Saturday, May 30, 2009

KeNDuRi HuJaN RaHMaT

pi makan kenduri kat Tanjung Pari..Baling
hujan lebat..sehingga nak bergerak ..tak boleh..
tapi meriah...dengan jemputan..
Ana tak pi kursus kayak tahap satu...
ana rasa tak sihat badan...
tak mampu...untuk main laut buat masa la..
Cuti yang penuh dgn kerja...
tengok bola sepak ..liga super.
.Kedah lwn Perlis
main macam budak sekolah....
Fam perlu ambik import

Friday, May 29, 2009

BeNaR ..........KaN



1.. Song....Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak taumengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjangberjela...Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan juasehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.....

.3. ...Smoke....Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....

4. ..Sport...Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. .Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga.... Kalau menonton dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...keranasukan..sembahyang boleh tangguh...MasyaAllah,..

5. .. Fun..Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau adakonsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta denganperempuan?... kalau iklan tuala wanita...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi....

.7...Fashion....Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakankalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan....Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudungsebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi...

.8. .. Food..Makanan..Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barattermasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bilamakanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...tetapiberfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... saya cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan

aiR MeNiTiS


aiR MeNiTiS


Pi BeReHat

aHLaN WaSaHLaN




aPa YaNG DiCaRi


PRoGRaM SeLeSai


Syukran jazilan...

Program khemah ibadat utuk Tingkatan 5...

telah selesai...dirasmi penutupan oleh Pk 1..

semoga...semua yang hadir dapat..pengajaran dan ilmu..

dari setiap perjalanan program tersebut.

Perubahan setiap program...tidak dapat dirasakan serta merta..

mungkin....ini utuk bekalan masa depan setiap insan.

terima kasih...buat semua pelajar yang hadir.....

GuRu-GuRu dan StaFF SMK SG LiMau...JaSa Kalian tidak terbayar..

Thursday, May 28, 2009

aKHLaQ SMaRT


Ceramah Ustaz dari JKM Yan.

KeLaS TamBaHaN

Ana tak suka paksa....
Biar...depa cuti..
Lepas ni.. jika depa serius...untuk kelas tambahan..
boleh...tera 2
ana tak kisah....
jika bebudak nak.. boleh

PeNYeDia..MaKaNaN

Qiyamullai...berjalan seperti di rancangkan..
Makanan di sediakan olehh enci OthMan( Bang Man Misai) dgn bantuan cikgu amirul..sebagai pembancuh air.. air sedap...
meehun...sedap... makan sarapan
syukuran jazilan...

KHeMaH iBaDaT


Syukran jazilan..

kita telah anjur program khemah ibadat ting 5

PRoGRaM 27/5/09....dengan jumlah.. pelajar lelaki kurang
CiKGu2 Mai..RaMai...JuGa
iNSYaALLaH....segala yang kita usahakan..diberkati ALLaH




Wednesday, May 27, 2009

SoaLaN SeJaRaH TiNG 4

9. Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China yang memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.


(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.

i. .............................................................................………………………

ii. .............................................................................………………………
( 2 markah )

(b) Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh golongan masyarakat dalam tamadun Hwang Ho.

i. .............................................................................………………………

ii. .............................................................................………………………
( 2 markah )

(c) Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.

i. .............................................................................………………………

ii. .............................................................................………………………
( 2 markah )

(d) Namakan dua negara kota yang terdapat dalam tamadun Hwang Ho.

i. .............................................................................………………………

ii. .............................................................................………………………
( 2 markah )

(e) Pada pendapat anda mengapakah Tamadun Hwang Ho dianggap memberi sumbangan yang penting kepada peradaban manusia.

i. .............................................................................………………………

ii. .............................................................................………………………
( 2 markah )

iNDaH iTu SePi


sepi...tanpa bicara
bicara tanpa suara
suara tanpa kata-kata...
kata-kata...yang indah
indah itu sedap mata
mata...itu anugerah Allah

PaGi YaNG SiBuK


Syukran jazilan


Sibuk...Sibuk...Betulka??

Buat sibuk..????

Tersibuk...

Menyibuk..

diSibuk...

We aRe CHaMPioN







SuRaH An-Nur: 30-31

"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat." "Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

BaRCa LeH JuARa Ka????


HuJuuNG.....DaH


ASLLM WMTH WBKTH, semua tetamu

Dalam sebuah hadis yang sahih riwayat Ahmad, Nabi s.a.w bersabda maksudnya, AlhamdulilLah memenuhi timbangan,SubhanalLah walLahu akbar memenuhi antara langit & bumi, Solat adalah Nuur,Sedeqah itu burhan, Sabar itu Dhiyak,Quran itu hujjah bagi mu ataupun terhadapmu, sebahagian manusia melalui harinya sama ada menjerumuskan dirinya dalam murka Allah s.w.t atau membebaskannya.Dalam hadis ini antara yang penting untuk kita ketahui adalah jangan terikut2 dgn cara orang lain, yang kita sangka betul, tapi dari sudut syariatnya tak diterima Allah.Bila tak diterima, tiada keberkatan pd pemerolehannya, rezkinya....

TeRiNGaT LaNGKaWi

Dah lama tak pi.....kawan2 ingat lagi ka..??

Harap2 masih ada yang ingat....Mat JaN..Mail..Musa Stadium..Ustaz Lah..


CikGu Bahari.....Smk tunKu PuTra.....

JaWaB SoaLaN SaMBiL CuTi

BAHAGIAN A
(40 markah)
Jawab semua soalan

1. Zaman Prasejarah ialah zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan. Kajian terhadap zaman ini dan budayanya dijalankan oleh ahli arkeologi.

