Monday, June 29, 2009

KeMaLaNGaN MoToRSiKal

KOTA BHARU - Seorang penuntut Politeknik Kok Lanas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh treler di Kampung Tikat dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam mangsa, Mohd Faris Yahya, 20, meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di kepala akibat tersepit selepas kereta jenis toyota yang dipandunya terbabas.

Dua lagi kawannya, Mohd Anis Che Mud, 21, dan Rafid Muradi, 21, masing-masing mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, ketika kejadian berlaku mangsa bersama dua lagi sahabatnya dalam perjalanan pulang dari Pantai Cahaya Bulan menghadiri jamuan makan malam.

“Mangsa yang memandu kereta berkenaan dikatakan mengantuk lalu menyebabkan kenderaannya gagal dikawal dan terbabas sehingga merempuh treler yang diletakkan di tepi jalan terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan yang serius di kepalanya dan meninggal di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Mayat mangsa dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

No comments:

Post a Comment