Thursday, July 9, 2009

KoRBaN Jeee

Perkara ini memang biasa terjadi kepada guru. Malah ia bukan sebagai rungutan seorang cikgu. Jika terbeban, guru yang memikul tanggungjawab tanpa siapa yang tahu. Menjadi guru semua kena tahu pekeliling, mengajar, bersukan, pertolongan cemas dan lain lain. Sesetengah orang kata, kerja guru senang datang pagi balik tengahari ataupun petang. Murid cuti, cikgu pun cuti. Realiti di luar memang begitu, namun hakikatnya cikgu bekerja tanpa henti, silap haribulan cepat kena serangan jantung.

HiaSaN Jeeee

Seorang rakan pendidik bercerita tentang masalah beliau kepada saya, semua sekolah ada mesin fotostat tetapi fungsinya hanya hiasan. Saya banyak mendengar keluhan warga pendidik tentang hal ini. Namun kali ini beliau betul-betul marah. Halnya mudah, beliau banyak perkara perlu dibuat salinan namun sekolah tidak memberikan kebenaran membuat salinan menggunakan mesin fotostat. Walhal, semua kerja diberikan pentadbir untuk disudahkan. Terpaksa pula beliau fotostat di luar menggunakan duit sendiri. Apabila dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pentadbir, jawapannya mudah kita tidak banyak peruntukan untuk membeli kertas dan toner.

PaNGKaT

Sengaja atau tidak sengaja diperlakukan sebegitu. Pendidik menerima bahana kesan pengurusan yang tidak menjadikan faktor kemanusiaan sebagai perkara utama dalam hal kenaikan pangkat. Isu DG 29-32 yang dinaikkan kepada DG 41 menerima kesan walaupun pengalaman mereka berpuluh tahun. Kenaikan gaji mereka seolah-olah ditangguhkan walaupun bergerak ke tangga DG41. Begitu juga rungutan terbaru dengan masalah yang dihadapi guru-guru tingkatan enam yang juga seolah ‘ditangguh’ kenaikan pangkat.

BoLeHTeRa2

Kata ramai rakan pendidik yang menyamakan kesungguhan cikgu hanya sebagai usaha mimpi seperti dalam cerita labu-labi (P. Ramlee). Sambil berbual dengan dengan bekas orang kementerian, beliau ada menyatakan guru di Malaysia sebenarnya tidak kering dengan idea. Kenyataan beliau menimbulkan rasa pelik dalam hati saya. Selama ini ramai guru atau cikgu yang pandai mencadangkan sesuatu lebih mudah dikesampingkan. Pendek kata, dalam dunia pendidikan cikgu diasuh hanya menjadi pengikut berbanding pemimpin. Samalah juga dengan babak Labu dan Labi berangan-angan menjadi itu dan ini yang sudahnya hanya membuat bising sehingga Tuan Haji Bakhil bangun dan memarahi serta mengancam untuk melesing mereka. Cadang apa sahaja, cikgu hanya orang biasa lebih baik diam sahaja.

AkU GiNi Ka??

* Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jalan tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat

iLMu

Syaikh Al 'Utsaimin berkata, "Ilmu nahwu adalah ilmu yang sangat mulia, ilmu yang menjadi wasilah (perantara) kepada dua perkara yang penting: 1. memahami kitab Allah dan sunnah rasul-Nya, karena untuk memahaminya kebanyakan dari keduanya dibutuhkan pengenalan ilmu nahwu tersebut. 2. meluruskan/membenarkan lisan (pengucapan) bahasa arab. (muqoddimah Syarh Al Ajrumiyyah)

BeLaJaR BaHaSa ARaB

غُـرْفَة (gurfah) = kamar. مَـطْـبَخ (mathbakh) = dapur. حَـمَّام (hammaam) = kamar mandi. مَـكْــتَب (maktab) = kantor. مَـكْـتَبَة (maktabah) = perpustakaan. مَـعْمَل (ma'mal) = laboratorium. مُسْــتَـشْـفَى (rumah sakit). مَـطْـعَـم (math'am) = rumah makan. أَيْنَ أنْـتُمْ الآنَ؟ (aina antum al-an?) = dimana kalian sekarang?

LaWaN TeTaP LaWaN

PUTRAJAYA, 9 Julai (Hrkh) - Perebutan bagi jawatan Menteri Besar Perak bakal berlarutan di Mahkamah Persekutuan di sini selepas mahkamah tertinggi itu.