(a) Berikan tiga ciri masyarakat yang hidup pada zaman Paleolitik.

i. ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
iii ………………………………………………………………………
(3 markah)


(b) Namakan dua petempatan awal zaman Paleolitik di Malaysia.

i ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
(2 markah)

(c) Nyatakan dua kegiatan ekonomi masyarakat Neolitik.

i ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
(2 markah)

(d) Mengapakah lembah sungai menjadi lokasi petempatan masyarakat tamadun awal manusia?

i ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
iii ………………………………………………………………………
(3 markah)






2. Pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah pada tahun 621M telah membuka lembaran baru dalam sejarah Madinah.

(a) Apakah isi kandungan Perjanjian Aqabah pertama?

i ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
iii ………………………………………………………………………
(3 markah)

(b) Senaraikan tiga golongan penduduk Madinah sebelum hijrah.

i ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
iii ………………………………………………………………………
(3 markah)

(c) Apakah kesan Perjanjian Aqabah kedua yang dimeterai oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan orang Madinah?

i ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
(2 markah)

d) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w memilih Madinah sebagai tempat meneruskan penyebaran Islam ?

i ………………………………………………………………………
ii ………………………………………………………………………
(2 markah)










BAHAGIAN B

[ 60 markah ]

Jawab tiga soalan sahaja.

5 Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula Kota Makkah.

(a) Huraikan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada
termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
[ 6 markah ]

(b) Jelaskan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
[ 4 markah ]

(c) Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
[ 10 markah ]


6 Candi merupakan antara monumen yang menjadi peninggalan penting kerajaan awal di Asia Tenggara.

(a) Terangkan fungsi candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara.
[ 6 markah ]

(b) Nyatakan ciri-ciri penting Candi Borobudur yang melambangkan ajaran Buddha.
[ 6 markah ]
(c) Bincangkan cara-cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara.
[ 8 markah ]









KERTAS SOALAN TAMAT

LeTiH DaN SeRoNoK


PeTaNG iNi ...main bola sepak

seronok dan letih...

aNa, JaMiL dan MaDi turun...mai

oklah..peluh..

pening gak la ni...

CuTi KeRJa....CuTi ReHaT.........DoK SaJa...


DePa aJaK Pi KLaTe...Guane KaWe Ni aDa KurSuS.....

Tuesday, May 26, 2009

Sejarah Tingkatan 4

BAB 1 - TAMADUN AWAL MANUSIA

1 a) Huraikan sumbangan sistem Tulisan Mesopotamia (5m)
Jurutulis - Melahirkan jurutulis
Pendidikan - Sistem pendidikan diperkenalkan
Rekod - Merekod / urusan pentadbiran
Perdagangan - Urusan jual beli ditulis
Sastera - Melahirkan sastera epik Gilgamash dan falsafah

b) Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir (5m)
Polistisme - Percaya kepada konsep politisme
Tuhan - Tuhan dikaitkan dengan unsur alam Amun (Tuhan Angin)
  1. Bakal - Mayat dibekal dengan kelengkapan harian untuk Re (Tuhan Matahari) Ra-Tam(Tuhan Langit)
    Kehidupan - Percaya ada kehidupan selepas mati
    diguna selepas mati

    c) Sumbangan Tamadun Mesir dalam Sains dan matematik (10m)
    Senibina - Pembinaan piramid dan spinx
    Teknik - Imhotep membina bangunan dengan teknik batu bata
    Kertas - Mencipta kertas daripada pokok papyung
    Tulisan - Merekod tinggalan tamadun dalam hieroglif
    Mumia - Proses mengawet mayat/mumia
    Perubatan - Kemajuan ilmu pembedahan dan perubatan berstatus tinggi
    Ilmu - Ilmu matematik, geometri, algebra,astronomi
    Pengairan - Cipta sistem pengairan yang tukar padang pasir jadi kawasan pertanian dengan terusan
    Kalendar - Sistem kalendar 365 hari dengan 12 bulan dalam setahun
    Kawalan - Kawalan air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir

    2 a) Huraikan sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi. (14m)
    Seni bina sumbangan seni bina piramid daripada ilham imhotep, iaitu sainstis, ahli
    fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.
    Teknik Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan
    menggunakan batu bata.
    Kertas Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nill.
    Simpan Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah
    bangsa.
    Tulisan Tinggalan tamadun mesir purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod
    yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
    Perubatan Kemajuan dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan
    yang mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk
    firaun dan masyarakat.
    Mumia Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat.
    Ilmu Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan
    pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
    hingga ke hari ini.
    Matematik Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid dan astronomi
    telah digunakan untuk mengawal banjir di Sungai Nill yang berlaku sekali
    dalam setahun.
    Pengairan Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan
    kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
    Tebus guna Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10000 hektar.
    Kalendar Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan
    orang mesir purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
    Tinggal Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu
    manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.
    Nadi Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air Sungai Nill
    yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.

    b) Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan Kerajaan Mesir Purba. (6m)
    Kanak-kanak Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak sejak dari
    umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga atasan.
    Ibadat Institut pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran
    kerajaan.
    Lahir Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan
    terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.
    Sains Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh
    menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai nill serta pembinaan bangunan
    dan piramid.

