulullah SAW sendiri tidak pernah melakukannya, justeru jika mampu menghadirkan niat di dalam hati tanpa berlafaz, itu yang terbaik.3) Mestilah berturut-turut (Muwalat); Pastikan jangan terdapat pemisahan yang agak panjang atau urusan lain di tengah-tengah kedua-dua solat.
Kedua : Jamak Takhir
Ertinya : Menggabungkan dua solat dalam satu waktu, iaitu waktu solat yang terkemudian. (seperti zohor dan asar di tunaikan dalam waktu asar).Ia dibenarkan syarak berdasarkan hadith yang shohih dari Anas dan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. (Rujuk Naylul Awtar, 3/212)
Syarat-syaratnya :1) Niat Takhir sebelum habisnya waktu solat pertama (iaitu niat dilewatkan solat pertama untuk digabungkan dalam waktu asar atau isyak)2) Berterusan dalam keadaan musafir sehingga tamat solat yang kedua.Soalan saudari tentang tidak boleh jamak sekiranya destinasi perjalanan itu adalah kampung halaman sendiri adalah seperti berikut (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu, 2/1362 cet 4, dar Al-Fikr):-a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan menegatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KLAdapun kenyataan saudari "tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian" adalah syarat untuk qasar sahaja. Adapun solat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat sebab-sebab yang di sebutkan di atas. Sumber: JAIS

SoLaT SuNaT TaHYaTuL MaSJiD

Soalan:
Di sini saya ada sedikit kemusykilan. Biasanya bila ke masjid kita mesti buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan beberapa solat sunat lain kan? Masalahnya, macam mana kalau kita pergi ke masjid awal untuk solat Maghrib. Adakah dikira haram kalalu kita buat solat sunat sebelum masuk Maghrib. Sebabnya waktu diharamkan solat ialah selepas solat Asar kan? Maksudnya kita kena tunggu azan Maghrib dulu baru buat solat sunat atau macam mana?Mohon pencerahan, Jazakallah…
Jawapan:
Solat sunat tahyatul masjid adalah dituntut untuk dilakukan ketika memasuki masjid sebagaimana sabda Rasulullah saw (maksudnya) :“Sekiranya kamu masjid , maka janganlah duduk sehingga kamu menunaikan solat 2 rakaat” ( merujuk kepada solat Tahyatul masjid )(HR Imam Bukhari no : 1163 dan Imam Muslim no : 714 )Berkenaan masalah solat diwaktu haram terdapat khilaf ulama :a. Ulama-ulama Hanafiah , Malikiah dan Hanabilah melarang segala solat diwaktu haram , berdalilkan maksud umum hadis larangan solat di waktu haram.b. Manakala Syafiah dan satu riwayat dlm Mazhab Ahmad mengatakan hadis larangan itu adalah khusus untuk solat sunat mutlak tanpa pengkhususan sebab.Adapun , solat sunat yang khusus bersebab seperti solat tahyatul masjid , solat khusuf dan sebagainya adalah dibolehkan untuk kita mengerjakannya.Tarjih :Solat sunat tahyatul masjid adalah dibolehkan dilakukan walaupun dalam waktu haram , kerana dalil solat sunat tahyatul masjid yang khusus mengkhususkan dalil larangan solat diwaktu haram yang umum.Ini adalah pendapat yang dipilih oleh Ibn Taimiyah dan sebahagian daripada ashab Imam Ahmad.Malah , sekiranya seseorang masuk ke masjid ketika khatib sedang berkhutbah juga adalah disuruh untuk mengerjakan solat sunat tahyatul masjid berdasarkan sebuah hadis sahih :“Apabila telah datang kamu (ke masjid) pada hari jumaat dan ( ketika itu ) imam sedang berkhutbah , maka solatlah kamu 2 rakaat (tahyatul masjid)”WARuj :Taudih al-Ahkam min bulughu al-Maram , As-Syeikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Maktabah Al-Asadi

iBuKoTa


ToKGuRu


aiR LauT

ombak dan pantai...tak dapat di pisahkan..

HaNDPHoNe RoSaK

call mesti tak di jawab...sorry

TuTuP auRaT


eMPaNGaN


TaKDiR

Sinar Harian Dirempuh keretapi - Arwah juga ada pesan dengan adik bongsu dia, katanya ‘jaga mama molek (baik-baik), abang long nak gi lama ni’, tak sangka pula itu ucapan terakhir dia” - Ibu mangsa, Aini Abdul Wahab. Berita penuh di SH Edisi Kelantan 19 Julai.

uNDi SMS........

