Tuesday, June 30, 2009

aKTa JPJ


Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

KUALA LUMPUR – Penggunaan kenderaan dengan transmisi gear automatik semasa ujian memandu dijangka dapat dilaksanakan, akhir tahun ini.

:Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata, bagi tujuan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengambil beberapa langkah, termasuk membuat pemindaan dua akta.

:“Kerajaan sedang membuat pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah kenderaan (lesen Memandu) 1992 bagi membolehkan calon menggunakan kenderaan automatik untuk ujian memandu,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Nora Abdul Rahman (BN-Tanjong Manis), bila kementerian akan membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu sebagaimana yang dilaksanakan kebanyakan negara membangun.

:Hoi Chew berkata, pindaan akta tersebut juga akan menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kereta automatif.

:“Sekiranya pemandu memilih untuk menjalankan ujian menggunakan kenderaan gear automatik, maka berdasarkan pindaan akta itu, pemandu hanya boleh memandu kenderaan automatik sahaja,” katanya.

:Beliau berkata, JPJ juga sedang mengubah struktur kurikulum memandu, struktur latihan ujian memandu serta struktur kelas lesen memandu untuk tujuan tersebut.

No comments:

Post a Comment