    3 a) Jelaskan proses pembentukan negara kota Tamadun Hwang Ho. (4m)
    Anyang Petempatan awal berdasarkan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar
    dan Anyang menjadi negara kota terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
    Pusat Di Bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
    Tinggal Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan
    bandar.
    Tembok Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan
    dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

    b) Huraikan organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho. (6m)
    Raja Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
    Petani Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di
    luar negara kota ini.
    Artisan Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi
    menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera
    serta peralatan untuk upacara keagamaan.
    Tentera Golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa
    menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
    Hamba Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.

    c) Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. (10m)
    Sistem politik
    Monarki Dari segi politik, sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
    Maharaja Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
    Mandate Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga.
    Dinasti Amalan pemerintahan Dinasti diteruskan hingga abad 20.
    Sistem Ekonomi
    Pertanian Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan
    pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
    Teknologi Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan
    pertanian.
    Batas Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
    Besi Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.
    Tulisan Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
    Bidang Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
    Ajar Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
    Kembang Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
    Agama dan Kepercayaan
    Puja Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
    Sesuai unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian
    masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
    Yin / Yang Konsep Yin dan yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih
    terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
    Kejadian Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur
    yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan yang kuasa aktif.
    Feng hsui Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia
    berharmoni dengan alam semesta.
    Kalendar Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan iaitu terdapat 30 hari
    dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
    Musim Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
    Harian Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti
    upacara perkahwinan, pemburuan ataupun pengebumian.
    Sun tzu Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, Tahe Art Of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
    Urusniaga Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

PiaLa UEFA.....BaRCa vs MaN UNiTeD




ROME: Dari pertembungan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kepada Wayne Rooney dan Thierry Henry, perlawanan akhir Liga Juara-Juara kali ini bakal mempamerkan perlawanan klasik dalam aksi kelab bola sepak Eropah.Perlawanan Manchester United menentang Barcelona menyaksikan dua pasukan paling menghiburkan dalam bola sepak untuk menentukan pasukan manakah yang terkuat di Eropah, mahupun di seluruh dunia.Sekali pandang, kehadiran dua penyerang berbakat dan pemain tengah yang kreatif yang bakal beraksi di Stadium Olimpico, Rome pagi esok akan membuatkan penyokong yang tidak memihak kedua-dua pasukan itu dapat melihat sendiri antara aksi final terbaik.“Saya fikir kedua-dua pasukan adalah hebat dan menampilkan aksi bola sepak terbaik dan siapa saja yang menang perlawanan akhir di Rome akan diangkat sebagai pasukan terbaik dunia,” kata Messi.

SiJiL HaLaL ....BoLeH Tera2


KUALA LUMPUR: Berhati-hati apabila menjamu selera di restoran milik pengusaha bukan Islam berikutan siasatan pihak berkuasa mendapati ada antara sijil halal yang tertera pada premis perniagaan berkenaan palsu dan dibeli daripada pihak tertentu pada harga mencecah RM5,000 sekeping semata-mata untuk menarik kedatangan orang Islam menjamu selera di premis mereka.

KeDaH KeNa PuLa


JARINGAN tunggal Razali Umar Kandasamy dua minit selepas aksi babak kedua bersambung mencukupi buat Perak melakar kejayaan 1-0 ke atas Kedah, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.Pemain itu menguis bola masuk ke dalam gawang yang ternganga selepas mencuri bola dari kawalan Sabree Mat Abu berikutan salah faham antara pemain pertahanan kedah itu dengan penjaga golnya, Mohd Helmi Eliza Elias.Kemenangan itu cukup bermakna buat anak buah M Karathu yang turun tanpa kemenangan dalam lima perlawanan terakhirnya yang mula menimbulkan keresahan penyokong pasukan Kejor Yob Kejor itu.Malah berikutan pencapaian hambar pasukan Seladang setakat ini menyaksikan perlawanan malam tadi disaksikan kira-kira 1,000 penyokong kerana menjangkakan pasukan mereka akan terus menjadi mangsa belasahan.

JaNGaN HiNGaQ


Jaga exam ni....


PaGi Ni...


Kita minum ...dulu

KeNa LaGi


KeDaH KaLaH PuLa....1-0 dgn PeRaK
KeDaH BuaT MuDaH

aYaT KuRSi


BiaR JaSa JaDi KeNaNGaN

HiJau KuNiNG


TiNGKaTKaN DaYa iNGaTaN


Tingkatkan Daya Ingatan

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita t ida k menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:Amalkan Tidur Yang Cukup1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.Mengawal TekananTekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas.

Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.BersenamBersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.Elakkan KemurunganKemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan
.Awasi Pengambilan UbatDaya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.Belajar Sesuatu yang BaruCubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.PermainanBermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.Banyak MembacaJadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.Katakan Berulang KaliUntuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.FokusDaya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.Bermain Dengan AngkaAsahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.Membaca Al-QuranSekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik


KELEBIHAN SOLAT JEMAAH
Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan Seorang Bukan Islam Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.
Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalambidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.
Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.
Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.
Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.
Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.
Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).
Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untukmenunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.
Amalan solat malam ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.
Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. Subahanallah.
"Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu itu sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah dalam surah Ali Imran.
Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama.
Walahu'alam.


TiaDa SeMua iNSaN MeNGeTaHui SeMua iLMu

Tiada seorangpun yang mengetahui semua ilmu ..

Tiada ! sekalipun dia pelajarinya 2 ribu tahun
Ilmu itu ibarat lautan saujana luas terbentang...

Ambillah daripada setiap perkara itu apa yang terbaik

SYaiR




Syair Imam Shafei
Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita,

tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.
Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya..

kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali
Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..

sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita
Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..

sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri

MaLaM iNi







NaK MaKaN aPa..? NaK MaKaN Di MaNa?



NaK MaKaN.........

iNDaH KG SG LiMau


PeTaNG YaNG iNDaH


syukran jazilan...