Sinar Harian Keputusan penuh undi sms yang dijalankan dalam SH dari 14-17 Julai. Keputusan ini disiarkan dalam SH 19 Julai di N10 Inilah senarai pemimpin UMNO, Pas dan PKR pilihan pembaca SH. Nik Aziz 44% Anwar 33% Najib 7% Hadi 6% Nasharuddin 3% Muhyiddin 2% Azmin 2% Hishamuddin 1%

SeTiaP YaNG HiDuP

Sinar Harian Al-fatihah, semalam karyawan Karangkraf kehilangan Hanif Abd Ghani. Seperti kata Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin - “Apa yang menyedihkan, dua bulan sebelum Allahyarham jatuh sakit, dia banyak menulis berkenaan pertemuan dengan Allah SWT di dalam ruangannya..." Baca lanjut di SH N13 19 Julai.

HaDiTH oF THe DaY

Narrated 'Abdullah bin 'Umar : Allah's Apostle (pbuh) said, "When anyone of you dies, he is shown his place both in the morning & in the evening. If he is one of the people of Paradise; he is shown his place in it, & if he is from the people of the Hell-Fire; he is shown his place there-in. Then it is said to him, 'This is your place till Allah resurrect you on the Day of Resurrection." [Bukhari]

KuaLiTi uDaRa

Sinar Harian Kualiti udara kita masih tidak sihat. Hati-hati kepada sesiapa yang menghadapi masalah asma atau batuk.

PeMBuRu

Sinar Harian Jadikan berita ini sebagai iktibar terutama kepada yang gemar berburu. Jangan disebabkan ingin mencari binatang buruan, orang lain menjadi mangsa. Renung-renungkan.

BoLeHTeRa2


Saya dimaklum akan kekalahan tipis 2-3 pasukan bola sepak kebangsaan kepada skuad gergasi dari Eropah, Manchester United petang semalam. Alhamdulillah, meski pun tewas, jelas ada peningkatan terhadap mutu permainan dan prestasi pasukan Malaysia...

Thursday, July 16, 2009

SuLiHH

KUALA LUMPUR,15 Julai (Hrkh)- Bertempat di Hotel Nikko, kerajaan negeri Kedah telah memeterai perjanjian kerjasama (MOU) dengan Merapoh Resources Corporations bagi membangunkan projek penapisan petrokimia yang dinamakan Kedah Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH). Perjanjian bernilai RM35 bilion ini dimeterai antara Merapoh Resources Corporation dengan kerajaan Kedah bersama pelabur-pelabur antaranya Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Invesment Ltd.

HaDiAH 100 HaRi

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch �n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009. 2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa. 3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan. 4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India. 5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang. 6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan. 7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera. 8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat. 9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan. 10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan. 11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

BaHaSA JiWa BaNGSa???

Jerman, negara pengeluar kereta tetap maju meskipun tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mereka di sekolah. Perdana Menteri Jepun dan Turki sendiri pun tidak menguasai Bahasa Inggeris. Namun Erdogan, Perdana Menteri Turki hebat saja bicaranya menentang Perdana Menteri Israel dalam bahasa Turki.

HaK MeReKa

Nur Najihah Muhaimin ialah salah seorang daripada tiga pelajar Melayu di negeri Perak Darul Ridzuan yang menyaman kerajaan Malaysia berhubung pelaksanaan Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Sekarang beliau dan keluarga tinggal di Britain kerana mengikuti ayahnya yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) di salah sebuah universiti terkemuka di sana. Beliau kini sedang belajar di Bishop Gore Comprehensive School, Swansea UK. Ikuti luahan hati Nur Najihah tentang isu PPSMI dan kembali menghijaunya semangat beliau setelah melihat para pejuang bahasa terutamanya Pak Samad kini bangkit berdiri membantah pelaksanaan PPSMI.
Sudah lama saya baca tentang kes ini dari jauh. Awalnya, saya sudah mula bosan bila saya lihat orang Melayu Malaysia seolah-olah tidak ambil kisah akan perjuangan bahasa ini. Namun begitu, paradigma berlaku apabila tiba-tiba orang Malaysia kini tahu perjuangan bahasa tanpa mengira bangsa. Perasaan perjuangan saya kembali hijau. Seribu kata terpendam di atas kertas.
Menurut fasal 152 Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan (1967) dan Akta Pelajaran (1996), Bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar. Maka dengan itu kerajaan sendiri telah melanggari akta itu. Jelas bukan!

sila baca...harakahdaily.net

iNFLaSi....MuLa NaiK

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Kadar tambang teksi akan dinaikkan dari RM2 kepada RM3 untuk tiga minit pertama, manakala tambahan 10 sen akan dikenakan bagi setiap 115 meter perjalanan. Manakala kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos depan.

Wednesday, July 15, 2009

DSAI

Untuk makluman, kemaskini perjalanan mahkamah secara langsung boleh diikuti melalui laman web http://www.twitter.com/AnwarIbrahim2. Sila ke laman web tersebut untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai kes Dato’ Seri Anwar dari kamar mahkamah. Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibr

MuKTaMaD

Keputusan muktamad siapa Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin merayu terhadap perisytiharan ...

