BAB 1 - TAMADUN AWAL MANUSIA
1 a) Huraikan sumbangan sistem Tulisan Mesopotamia (5m)
Jurutulis - Melahirkan jurutulis
Pendidikan - Sistem pendidikan diperkenalkan
Rekod - Merekod / urusan pentadbiran
Perdagangan - Urusan jual beli ditulis
Sastera - Melahirkan sastera epik Gilgamash dan falsafah
b) Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir (5m)
Polistisme - Percaya kepada konsep politisme
Tuhan - Tuhan dikaitkan dengan unsur alam Amun (Tuhan Angin)
- Bakal - Mayat dibekal dengan kelengkapan harian untuk Re (Tuhan Matahari) Ra-Tam(Tuhan Langit)
Kehidupan - Percaya ada kehidupan selepas mati
diguna selepas mati
c) Sumbangan Tamadun Mesir dalam Sains dan matematik (10m)
Senibina - Pembinaan piramid dan spinx
Teknik - Imhotep membina bangunan dengan teknik batu bata
Kertas - Mencipta kertas daripada pokok papyung
Tulisan - Merekod tinggalan tamadun dalam hieroglif
Mumia - Proses mengawet mayat/mumia
Perubatan - Kemajuan ilmu pembedahan dan perubatan berstatus tinggi
Ilmu - Ilmu matematik, geometri, algebra,astronomi
Pengairan - Cipta sistem pengairan yang tukar padang pasir jadi kawasan pertanian dengan terusan
Kalendar - Sistem kalendar 365 hari dengan 12 bulan dalam setahun
Kawalan - Kawalan air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir
2 a) Huraikan sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi. (14m)
Seni bina sumbangan seni bina piramid daripada ilham imhotep, iaitu sainstis, ahli
fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.
Teknik Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan
menggunakan batu bata.
Kertas Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nill.
Simpan Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah
bangsa.
Tulisan Tinggalan tamadun mesir purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod
yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
Perubatan Kemajuan dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan
yang mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk
firaun dan masyarakat.
Mumia Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat.
Ilmu Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan
pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
hingga ke hari ini.
Matematik Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid dan astronomi
telah digunakan untuk mengawal banjir di Sungai Nill yang berlaku sekali
dalam setahun.
Pengairan Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan
kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
Tebus guna Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10000 hektar.
Kalendar Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan
orang mesir purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
Tinggal Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu
manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.
Nadi Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air Sungai Nill
yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.
b) Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan Kerajaan Mesir Purba. (6m)
Kanak-kanak Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak sejak dari
umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga atasan.
Ibadat Institut pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran
kerajaan.
Lahir Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan
terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
Sains Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh
menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai nill serta pembinaan bangunan
dan piramid.
3 a) Jelaskan proses pembentukan negara kota Tamadun Hwang Ho. (4m)
Anyang Petempatan awal berdasarkan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar
dan Anyang menjadi negara kota terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
Pusat Di Bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
Tinggal Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan
bandar.
Tembok Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan
dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
b) Huraikan organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho. (6m)
Raja Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
Petani Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di
luar negara kota ini.
Artisan Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi
menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera
serta peralatan untuk upacara keagamaan.
Tentera Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa
menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
Hamba Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
c) Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. (10m)
Sistem politik
Monarki Dari segi politik, sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
Maharaja Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
Mandate Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga.
Dinasti Amalan pemerintahan Dinasti diteruskan hingga abad 20.
Sistem Ekonomi
Pertanian Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan
pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
Teknologi Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan
pertanian.
Batas Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Besi Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.
Tulisan Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Bidang Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
Ajar Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
Kembang Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
Agama dan Kepercayaan
Puja Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
Sesuai unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian
masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
Yin / Yang Konsep Yin dan yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih
terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
Kejadian Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur
yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan yang kuasa aktif.
Feng hsui Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia
berharmoni dengan alam semesta.
Kalendar Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari
dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Musim Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
Harian Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti
upacara perkahwinan, pemburuan ataupun pengebumian.
Sun tzu Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, Tahe Art Of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
Urusniaga Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.