Hari ini mendung je...

ana ada tugasan yang belum selesai....

insyaAllah...esok kena cuba bereskan..

petang ni ana pi main..bola sepak...

harap2 boleh menang..



KiBLaT


Dok PaNTau.....BiLa NaK TeRBaNG

PuLuN KeDaH PuLuN

BoLeH Te....Ra Tuuuu.........
BoLeH GaGaH.....

uLaNG BaCa....JaNGaN uLaNG KaJi...


Peranan dan Kedudukan Firaun Dalam Pentadbiran Mesir Purba

Ketua Pemerintahan / Ketua Negara
Ketua Tentera
Ketua Pendeta
Menguasai hasil negara
Menguasai rakyat
Menguasai tanah
Tuhan / Anak Tuhan
Berkuasa mutlak
Dianggap suci

Organisasi Sosial Masyarakat Mesir Purba

Terbahagi kepada golongan atasan dan bawahan
Golongan atasan terbahagi kepada raja dan bangsawan
Raja digelar Firaun
Golongan bangsawan terdiri daripada pendeta, kerabat diraja, pegawai pentadbir dan tentera
Golongan bawahan terbahagi kepada rakyat dan hamba
Rakyat terdiri daripada petani, pedagang dan artisan
Hamba terdiri daripada hamba tawanan dan hamba berhutang

Kepercayaan Masyarakat Mesir Purba

Percaya kepada konsep politeisme
Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam
Mempercayai kehidupan selepas mati
Mayat disimpan dan dijaga dengan baik
Keperluan selepas mati ditanam bersama mayat
Mayat disolek dan dipakaikan alat kebesaran

Sumbangan tamadun Mesir Purba Kepada Ketamadunan Manusia

Senibina piramid
Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
Penciptaan kertas daripada pokok papyrus untuk menulis
Penyimpanan rekod menggunakan kertas
Menggunakan tulisan yang cantik sebagai suatu hasil seni
Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih
Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
Memumiakan mayat
Pengawalan banjir menggunakan ilmu matematik
Penciptaan sistem pengairan
Menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

Sumbangan Tamadun Indus
· Menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk membina tamadun.
· Perancangan bandar.
· Peningkatan mutu batu-bata melalui pebakaran.
· Hubungan dengan tamadun lain.
· Mengutamakan keamanan dalam mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Sebab-sebab masyarakat Lembah Indus Berjaya Membina Bandar Terancang

· Memiliki kepakaran dari segi susun atur dan pengisian bandar.
· Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik.
· Kemajuan dalam ilmu geometri dan pembinaan.
· Pertembungan tamadun ini dengan tamadun lain
· Pertukaran teknologi dengan tamadun lain.
· Peningkatan mutu bahan binaan.
· Penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu tinggi.
· Penyesuaian pengaruh luar dengan keadaan tempatan.

Sistem Pemerintahan Dalam Dinasti Shang

Berbentuk pemerintahan beraja.
Pengganti raja dilantik daripada saudara lelaki atau anak lelaki raja.
Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.
Golongan bangsawan mentadbir wilayah.
Golongan bangsawan mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri.

Kepercayaan Masyarakat Hwang Ho

Percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Menganut kepercayaan animisme
Mengamalkan politeisme.
Memuja roh nenek moyang.
Menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (Tu).
Menyembah sungai, bukit dan gunung.
Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban.
Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh.
Mempercayai ramalan.
Upacara penilikan / ramalan menggunakan tulang oracle.
Mempercayai konsep Yin dan Yang.
Mempercayai konsep Feng Hsui.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Sistem pemerintahan monarki.
Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja
Amalan putaran dinasti
Pembinaan sistem pengairan.
Pembinaan terusan untuk pertanian dan mengelakkan banjir.
Kemajuan dalam teknologi pembajakan.
Penciptaan cangkul dan sabit dalam kerja pertanian.
Penggunaan batas untuk tujuan penanaman.
Penggunaan tulisan ideogram dalam bidang penulisan dan percetakan.
Pemujaan roh nenek moyang.
Konsep Yin dan Yang.
Konsep Feng Hsui.
Amalan penggunaan kalendar.
Falsafah perang Sun Tzu diaplikasi sebagai taktik dalam perniagaan.

Peranan Shih Huang Ti Dalam Peningkatan Tamadun China

• Mengasaskan Dinasti Chin
• Memperluaskan jajahan takluk Dinasti Chin
• Membentuk sebuah empayar
• Menyatukan jajahan takluk di bawah satu pentadbiran pusat
• Meluaskan tamadun Hwang Ho ke bahagian selatan China
• Membina Tembok Besar China

Ciri-Ciri Pemerintahan Demokrasi di Athens

• Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
• Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan
• Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
• Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan
• Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan
• Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
• Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
• Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa terhadap Majlis, majistret dan Juri.

Amalan Sistem Republik di Rom

• Tiada pemerintah berkuasa mutlak
• Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul
• Konsul dilantik oleh Dewan Senat
• Konsul dibantu oleh Dewan Senat
• Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan
• Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka perundangan
• Konsul dilantik dariapada kalangan ahli Dewan Senat
• Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor
• Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan
• Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua rakyat Rom
• Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan

Sumbangan Tamadun China Terhadap Kemajuan Pertanian

• Pengenalan teknik tenggala
• Penggunaan kolar kuda
• Penciptaan alat kegunaan pertanian
• Penanaman secara bergilir
• Peneresan kawasan bukit untuk pertanian
• Pembinaan terusan

Ciri-Ciri Binaan Tembok Besar China

• Sepanjang 1 500 batu
• Mempunyai tembok batu
• Setiap tembok mempunyai pintu gerbang
• Pintu gerbang dikelilingi oleh parit dan menara
• Kawasan dalam tembok menempatkan istana maharaja

