Tuesday, June 30, 2009

TRY TeST

Empat negeri di utara ganding bahu banteras jenayah

BAYAN BARU - Perkongsian maklumat secara sistematik membabitkan semua pasukan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di wilayah utara mampu mempercepatkan tindakan membanteras kegiatan jenayah secara berkesan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pendekatan secara bersepadu itu membolehkan penyaluran maklumat dilakukan dengan lebih pantas untuk mengelakkan penjenayah membolosi kawasan kejadian dengan melarikan diri ke kawasan lain atau sempadan negara.

Beliau berkata sebagai contoh, jika kejadian jenayah berlaku di Bukit Mertajam, maklumatnya akan disalurkan kepada negeri berdekatan iaitu polis Sungai Petani dan Kulim (Kedah) serta Parit Buntar (Perak).

“Kita sudah nampak kejayaan hasil kerjasama erat dan penyaluran segera maklumat yang dilakukan sebelum ini apabila lima lelaki Vietnam yang melakukan rompakan di Kulim berjaya dikesan di kawasan Bukit Mertajam.

“Tindakan pantas anggota polis dari kedua-dua daerah berjaya menumpaskan kumpulan itu apabila berjaya menembak mati kelima-limanya dalam satu serbuan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Bersama Tujuh Penjuru Wilayah Utara yang julung kali diadakan di Hotel Equatorial di sini semalam.

No comments:

Post a Comment