Friday, July 10, 2009

MaNDi WaJiB

Hukum melengahkan mandi hadas SoalanApakah hukumnya melengah-lengahkan mandi hadas?
Jawapan :Allah swt berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:
"Dan jika kamu sedang dalam keadaan junub, maka bersegeralah kamu mandi"
Berdasarkan ayat di atas ia menunjukkan bahawa yang sedang dalam keadaan junub (tidak suci) hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk ibadat-ibadat bagi membolehkannya menunaikan ibadat wajib seperti solat dan sebagainya. Sengaja melengahkan berdosa.Wallahu'alamSumber: JAIS

BoSS

Aku ada boss, dan aku pasti korang semua ada boss masing-masing, melainkan korang ni kerja sendiri jadi boss pada diri sendiri. Boss, seorang ketua dalam satu-satu organisation, tak kira lah kat office ke, kat sekolah ke atau dalam kumpulan gang-gang penjahat.. at least ada seorang ketua, atau lebih manis dengan nama manjanya, boss!

PeNKiD

Penkid, wanita yang berperwatakan dan berpakaian lelaki. Mereka menganggap diri mereka lelaki dan hanya tertarik kepada perempuan. Berlawanan dengan mak nyah aka pondan yang berperwatakan dan berpakaian seperti perempuan.. Penkid ni, macam kita tau lah berambut pendek, berpakaian lelaki, berlagak macam lelaki, rasa diri tu dah memang lelaki dah walaupun terpaksa time nak kencing tu masuk toilet perempuan. Tak ke hipokrit tu.. dah alang-alang rasa diri tu lelaki masuk la terus toilet lelaki kan.

iNGaT

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (Maksud Surah An Nahl: Ayat 90).

DaH BeRuBaH

Kisah bermula apabila PKPIM vice-president Munirah Bahari melaporkan baju berwarna putih sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ.
The white blouse is too transparent for girls and it becomes a source of attraction, and that it could encourage rape, sexual harassment and even premarital sex”. - Munirah Bahari


OK.. sejak aku mula-mula sekolah sekitar 1979, aku pakai seluar pendek biru manakala awek-awek pakai uniform skirt paras lutut. Zaman-zaman belum bersunat tu takde yang menyetimkan pun sehinggalah hidayah Allah sampai ke sekolah aku sekitar 1983 barulah ada awek-awek yang pakai baju kurung putih dan kain biru gelap. Lelaki pulak masih berseluar pendek namun pemakaian seluar panjang adalah digalakkan. Memandangkan darjah 5-6 masa tu bulu dah nampak kat kaki. Ustazah masa tu pakai anak tudung jer.. Zaman jahiliah betul.Masuk sekolah menengah, pakai seluar panjang warna hijau taik lembu, manakala awek-awek pakai baju kurung putih berkain biru muda, non muslim pakai skirt biru muda paras Nak salah uniform tu 100% pun, dah berapa puluh tahun dah pakaian tu dipakai di Malaysia. Dulu-dulu bab sex ni tak lah kecoh macam hari ni, gambar porn susah nak dapat, video blue pun payah, jangan kata menatang henpon yang ada kamera, henpon pun tak wujud lagi.. internet pun takde lagi. So kecenderungan untuk melakukan adegan-adegan seperti meraba, merogol dan sebagainya tu tidak melampau. Takde masa tu awek-awek yang pakai baju body fit ketat dari pinggang sampai atas, kalau aku describe karang buruk pulak bunyinya. Kalau ada pun masa tu memang kedengaranlah anak kurang ajar, budak rosak, takde akhlak, anak siapa la tu dan macam-macam lah. Sebab apa takde, sebab takde pengaruh luar yang masuk ketika itu untuk mengiklan kan baju-baju seumpama itu.
Keadaan semakin berubah, sedikit demi sedikit movie luar masuk ke Malaysia, kissing and hugging adalah normal di negara mereka so kita terima hakikat itu adalah sebagai budaya mereka dan akhirnya kita sendiri rasa itu sudah menjadi perkara biasa kita tengok di TV. Betul tak. Dah tak nampak canggung. Masyarakat kita boleh terima.

HaK

“Ini adalah hak asasi rakyat (minyak)… kalau kerajaan tidak mahu rakyat berdemontrasi, janganlah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak rakyat” - Tok Guru Nik Aziz

BeSaR Ka

Di dalam dunia lelaki yang inginkan kereta yang besar, pekerjaan yang besar, rumah yang besar-besar, bini yang besar dan apa sahaja yang besar-besar, payah untuk lelaki melupakan sesuatu yang besar itu adalah lebih baik dari sebaliknya. Adakah besar itu lebih baik, lebih bernilai dari yang kecil. Apakah yang kecil itu memang cap ayam semata-mata.

BaRu Tau


Ini bukan isu baru ia pernah didedahkan sedikit masa dahulu namun mungkin kerana kekurangan fakta pendedahan ini hanya disapu ke bawah permaidani.Di persisiran laut Kelantan, Allah telah menurunkan 'rezeki' dari perut bumi iaitu minyak dan gas. Hasil ini kalau digali dan di daratkan di Kelantan ia bukan sahaja boleh memberikan rezeki kepada rakyat Kelantan tetapi turut dirasai negeri sekitar dan seluruh negara.Namun oleh kerana Kelantan diterajui oleh Pakatan Rakyat dan regim hampir hilang harapan untuk mengambil alihnya semula maka regim ini yang menggali minyak dan gas di lautan Kelantan mengambil keputusan untuk mendaratkan hasil industri petroleum tersebut di Thailand.Ini menggambarkan kebusukan hati pemimpin Regim . Sanggup beri untung kepada 'orang asing' dari melihat anak bumi sendiri makmur hasil dari anugerah Illahi.....Di bawah ialah petikan pendedahan wujudnya industri petroleum di lautan Kelantan.Namun berdasarkan banyak pendapat pakar perundangan maka kerajaan Kelantan masih layak membuat tuntutan royalti terhadap Petronas kerana memunggah kekayaan bumi Kelantan.

BuaH KiTa


BoLeHTeRa2

Sinar Harian Akibat merompak telefon bimbit dan kad pengenalan remaja 16 tahun dengan bersenjatakan pisau, mahkamah menjatuhkan hukuman menjalankan khidmat masyarakat selama 200 jam. Berita lanjut mengenai hukuman sebelum ini dalam SH 8 Julai.

SaLaH SiaPa

Sinar Harian Hospital kerajaan diminta lebih berhati-hati dan prihatin apabila merawat pesakit. Ramai yang memberikan maklumbalas dan mengadu kepada SH mengenai perkhidmatan yang diberikan sesetengah hospital kerajaan sehingga menimbulkan masalah kepada pesakit. Ada yang pernah mengalaminya? SH Edisi Pahang 10 Julai.

KHaBaR aNGiN

Sinar Harian Ketiadaan Ustaz Nasha di Manek Urai menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya. Rupa-rupanya beliau menjalani pembedahan pada ususnya. Berita lanjut di SH Edisi Kelantan 10 Julai.

PPSMI

Sinar Harian Sains, Matematik dalam bahasa Malaysia kuat kuasa 2012 - PUTRAJAYA - Kabinet semalam, meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran dalam memartabatkan bahasa Malaysia dan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam bahasa Malaysia dan ibunda berkuat kuasa 2012.TPM.SH 9 Julai

HeRo