Sumbangan Tamadun Yunani, Rom, India dan China Terhadap Masyarakat Kini

• Sistem Demokrasi Yunani menjadi amalan hingga hari ini
• Rakyat terlibat secara langsung membentuk kerajaan.
• Sistem republik. Rom menjadi amalan
• Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme masih diamalkan
• Teknologi pembinaan dikagumi hingga hari ini.
• Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas
• Teknologi membuat tembikar.
• Hasil sastera masih dibaca dan dijadikan rujukan.
• Rekod sejarah China dapat digunakan sebagai sumber sejarah.
• Bahasa Latin dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa kesusasteraan dan keagamaan.
• Sistem pendidikan tamadun awal diteruskan dan diubahsuaikan.
• Sistem peperiksaan dipakai hingga sekarang.
• Ilmu falsafah legalisme, stoicisme, falsafah Aristotle, Socrates dan Plato masih dijadikan rujukan oleh ahli falsafah moden.
• Falsafah dalam tamadun awal menjadi asas falsafah moden.
• Beberapa teori matematik masih diguna pakai hingga hari ini.
• Sukan Olimpik masih diteruskan dalam konsep yang diubahsuaikan.

iSTiLaH DaLaM SeJaRaH TiNG 3


Pelabuhan entrepot----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain.Mulaqah ----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama MelakaMalakat----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’Syahbandar----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan.Cukai rasmi----Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang.Cukai tidak rasmi----Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.Surat kebenaran----Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli.Nakhoda----Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal.Kiwi----Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda.Bendahara ----Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan.Bendahari----Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti.Laksamana----Ketua angkatan laut Melaka.Temenggung----Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis)Lingua Franca Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di MelakaPerang tiga segi----Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan.Sogit----Sejenis hukuman----Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.Babas ----Sejenis hukuman.----Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan.Kapanasan ----Sejenis hukuman.----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.Rumah Panjang----Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah.----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya.----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.Tadau Kaamatan----Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan.----Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.----Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam.----Upacara yang diadakan semasa pesta ini:--Tarian Sumazau.--Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik).----Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar.Tuai Rumah----Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang----Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati.----Peranan:--Menjaga keamanan di kawasannya.--Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.--Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan.

uLaNG BaCa....JaNGaN uLaNGKaJi SaJa



1 ) MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH

(a) Mengapakah Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100)

- Masyarakat tidak menerima kebenaran
- Tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya
- Tidak menyembah Allah / Menyembah berhala
- Mempercayai animisme
- Kehidupan masyarakatnya kucar-kacir
- Tiada nabi / kitab suci sebagai petunjuk.
- Akhlak yang rendah.
[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Senaraikan ciri-ciri kehidupan sosial masyarakat Arab Jahiliah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 101)

- Berjudi, minum arak dan berzina
- Merendahkan martabat wanita
- Menafikan hak wanita dalam mewarisi harta
- Menanam bayi perempuan
- Tiada peraturan perkahwinan
[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan kegiatan yang menjadi sumber ekonomi masyarakat Arab Jahiliah. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100 - 101)

- Perniagaan yang berasaskan riba dan penindasan
- Sikap mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata
- Merompak dan merampas barangan
- Mengeksploitasi golongan miskin.
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Sebutkan bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.101)

- Wathani / menyembah berhala
- Animisme / memuja alam
- Samawi / Kristian dan Yahudi
- Kepercayaa menilik nasib / sihir / mempercayai roh orang mati
- Agama Hanif
- Campuran agama Hanif dengan amalan tradisi

[6 x 1m = Mak. 2 markah]
2 ) HIJRAH

(a) Berikan isi Perjanjian Aqabah Kedua.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 119)

- Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
- Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
- Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah
- Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam
- Menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam
- Sedia mempertahankan Islam
[6x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam berhijrah
ke Madinah ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 113 dan ms 121)

- Perintah Allah menerusi wahyu
- Strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam
- Mengatasi ancaman orang Quraisy terhadap orang Islam
- Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj
- Jaminan keselamatan dan bantuan daripada orang Arab Madinah
- Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
- Mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

[7 x 1m = Mak. 3 Markah]

(c) Berikan hujah-hujah bagi menyangkal pandangan orientalis Barat yang mentafsir hijrah adalah suatu pelarian.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 120)

- Penghijrahan berlaku kerana jemputan orang Madinah
- Orang Islam diterima dengan rela / disambut dengan meriah
- Orang Islam diberikan tempat tinggal
- Dijamin keselamatan
- Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi pemimpin Madinah

[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah penghijrahan yang berlaku hari ini berbeza daripada penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 120)

- Penghijrahan berlaku akibat peperangan
- Mereka dianggap pelarian
- Kehadiran mereka tidak diundang
- Mereka akan dihantar pulang ke tempat asal
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(e) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w memilih Madinah sebagai tempat untuk meneruskan penyebaran Islam ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 113 dan ms 121)

Wahyu - Perintah Allah menerusi wahyu.
Ancaman - Tiada ancaman yang menjejaskan penyebaran Islam.
Aman - Suasana aman memudahkan penyampaian dakwah Islamiah.
Jemput - Dijemput oleh suku Aus dan Khazraj
Terima - Kehadiran orang Islam diterima oleh masyarakat Madinah.
Taat - Suku Aus dan Khazraj mengaku taat setia kepada
Nabi Muhammad s.a.w.
Sanggup - Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam.
Jamin - Orang Islam mendapat jaminan keselamatan.
Bantuan - Sokongan dan bantuan yang ditawarkan oleh orang Arab Madinah.
Kerajaan - Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam.