HaDiS NaBi

Hadith of the Day Narrated Abu Huraira: The Prophet (pbuh) said, "Every Prophet was given miracles because of which people believed, but what I have been given, is Divine Inspiration which Allah has revealed to me. So I hope that my followers will outnumber the followers of the other Prophets on the Day of Resurrection." [Bukhari, Book 6 Volume 61] Insha'Allah

BoLa SePaK

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menewaskan Zimbabwe 1-0 pada perlawanan pusingan kedua bola sepak persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.Gol tunggal perlawanan berjaya dijaringkan pemain pertahanan ...

MoNoReL


ToK GuRu



HiJau


Tuesday, July 14, 2009

PPSMi

MCA akan mencadangkan kepada Kabinet esok supaya mengekalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) untuk pelajar aliran sains di Tingkatan empat dan lima.Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, parti itu mengambil kira kepentingan pelajar aliran sains di kedua-dua tingkatan tersebut."Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik di peringkat sekolah menengah, perlu dikekalkan disebabkan aliran itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pra-kabinet di ibunegara hari ini, lapor Bernama.Ong juga mencadangkan matematik dan sains diajar dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), jika perlu bagi Tingkatan 1 hingga 3, kerana pelajar mungkin berdepan masalah untuk bertukar bahasa selepas masuk ke Tingkatan 4.Rabu lalu, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan kembali dijalankan dalam bahasa Melayu berkuatkuasa 2012.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) pula akan dijalankan dalam bahasa ibunda masing-masing.Ong berkata beliau juga akan mencadangkan kepada kabinet supaya menambah masa yang diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC, dengan menggunakan masa yang diperuntukkan sebelum ini untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris."Kami mendapati masa yang diperuntukkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC jauh kurang daripada sekolah kebangsaan (SK). Masa diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran itu di SK ialah 330 minit seminggu bagi Tahap 1 hingga 3, manakala hanya 120 minit diperuntukkan bagi SJKC," katanya.Ong berkata, parti itu mahu masa diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris ditambah kepada sekurang-kurangnya 180 minit seminggu kerana ia bimbang dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar SJKC."Semua pelajar di SJKC disyaratkan belajar tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin berbanding dengan SK, jadi masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris kurang daripada SK," katanya.

HaDiS

larangan Rasulullah s.a.w. dalam Sabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Hadis

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda kepada anak baginda, Fatimah yang bermaksud; “Beramallah kamu wahai Fatimah, kelak di akhirat , ayah tidak dapat membelamu dihadapan Allah SWT.”
Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.
Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi."Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.
Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya

BaS TeRBaBaS

Bas Rapid dalam perjalanan dari Shah Alam menuju Kuala Lumpur terbabas ke laluan motosikal di persimpangan Pantai Baru selepas cuba mengelak kereta jenis Proton Satria.Seramai 28 orang cedera parah,kesemua ...

LaWaN TeTaP LaWaN

DSAI akan menunaikan solat jumaat di Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam. Berikut adalah butiran program tersebut: Tempat: Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam. Tarikh: 17hb Julai 2009(Hari Jumaat) Masa:1.15PM-2.15PM Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrah

MaNeK uRai

Sinar Harian Pas menang 5348 undi mengalahkan calon BN, 5283 dengan majoriti 65 undi manakala undi rosak sebanyak 117

HaDiTH oF THe DaY

Hadith of the Day Abu Huraira: The Prophet (pbuh) said, "If the people knew the reward for pronouncing the Adhan & for standing in the first row & found no other way to get that except by drawing lots they would draw lots, & if they knew the reward of the Zuhr prayer they would race for it & if they knew the reward of 'Isha' & Fajr prayers in congregation, they would come to offer them even if they had to crawl." Mash'Allah

BeLaJaR BaHaSa aRaB

Belajar Bahasa Arab طَبـيْب (thobiib) = dokter. صَيْدَلِيّ (shoydaliyy) = apoteker. طَيّار (thoyyaar) = pilot. مُدَرِّس (mudarris) = pengajar. طَبّاخ (thobbaakh) = juru masak. كَهْرَبيّ (kahrobiyy) = ahli listrik. شُرْطِيّ (syurthiyy) = polisi. سَائق (saa-iq) = supir. ما مِـهْـنَـتُـكَ (maa mihnatuk?) = apa profesimu?. أنا مـُدَرِّس (ana mudarris) = saya seorang pengajar. كَيْفَ أنْتَ؟ (kayfa anta?) = bagaimana denganmu?

