Sunday, June 14, 2009

CiNTa KaMPuS




KAMPUNG GAJAH - Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) diminta mengambil langkah sewajarnya menangani ‘budaya bercinta’ di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi akademik mereka. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, satu kajian perlu dijalankan mengenai tingkah laku mereka yang dilihat gemar bersosial dan bercinta daripada memberi tumpuan menimba ilmu di institusi pengajian tinggi. “Jangan dibiarkan masalah ini menjadi satu fenomena yang boleh menjejaskan prestasi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan wang pendahuluan skim pembiayaan pendidikan PTPTN kepada 175 penuntut IPTA kawasan Parlimen Pasir Salak di sini. Tajuddin yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjatuhkan prestasi akademik mahasiswa terbabit. “Satu kajian khusus untuk mengetahui berapa ramai pelajar bercinta di universiti perlu dijalankan, kita lihat ada yang berani menaiki motosikal bersama ke sana dan ke mari, ada juga pelajar yang sibuk hendak berkahwin sedangkan masih belajar sedangkan ini jelas menyimpang daripada tujuan asal memasuki universiti,” katanya. Tajuddin berkata, mahasiswa sepatutnya memberi perhatian penuh terhadap pelajaran dan masalah kualiti mahasiswa Melayu yang agak rendah menyebabkan mereka sukar bersaing untuk mendapatkan pekerjaan berbanding pelajar kaum lain. Beliau berkata ada juga mahasiswa didapati gemar menghabiskan wang pinjaman PTPTN dengan berbelanja untuk perkara lain seperti membeli telefon bimbit daripada mendapatkan buku rujukan atau komputer. Katanya, masalah bercinta dan pembaziran wang PTPTN perlu ditangani sama seperti usaha menyedarkan pelajar yang terlalu sibuk berpolitik, berceramah dan berdemonstrasi kerana semua perkara itu menjejaskan prestasi pelajaran. Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata pihaknya telah mengarahkan tindakan diambil bagi menghadapi fenomena El Nino. Beliau berkata, keadaan itu menjejaskan produktiviti kelapa sawit dan menjejaskan pendapatan peserta Felcra. - Bernama

No comments:

Post a Comment