[10 x 1m = Mak. 8 Markah]



(f) Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada masa ini. Jelaskan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 122 - 124)

Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka.
Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam.
Persaudaraan- Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.
Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi.
Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian.
Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam.
Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah.
Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam.
Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang.
Pengorbanan- Memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wanita dalam perjuangan Islam.
Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan.
Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam.
Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah.

[15 x 1m = Mak. 10 markah]

3 ) Piagam Madinah
(a) Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 126-128)

Politik
Pemimpin - Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Madinah
Hakim - Baginda adalah hakim
Pertahan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
Undang-undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
Amal - Peraturan kabilah yang selari dengan Islam boleh diamalkan.

Ekonomi
Sama - Peluang ekonomi yang sama rata
Kerjasama - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan negara
Riba - Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan

Sosial
Ummah - Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
Musuh - Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
Bebas - Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama / adat mereka
Jamin - Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
[12 x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Huraikan kepentingan Piagam Madinah
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 128)

Politik
Panduan - Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan Islam.
Kaedah - Menunjukkan kaedah mendirikan kerajaan iaitu dengan menyusun perlembagaan negara dahulu sebelum mengasaskan kerajaan.
Allah - Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
Terima - Perlembagaan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.
Ikut - Satu perundangan yang boleh iikuti oleh kesemua masyarakat.
Praktik - Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara berbilang kaum.
Lengkap - Peraturan lengkap merangkumi dunia dan akhirat.
Ekonomi
Larang - Melarang amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan.
Galak - Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
Masalah - Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi
Telus - Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan.
Meningkat - Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat.

Sosial
Satu - Berjaya membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman
Adil - Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah dengan menekankan persamaan hak dan taraf di kalangan masyarakat.
Susun - Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
Hak - Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kuat - Negara Madinah menjadi kuat dan disegani.

[17 x 1m = Mak. 10 markah]
4 ) PERJANJIAN HUDAIBIYAH

(a) Mengapakah orang Islam bercadang untuk menziarahi kota Makkah?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 131)

- Di situ terletaknya Kaabah
- Tempat asal orang Muhajirin
- Tempat turunnya wahyu yang pertama
- Ingin mengerjakan umrah
- Dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w
[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Nyatakan kelebihan yang ada pada Usman bin Affan bagi mewakili orang Islam untuk berunding dengan orang Arab Quraisy di Makkah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 131)

- Mempunyai ramai saudara mara di Makkah.
- Matang berbanding sahabat lain.
- Sifatnya yang lembut / bertolak ansur
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 132)

- Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
- Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
- Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
- Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
- Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)
[5 x 1m = Mak. 2 markah]


(d) Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 133)

- Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya.
- Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah
- Orang Arab bebas menganut sebarang agama
- Islam berkembang meluas
- Bilangan penganut Islam meningkat
- Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy
- Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w
- Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
- Perintis pembukaan semula kota Makkah

[9 x 1m = Mak. 3 markah]
5 ) PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH

(a) Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w bertindak membuka semula kota Makkah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 134)

Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
Gencatan - Mencabuli syarat gencatan senjata selama 10 tahun
Kebebasan - Orang Quraisy tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui bersama
Memihak - Orang Quraisy memihak kepada Bani Bakar yang bermusuhan dengan Bani Khuzaah
Bunuh - Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
Strategi - Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam
Mantap - Memantapkan kedudukan kerajaan Islam Madinah

[7 x 1m = Mak. 6 markah]

(b) Huraikan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 135-137)

Peluk ­- Pengislaman Abu Sufian dan Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy memeluk Islam.
Perpaduan - Wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat Arab Makkah.
Sebar - Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.
Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah.
Berhala - Terhapusnya amalan menyembah berhala.
Suci - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam.
Tumpuan - Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia.
Kukuh - Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam yang kuat.
Jalan - Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
Aman - Dakwah Islam tersebar secara aman.

[10 fakta x 1m = mak. 10 markah]







6 ) KERAJAAN BANI UMAIYAH
(a) Huraikan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kerajaan Bani Umaiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.151)

Aspek - Membahagikan sistem pentadbiran kepada empat aspek iaitu sistem khalifah, sistem wazarah, sistem urus setia dan sistem hijabah.
Khalifah - Khalifah sebagai ketua pemerintah dalam sistem khalifah..
Wazir - dalam sistem wazarah, Wazir dilantik untuk mengetuai pentadbiran negara di peringkat kerajaan pusat.
Pegawai - Dalam sistem urus setia, pegawai-pegawai dilantik bagi menguruskan pentadbiran.
Bahagian - Sistem urus setia membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian.
Hijabah - Melalui sistem hijabah, seorang pegawai ditugaskan mengawal keselamatan khalifah.
Jabatan - Pentadbiran diperkemaskan dengan penubuhan empat jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah.
Jundi - Memperkemaskan sistem ketenteraan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Tentera)
Tentera - serta tentera darat dan laut.

[9 x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Terangkan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.153-154)

Ilmu - Cordova berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.
Tinggi - Mengasaskan pusat pengajian tinggi.
Pustaka - Menubuhkan perpustakaan.
Kembang - Mengembangkan ilmu ke bandar-bandar lain
Terjemah - Menterjemahkan karya Yunani ke dalam bahasa Arab
Belajar - Menggalakkan pembelajaran ilmu daripada buku terjemahan
Hubung - Menghubungkan dunia Islam dengan Eropah
Timba ­ Menggalakkan orang Islam menimba ilmu daripada karya Eropah
Seni - Menyerlahkan seni bina Islam pada binaan Masjid Cordova.
Kewangan - Mewujudkan sistem kewangan yang cekap melalui penubuhan Baitulmal.
Perdagangan - Cordova menjadi pusat perdagangan antarabangsa
Tembikar - Menguasai kemahiran membuat tembikar
Perhiasan - Kemahiran menghasilkan barang perhiasan perak dan emas
Saliran - Pembinaan sistem saliran untuk memajukan pertanian
Penyelidikan- Penyelidikan menghasilkan benih berkualiti.

[15 x 2m = Mak. 12 markah]
(c) Huraikan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 156-158)

Pusat - Baghdad menjadi pusat kegiatan ilmu pengetahuan
Tulis - Penulisan karya dalam bahasa Arab
Terjemah - Penterjemahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab.
Baitulhikmah - Menubuhkan Baitulhikmah untuk kegiatan penterjemahan.
Kaedah - Memperkenalkan kaedah penterjemahan dan penulisan yang sistematik.
Agama - Penglibatan ulama dalam penulisan pelbagai bidang agama Islam.
Ulama - Kelahiran tokoh ulama Islam.
Pisah - Pemisahan ilmu Islam mengikut bidang tertentu.
Ubahsuai - Pengubahsuaian terhadap karya terjemahan.
Warisan - Memelihara warisan ilmu Eropah daripada lenyap
Tinggi - Menubuhkan pusat pengajian tinggi.
Penyelidikan - Mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
Kembang - Mengembangkan hasil kajian Islam ke Eropah.
Renaissance - Menyumbang kepada kelahiran zaman Renaissance di Eropah.
Tingkat - Peningkatan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat.
Cambah - Percambahan ilmu pengetahuan.

[16 x 2m = Mak. 12 markah]
(d) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah Timur.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 162 - 163)

Constantinople Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam.
Akidah - Akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
Ghazi - Tentera Islam mempunyai semangat ghazi.
Tentera - Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden.
Janissari - Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari.
Armada - Memilki armada tentera laut yang kuat.
Politik - Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah.
Byzantine - Kejatuhan empayar Byzantine.
Gereja - Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian.
Terbuka - Dasar keagamaan kerajaan Uthmaniyah yang bersifat terbuka.
Sosial - Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk Islam.
Hijrah - Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan.
Sufi - Ahli sufi berperanan menyebarkan Islam.

[13 x 1m = Mak. 10 markah]

NoTa SeJaRaH


DETIK-DETIK HIJRAH RASULULLAH

Setelah musim haji selesai, Rasulullah sempat tinggal di kota Mekah hingga bulan safar. Desas-desus yangmengatakan bahawa baginda akan berhijrah ke kotaYatsrib telah diketahui oleh kaum musyrikin. Merekamula mengadakan perundingan bagaimana caranya untukmenghalang Rasulullah dari berhijrah.Akhirnya setelah berbagai pandangan dan cadangandiajukan, akhirnya mereka memutuskan Rasulullah mestidibunuh. Walau bagaimana rancangan jahat kafir Quraisytelah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda melaluiJibril. Rasulullah diperintahkan oleh Allah supayaberhijrah ke Yatsrib.Dengan tekad untuk melaksanakan perintah wahyu Ilahiyang baru diterimanya, baginda segera mengaturpersiapan-persiapan yang diperlukan. Seketika itujuga, walaupun di tengah panas yang terik, Rasulullahberangkat menuju ke rumah sahabat karib baginda, AbuBakar As Siddiq dengan maksud menyampaikan perintahhijrah itu.Tatkala Rasulullah masuk ke rumah Abu Bakar, makakedua puteri Abu Bakar, iaitu Siti Asma’ dan SitiAisyah yang mula-mula melihat kedatangan baginda,sudah merasakan tentu ada hal luar biasa yang hendakdisampaikan. Jika tidak masakan baginda datang diwaktu-waktu tengahari begini.Rasulullah, kemudiannya memberitahu Abu Bakarsesungguhnya Allah telah mengizinkan kepadanya untukberhijrah. Ketika itu juga airmata Abu Bakar menitismembasahi mukanya. Ia menangis kerana kegembiraan yangtidak terhingga. Sebelum ini Abu Bakar memang telahmenyusulkan kepada Rasulullah supaya mereka berhijrahdisebabkan keadaan yang begitu menekan dari masa kesemasa. Tetapi Rasulullah selalu mengatakan belum adapetunjuk dari Allah. Walaupun begitu, sebagai seorangyang mempunyai pandangan jauh, maka sejak lama duluAbu Bakar telah mengatur persiapan-persiapan yangdiperlukan untuk hijrah. Cuma menunggu detik dansaatnya saja lagi.Setelah segala persiapan yang diperlukan siap diatur,Rasulullah mengarahkan kepada Sayidina Ali supayatidur di kamar baginda. Tujuannya ialah supayapemuda-pemuda Musyrikin menyangka baginda masih tidur.Di malam itulah juga iaitu malam Jumaat, bulanRabiulAwal, tahun ke 13, setelah diutuskan menjadiRasul, pada 28 Jun 622 M, Rasulullah bersama denganAbu Bakar meninggalkan kota Mekah, tanahair tempattumpah darah mereka, bukan kerana takut, tapi atasmatlamat untuk menyelamatkan perjuangan Islam ataspetunjuk dan perintah Allah.Keesokan harinya, ketika Ali bangun dari tidur,pemuda-pemuda Quraisy yang diperintahkan mengepungrumah Rasulullah mendapati yang ada di rumah itu hanyaAli, bukannya Rasulullah. Dengan rasa hampa merekakembali dengan tekad untuk terus mencari Rasulullahwalau di mana juga baginda berada. Rasulullah saw danAbu Bakar meneruskan perjalanan mereka menujuPergunungan Tsaur yang jaraknya kira-kira setengah jamsaja berjalan kaki dari luar kota Mekah. Rasulullahsendiri tidak memakai kasut hingga menyebabkanluka-luka kecil dikakinya. Abu Bakar bertindakmelebihi seorang pengawal biasa. Sebentar beliauberada di hadapan baginda dan sebentar kemudian beradadi belakang.Menjelang tengah malam, sampailah mereka di gua Tsur,yang terletak di lereng pergunungan. Abu Bakar-lahyang membuka pintu gua dan kemudiannya masuk ke dalamuntuk membersihkannya terlebih dahulu. Ketika itulahtangan Abu Bakar digigit oleh seekor binatang bisa,tetapi hal itu tidak diceritakan kepada Rasulullah.Sehinggalah apabila Rasulullah berbaring di pangkuanAbu Bakar dan merasai titisan air mata beliau keranamenanggung kesakitan, barulah Abu Bakar menceritakanhal yang sebenarnya. Rasulullah lantas berdoa kepadaAllah dan seketika itu juga hilanglah bisa dan bengkakpada tangan Abu Bakar.Pada hari kedua, serombongan musuh yang diketuai olehAbu Jahal telah sampai di sekitar gua Tsaur tempatpersembunyian Rasulullah dan Abu Bkar. Sesama merekaterjadi pertikaian, ada yang ingin masuk dan ada yangenggan kerana memandangkan keadaan pintu gua yangdiliputi sarang labah-labah dan sarang burungmembayangkan tidak logik ada manusia yang baru masukke dalamnya. Akhirnya mereka menerima keputusan dariUmaiyah bin Khalaf yang menggesa supaya mereka janganmembuang masa di pintu gua itu, malah lebih baikmereka pergi saja ke tempat lain untuk mencariRasulullah.Perbincangan antara sesama musuh-musuh yangberlangsung di hadapan pintu gua itu jelas dapatdidengar oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Jantung Abubakar sudah berdebar-debar kerana khuatir kalau-kalaumusuh dapat mengesan yang mereka berada di dalam gua.Debar jantung Abu Bakar segera diketahui olehRasulullah. Dalam suara perlahan, baginda membisikkandi telinga Abu Bakar bahawa sebenarnya mereka berduadi gua itu tetapi bertiga iaitu dengan Allah swt.Setelah dirasakan ancaman musuh sudah agak reda, makapada hari yang keempat, Rasulullah dan Abu Bakarmeninggalkan gua Tsaur untuk meneruskan perjalananmenuju Yatsrib. Rasulullah mengendarai unta yangbernama “Al Quswa” berdua dengan Abdullah bin Arqatdan seekor lagi dinaiki oleh Abu Bakar dengan AmirFuhairah. Abdullah bin Arqat-lah yang bertindaksebagai petunjuk jalan kerana dia memang arif denganjalan-jalan yang sepi dan aman.Di pertengahan jalan, ketika mereka sedang menyusurmelalui tepi Laut Merah, tiba-tiba Abu Bakar menyedariSurakah bin Malik iaitu orang upahan kafir Quraisyyang ditugaskan untuk membunuh Rasulullah sedangmengejar mereka dari belakang. Abu Bakar segeramemberitahu Rasulullah. Di wajah baginda sedikit puntidak membayangkan rasa cemas dan takut. tetapi AbuBakar kelihatan agak cemas. Sekali lagi Rasulullahmenenangkan Abu Bakar, bahawa Allah sentiasa bersamadan akan membantu mereka.Dengan pertolongan Allah, kuda dan Surakah sendiribeberapa kali tersungkur ke bumi hingga menimbulkanrasa cemas dan bimbang akan keselamatan dirinya, makadia pun menyeru kepada Rasulullah agar dimaafkansegala kesalahannya dan dia juga berjanji akanmemberikan apa saja keperluan yang dihajati olehbaginda. Namun Rasulullah menolak tawaran itu danSurakah dibebaskan begitu saja. Rasulullah kemudiannyameneruskan perjalanan ke Yatsrib.Rasulullah dan rombongan akhirnya sampai ke kota Quba,satu tempat berhampiran dengan Yatsrib. Di Quba-lahbatu asas pertama diletakkan oleh Rasulullah bagimembangunkan masjid pertama didirikan dalam sejarahIslam.Kini tibalah saat yang paling bersejarah bagi pendudukkota Madinah. Rasulullah dan rombongannya telah tibadi kota Yatsrib. Kedatangan baginda dialu-alukandengan selawat dan lagu selamat datang. Inilah satukeramaian yang tidak pernah wujud sebelum dan selepasitu.Penduduk Yatsrib masing-masing mengharapkan Rasulullahakan singgah di tempat mereka sebagai tamu kehormat.Walau bagaimanapun demi untuk menjaga hati mereka,maka Rasulullah hanya membiarkan saja ke mana arahuntanya pergi maka disitulah nanti baginda akansinggah.Akhirnya unta baginda berhenti di suatu lorong tempattinggal kaum Bani Najjar. Di situlah Rasulullah mulamenjejakkan kakinya di bumi Madinah. Di situ bagindamenjadi tamu di rumah Abu Ayub Al Ansari. Sejak itulahkota Yatsrib ditukar namanya oleh penduduknya sendirimenjadi Madinatun Nabi, yakni Kota Utusan Allah dankemudian disebut Madinatul Munawwarah iaitu kota yangmemancarkan cahaya.__