Wednesday, June 3, 2009

PoLiTiK

Hentikan politik di media massa di Tv dan radio..
InsyaAllah.. keadaan politik itu reda..
topik yang di sediakan di Tv dan Radio...
telah menaikkan semangat Pakatan Rakyat untuk..
menjawab di ceramah...
okay...pikiqla sendiri..siapa punya kuasa...

BuaT BaGi KeNa......KaT DePa


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kerajaan negeri Terengganu menyiasat dengan menyeluruh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh awal pagi semalam, memandangkan bangunan itu baru dibina. Beliau berkata, perlu disiasat sama ada kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor dan pengesahan bangunan stadium itu selamat digunakan, dibuat mengikut prosedur yang betul ataupun tidak. “Kerosakan sikit-sikit tu biasalah, tapi kalau runtuh sana, runtuh sini, ia tidak menggambarkan profesionalisme,” katanya pemberita selepas menutup Program Titian Gemilang V yang merupakan kursus motivasi bersepadu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2009 anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara di sini, semalam. Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi semalam, hampir 60 peratus struktur bahagian bumbung stadium yang berharga RM270 juta yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas telah runtuh. Ditanya mengenai cadangan agar kerajaan membenarkan bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar kemanusiaan, Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air adalan tegas. “Hentikan debat mengenai Chin Peng dan komunis, terima keputusan Kabinet dan kerajaan dan hargailah wira-wira Malaysia yang terkorban akibat memerangi komunis,” katanya. Menurutnya, kerajaan tidak akan melayan cadangan dari mana-mana pihak untuk membangkitkan isu Chin Peng dan komunis. “Rakyat Malaysia harus sedar mengenai betapa zalimnya komunis, ramai orang yang meninggal dunia, ada yang menjadi orang kurang upaya, itu sudah jelas menunjukkan kezaliman mereka,” katanya. “Kalau keluarga anda yang terlibat, mesti ada perasaan marah,” katanya. Mengenai kemelut isu kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP), Muhyiddin berkata, pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada beliau yang mereka memerlukan masa untuk menyediakan laporan lengkap. Katanya, ROS akan memaklumkan kepadanya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila laporan siap kelak. Mengenai masalah kekeliruan pengambilan pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) yang menimbulkan rasa kurang puas hati ibu bapa dan pelajar terbabit, Muhyiddin berkata, beliau akan berjumpa Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dalam mesyuarat Kabinet untuk maklumat mengenainya.

aNGKaRa MaBuK

KOTA BHARU - Seorang pelajar terbunuh manakala ibunya cedera parah apabila dirempuh sebuah pacuan empat roda dipercayai dipandu seorang lelaki yang disyaki dalam keadaan mabuk di Wakaf Che Yeh, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 pagi itu, mangsa Safayu Mohd Salleh, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) akibat kecederaan parah di kepala. Manakala ibu mangsa, Nuru Ashikin Yahya, 36, yang patah paha kanan kini dirawat di HRPZ II dan keadaannya dilaporkan stabil. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan ibunya berdiri di atas pengadang jalan untuk melintas selepas berbelanja di Pasar Wakaf Che Yeh. “Ketika mereka berada di pengadang berkenaan secara tiba-tiba sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah Kota Bharu ke Machang dikatakan bergesel dengan sebuah kereta sebelum terbabas merempuh mangsa dan masuk ke laluan bertentangan,” katanya.

BoLa SePaK MSSM 2009

Keputusan perlawanan hari ini..
pertandingan berlangsung di Kelantan..
BWH 18
kedah menang 1-0 dgn K.L
BWH15
Kedah Menang 2-1 dgn Perak
BWH 12
Kedah Seri dgn Johor 0-0
keputusan diterima melalui sms cikgu E...

TeNGoK SaT

Gi JaLaN2 TeNGoK 2







KaiN BaTeK dan SuTeRa

ana tengok ada kain batek.. dan sutera...
kenapa di kelantan dan trengganu yang terkenal...??
negeri..lain..
kain tudung...
letih tunggu...pilih..pilih...
ana dapat juga baju batek...warna ungu. ..
hebat.......

WaKaF CHe YeH nights market

Syukran Jazilan..
ana ..and family gi Wakaf Che Yeh untuk tengok orang menjual..barang2
okay...nice place..cuma parking susah skit..
orang menjual tak tau sampai jam berapa..tetapi..tengok malam tu..cukup meriah..macam kat danau Kota...kL..kat stadium darul aman...alor setar..sungai petani ..baru..lagi
nights market..sepatutnya ada jual ikan2 sayur siap2 dah...tak yah nak pening2..
meriah...betul..

KeLaNTaN DaRuL NaiM




sepanjang jalan nak gi klate...ana tengok..pemandangan menarik..


lebuhraya Timur Barat tengah dok update ..baiki jalan....banyak lubang.


sampai Jeli..tepi jalan orang klate berniaga buah nenas..tak ada dengki...sebab menjual sebelah2


jalan pasir puteh orang niaga buah tembikai...


yang lain tak kira lagi...


ana tidor di chalet.. di pantai irama, bachok


pantai elok..luas..menarik..


Jalan2 tengok 2




ana gi klate...3 hari tak sempat nak update...


sibuk..gi jale


guane saing2 sibuk ka??


ada kawe bawa balik gambar gi sane..