Monday, July 13, 2009

BuaNG BaBy

Salam.
ALLAH berfirman (mafhum):`Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.`Ia bersembunyi dari orangramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yg disampaikan kpdnya (ttg ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir;) adakah ia akan memelihara anak dalam keadaan yg hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yg mereka hukumkan itu.'AN-NAHL: 58-59.'
Arab jahiliyyah tanam anak perempuan hidup-hidup kerana menganggap ada sial pada anak-anak perempuan.Tiga hari lepas, di Sungai Petani, seorang gadis berusia 20 tahun melahirkan anak tanpa perkahwinan yg sah.Yg hebatnya, si ibu turut sama `merestui' perlakuan keji si anak dgn mencampakkan bayi itu ke dalam tong sampah!Laporan polis telah dibuat. Mereka akan di dakwa kerana menyembunyikan kelahiran!Tak timbul isu zina, kerana zina adalah perkara biasa dalam masyarakat One Malaysian sekarang ini.Di akhirat, inilah dialognya:`Dan apabila anak perempuan yg ditanam hidup-hidup: di tanya'`Dengan dosa apakah ia dibunuh?'
AT-TAKWIR: 8-9`

aDaB MiNuM

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).

ADAB MINUM

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)2. Mencuci perut3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekasMinuman Manis dan SejukAisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenisminuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah akudengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkanpernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalahAlhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambilberdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadismenyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
**FROM: MADZLAN (UPDP), Pusat Portal Islam UUM

PaS

Parti lslam Se-Malaysia atau PAS (singkatan dlm jawi) diluluskan pada 31 Mei 1955. PAS adalah kebangkitan semula Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 dan Hizbul Muslimin yg di tubuhkan pd tahun 1948 yg di haramkan British pd Jun 1948 akibat pengaruh kebangkitan Islam luar negara spt Ikhwanul Muslimin d Afrika Utara, Jamiat al-Islami d Asia Selatan, revolusi Islam d Asia Barat dan kemunculan harakah Islamiyah d Kepulauan Nusantara. Perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai lslam dan hukum Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

BuaNG KeRJa

Sinar Harian Setakat ini seramai 38,842 pekerja diberhentikan di seluruh negara sehingga awal Julai akibat krisis ekonomi. Bagaimanapun Kementerian Sumber Manusia sedang menjalankan pelbagai langkah termasuk Program Penempatan Pekerjaan (3P). Berita lanjut SH 12 Julai esok.

BeRSuSaH PaYaH

Sinar Harian KUALA KRAI - Pas masih tidak menyenangi kehadiran terlalu ramai anggota polis di Manek Urai dan meragui peranan mereka pada pilihan raya kecil itu, Selasa ini.Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kenderaan polis yang banyak diletakan di tepi dan persimpangan jalan, terutama di Laloh menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan.SH 13 Julai

HiSTeRia

Sinar Harian Seorang pelajar yang mengalami histeria sehingga 18 kali, ingin dikenali sebagai Maziah berkata, dia selalu nampak lembaga hitam dan putih yang melintas sekelip mata di depan matanya, dan selepas itu dia tidak sedar apa-apa kerana mengalami histeria.

Sunday, July 12, 2009

SeLSeMa BaBi

Seorang pelajar UiTM Melaka suspek H1N1MELAKA - Seorang pelajar lelaki dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Alor Gajah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan setelah disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) malam tadi.Pengarah UiTM Melaka, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam berkata pelajar tersebut berusia 18 tahun.“Langkah pencegahan telah diambil di kampus tersebut dan setakat ini tidak ada pelajar yang di kuarantin. Semua aktiviti termasuk kelas berjalan seperti biasa,” katanya kepada Bernama.Dr Mizan berkata tiada juga larangan untuk urusan keluar masuk ke kampus itu.Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Ghazali Othman berkata pelajar berkenaan sedang menerima rawatan lanjut di hospital.Beliau berkata pihaknya telah membuat saringan terhadap pelajar lain yang pernah mempunyai kontak dengan pelajar berkenaan. - Bernama

MaSiH aDa PeLuaNG

PUTRAJAYA 9 Julai - Keputusan muktamad siapa Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Saturday, July 11, 2009

BaGi eLoK

Kenyataan Media AIC 11 Julai, 2009, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menggesa agar Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor dan pengerusi kepada Pendidikan Industri?Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB), yang bertangunggjawab sepenuhnya menguruskan Universiti Industri Selangor (UNiSEL), agar...

RaYuaN

Mohammad Nizar mengemukakan kebenaran merayu terhadap keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Md. Raus Sharif pada 22 Mei lalu yang sebulat suara mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah. ...

HiJaB


KeHiDuPaN


BeRCouPLe

5 SEBAB MENJADIKAN BER"COUPLE" HARAM
Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalahharam.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islammemelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidakharus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)From:"naim"