Monday, July 6, 2009

Pendidikan dan pelajaran adalah salah satu ruang yang terbuka supaya rakyat berjaya membaiki taraf hidupnya sendiri. Anak-anak itu berhak mendapat pelajaran di peringkat SPM tanpa perlu mereka dihadkan pengambilan 10 mata pelajaran dan mereka berhak menerima pelajaran dalam bahasa yang mereka senang fahami.Jika mereka mudah faham belajar dalam bahasa ibunda, kekalkan usaha memindahkan pelajaran itu dalam bahasa ibunda. Itu hak mereka.
Tetapi, pihak pemerintah telah menafikan hak tersebut, mencabul undang-undang, memperkosa perlembagaan melalui PPSMI.

BoLeHTeRa2

Pagi itu saya dan seorang rakan daripada Kumpulan Prihatin sedang berbual-bual mengenai isu PPSMI. Kami tak rancang pun untuk berbual berhubung hal tersebut. Ahli akademik itu mendapat maklumat itu berasaskan bualannya dengan beberapa orang kenalannya.
Bualan santai pagi itu sebenarnya menyentuh seputar permasalahan pengajian tinggi peringkat sarjana termasuk beberapa masalah pbenyelia yang memenatkan siswazah yang meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah.
Angka RM12 bilion ini sememangnya memeranjatkan atau boleh ditafsirkan sesetengah pihak sebagai belanjawan yang tidak munasabah. Terpulang kepada sesiapa sahaja yang berminat membentuk tafsiran sendiri. Kita semua berhak membentuk suatu tafsiran ke atas maklumat yang kita dengar.
Kalau angka ini benar, sejujur-jujurnya saya sendiri tak jelas untuk apa peruntukan berbilion itu dihanguskan. Tetapi, saya tulis juga hal ini supaya ada pihak yang dapat tampil memberi jawapan.
Terdahulu, adMungkin kita tersalah faham dan silap dengar mengenai peruntukan PPSMI sejak dulu dan sekarang. Jadi, minta maaf jika tersalah. Tapi, telinga ini tidak salah dengar bahawa ada angka RM12 bilion yang disebut. Dalam negara demokrasi, kita berhak bertanya untuk mendapatkan maklumat. laporan yang menyentuh bahawa hasil selenggaraan mencecah sekitar RM3 bilion. Tiba-tiba sudah jadi RM12 bilion? Kita letak angka dan nama orang yang meriwayatkan hal ini sebagai cara bagi menyiasat hal ini dengan jujur. Di sebelah laporan Ananda beli Newcastle RM547juta, diletakkan gambar seorang nenek Cik Mah Mat Dali, 72, bersama tiga cucunya yang 'memburu' emas di Tobiar, Pendang, Kedah.