Tuesday, July 14, 2009

PPSMi

MCA akan mencadangkan kepada Kabinet esok supaya mengekalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) untuk pelajar aliran sains di Tingkatan empat dan lima.Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, parti itu mengambil kira kepentingan pelajar aliran sains di kedua-dua tingkatan tersebut."Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik di peringkat sekolah menengah, perlu dikekalkan disebabkan aliran itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pra-kabinet di ibunegara hari ini, lapor Bernama.Ong juga mencadangkan matematik dan sains diajar dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), jika perlu bagi Tingkatan 1 hingga 3, kerana pelajar mungkin berdepan masalah untuk bertukar bahasa selepas masuk ke Tingkatan 4.Rabu lalu, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan kembali dijalankan dalam bahasa Melayu berkuatkuasa 2012.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) pula akan dijalankan dalam bahasa ibunda masing-masing.Ong berkata beliau juga akan mencadangkan kepada kabinet supaya menambah masa yang diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC, dengan menggunakan masa yang diperuntukkan sebelum ini untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris."Kami mendapati masa yang diperuntukkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC jauh kurang daripada sekolah kebangsaan (SK). Masa diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran itu di SK ialah 330 minit seminggu bagi Tahap 1 hingga 3, manakala hanya 120 minit diperuntukkan bagi SJKC," katanya.Ong berkata, parti itu mahu masa diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris ditambah kepada sekurang-kurangnya 180 minit seminggu kerana ia bimbang dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar SJKC."Semua pelajar di SJKC disyaratkan belajar tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin berbanding dengan SK, jadi masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris kurang daripada SK," katanya.

HaDiS

larangan Rasulullah s.a.w. dalam Sabdanya (mafhumnya); "Sesungguhnya jampi mentara yang mengandungi kesyirikan kepada Allah SWT dan semua jenis tangkal, ilmu pengasih yang menggunakan sihir, semuanya adalah syirik terhadap Allah SWT." (Hadis sahih)

Hadis

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda kepada anak baginda, Fatimah yang bermaksud; “Beramallah kamu wahai Fatimah, kelak di akhirat , ayah tidak dapat membelamu dihadapan Allah SWT.”
Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s.terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.
Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi."Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.
Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya

BaS TeRBaBaS

Bas Rapid dalam perjalanan dari Shah Alam menuju Kuala Lumpur terbabas ke laluan motosikal di persimpangan Pantai Baru selepas cuba mengelak kereta jenis Proton Satria.Seramai 28 orang cedera parah,kesemua ...

LaWaN TeTaP LaWaN

DSAI akan menunaikan solat jumaat di Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam. Berikut adalah butiran program tersebut: Tempat: Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam. Tarikh: 17hb Julai 2009(Hari Jumaat) Masa:1.15PM-2.15PM Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrah

MaNeK uRai

Sinar Harian Pas menang 5348 undi mengalahkan calon BN, 5283 dengan majoriti 65 undi manakala undi rosak sebanyak 117

HaDiTH oF THe DaY

Hadith of the Day Abu Huraira: The Prophet (pbuh) said, "If the people knew the reward for pronouncing the Adhan & for standing in the first row & found no other way to get that except by drawing lots they would draw lots, & if they knew the reward of the Zuhr prayer they would race for it & if they knew the reward of 'Isha' & Fajr prayers in congregation, they would come to offer them even if they had to crawl." Mash'Allah

BeLaJaR BaHaSa aRaB

Belajar Bahasa Arab طَبـيْب (thobiib) = dokter. صَيْدَلِيّ (shoydaliyy) = apoteker. طَيّار (thoyyaar) = pilot. مُدَرِّس (mudarris) = pengajar. طَبّاخ (thobbaakh) = juru masak. كَهْرَبيّ (kahrobiyy) = ahli listrik. شُرْطِيّ (syurthiyy) = polisi. سَائق (saa-iq) = supir. ما مِـهْـنَـتُـكَ (maa mihnatuk?) = apa profesimu?. أنا مـُدَرِّس (ana mudarris) = saya seorang pengajar. كَيْفَ أنْتَ؟ (kayfa anta?) = bagaimana denganmu?