Saturday, June 27, 2009

MiTi




KANGAR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan meningkatkan kemudahan keusahawanan di sekolah terutama menyediakan kiosk untuk para pelajar menjalankan kegiatan perniagaan.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Datuk Kamaruddin Ismail berkata pada masa ini sebanyak 360 kiosk perniagaan diwujudkan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi membimbing para pelajar mengenali dunia perniagaan dan menyemai
bakat mereka dalam bidang berkenaan.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) ke-13 peringkat kebangsaan di Politeknik Tuanku Syed Sirauddin Ulu Pauh dekat sini malam tadi, beliau berkata jumlah kiosk itu akan ditambah mengikut
keperluan.
Kamaruddin berkata para pelajar yang disemai dengan semangat keusahawanan perlu mengembangkan bakat mereka selepas zaman persekolahan mereka.
"Tidak kira mereka lepasan sekolah rendah, menengah atau universiti, penyertaan dalam sektor keusahawanan amat digalakkan," katanya.
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan PUM dengan meletakkan sasaran penyertaan 700 buah sekolah menengah di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment