Saturday, June 27, 2009

BoLeH

Kurikulum merupakan satu elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Kurikulum yang dibangunkan dengan teliti dan dirancang rapi mampu memastikan hasil P&P berada di landasan yang betul. Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu aspek yang penting dalam memacu kesinambungan kemajuan negara dalam aspek teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan perancangan yang rapi dan tepat.Sejajar dengan keperluan membangunkan kurikulum yang mengambil kira keperluan negara dalam bidang teknikal dan vokasional, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Pengarahnya, Ahmad Tajudin Jab mengadakan satu kursus Pembangunan dan Reka Bentuk Kurikulum Berasaskan Kompetensi (Development and Design of Competency Based Curriculum) untuk pegawai Kementerian Pelajaran dan guru Sekolah Menengah Teknik di Kajang, mulai 4 Jun hingga 2 Julai ini.Ketika mengulas mengenai kursus berkenaan, Ahmad Tajudin berkata, ia dihadiri seramai 36 peserta yang terdiri daripada 5 pegawai Kementerian Pelajaran iaitu dari Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional serta 31 guru-guru vokasional dari sekolah menengah teknik.``Peserta kursus ini merupakan yang terpilih untuk menjadi pakar pembangunan kurikulum vokasional pada masa akan datang. Mereka sebelum ini telah menjalani kursus Certificate IV in Training and Assessment, dan Diploma in Training and Assessment yang dikendalikan oleh pakar dari Australia. Kedua-dua kursus ini mendapat pengiktirafan antarabangsa,'' katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui di Kajang baru-baru ini.
``Tujuan kursus ini adalah untuk melatih guru dan pegawai kementerian melahirkan tenaga pakar dalam membangunkan kurikulum berasaskan kompetensi untuk mata pelajaran vokasional yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional.

No comments:

Post a Comment