Friday, June 12, 2009

ZiaRaH oRaNG SaKiT

Manusia sentiasa diuji, ada diberi kesenangan, ada dicabar keimanan dengan hidup miskin harta. Ada pula diberi kuasa sebagai ketua atau pemimpin, tidak kurang dianugerahkan kecantikan serta kepandaian.Nikmat yang Allah beri tidak kekal pada kita kerana pada bila-bila masa ia boleh ditarik balik. Yang kaya mungkin jatuh miskin dan yang berkuasa, hilang kuasanya sementara si cantik akan pudar kecantikan apabila usia meningkat.Semuanya boleh berlaku atas kehendak Allah kerana Allah Maha Berkuasa. Allah ingin menguji sejauh mana kita tabah dan sabar berdepan cabaran diberikan-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kuatnya iman kita kepada Allah.Sakit juga adalah ujian Allah kerana itu ada kalanya, kawan yang dilihat sihat tubuh badannya tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit. Nasib kita juga tidak tentu kerana esok lusa, mungkin kita juga diuji dengan penyakit.Orang yang ditimpa sakit sudah tentu diuji Allah. Kita yang sihat ini juga sebenarnya sedang diuji. Allah menguji orang sihat sejauh mana hatinya tersentuh dan bersimpati kepada orang menderita sakit.Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."Melawat orang sedang terlantar sakit di rumah atau di hospital bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan beban perasaan pesakit. Pesakit berasakan dirinya tidak dilupakan saudara mara, kawan dan jiran terdekat.Lawatan atau kunjungan itu boleh menguatkan semangat orang yang sakit untuk terus tabah, sabar dan reda dengan apa yang dialaminya. Kunjungan itu akan memberi kekuatan pada diri pesakit untuk melawan sakit ditanggungnya.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Rasulullah SAW menyifatkan seorang Muslim yang pergi melawat atau menjenguk Muslim lain yang sedang sakit seakan-akan ia sentiasa berada dalam kebun syurga.Kita sebenarnya tidak membuang masa melawat atau menjenguk orang sakit kerana pahala yang kita peroleh cukup besar. Selain mendapat pahala dan reda Allah, mereka yang menjenguk orang sakit mendapat rahmat sejak ia keluar rumahnya dengan niat menjenguk sampai ia kembali. Mereka juga membangun rumah di syurga.
Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir

MuSiBaH ???

PUTRAJAYA: Kerajaan mengaktifkan Pelan Kesiapsiagaan Menghadapi Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPPP) dan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian bagi menangani Influenza A (H1N1) selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus itu sebagai pandemik dan meningkatkan paras amarannya kepada tahap enam, kelmarin. Berikutan itu, rakyat diminta tidak panik dengan perkembangan itu dan Kementerian Kesihatan memberi jaminan semua langkah perlu, sudah dan akan diambil bagi memastikan penularan H1N1 terkawal. Pada masa sama, Majlis Keselamatan Negara juga digerakkan bagi menyelaras program pencegahan, kawalan, mempertingkatkan kegiatan pemantauan, pencegahan dan kawalan seperti yang ditetapkan dalam NIPPP.

KaTa-KaTa

"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini"
.

JaWaPaN STRuKTuR 08 BHG 1

SOALAN 1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ anugerah daripada sungai Nil ’ ?
[ 2 markah ]


-
Lahir di Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke laut Mediterranean
-
Sungai Nil berpunca daripada dua batang anak sungai , iaitu sungai Nil Biru dan sungai Nil Putih
-
limpahan air sungai Nil ke tanah gersang menukar bentuk bumi menjadi subur
-
tanah lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
-
Delta sesuai untuk kegiatan pertanian
-
Delta sesuai untuk petempatan kekal
-
Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan
-
Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanaman
-
Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan tamadun Mesir


( b) Nyatakan dua peranan firaun dalam organisasi masyarakat Mesir Purba .
[ 2 markah ]


-
Raja berkuasa mutlak
-
Ketua Pendeta
-
Pemilik tanah
-
Ketua hakim
-
Ketua pahlawan
-
Pemilik tanah
-
Membina sistem pengairan

( c ) Bagaimanakah golongan bangsawan memberi sumbangan dalam tamadun Mesir Purba ? [ 2 markah ]
Menjalankan pentadbiran / menjadi pembesar / bantu firaun
-
Menjaga keamanan
-
Mengurus penghasilan makanan
-
Mengagihkan bekalan makanan
-
Menjadi gabenor di wilayah taklukan

( d ) Nyatakan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba.
[ 2 markah
]

Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
-
kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
-
pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
-
pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
-
pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
-
Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains


( e ) Senaraikan dua kejayaan yang telah dicapai dalam bidang perubatan.
[ 2 markah ]

melahirkan pengamal perubatan
pengamal perubatan mendapat status tinggi
berkhidmat untuk firaun dan masyarakat
proses memumiakan mayat / mengawetkan
- Mahir dalam bidang pembedahan

Soalan 2

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?
[1 markah]

- Eropah mengalami zaman mundur
- Kejatuhan empayar Rom di Eropah
- merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
- Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran

b) Senaraikan dua ciri zaman gelap di Eropah .
2 markah ]


- Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan, dan kehidupan di bandar
- Pentadbiran pusat yang lemah
- Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
- Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
- Kegiatan ekonomi yang terhad
- Sifat gereja yang mengongkong
- Kemunculan sistem feudal
- Kehidupan kacau bilau / peperangan / petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah

(c) Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada Zaman Gelap ?
[ 2 markah ]


- gereja amat berkuasa
- gereja memiliki hartanah yang banyak
- kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
- berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
- gereja mengongkong kehidupan masyarakat


d) Mengapakah pada zaman pertengahan kegiatan perdagangan tidak meluas ?
[ 2 markah ]


- Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
- Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
- Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
- Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
- Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter
- Penggunaan mata wang amat terhad
- Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh


(e) Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
[3 markah]


- Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
- Raja memiliki tanah secara mutlak
- Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
- Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir
- Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
- Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
- Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar

Soalan 3
3. a) Siapakah yang mereka bendera Negara kita ?
[ 1 markah ]
-
Encik Mohamad Hamzah

b) Senaraikan pihak yang terlibat sehingga terhasilnya bendera Negara.
[ 2 markah ]

- Majlis Perundangan Persekutuan
- Penglibatan 373 pereka
- Akhbar The Malay Mail
- King George VI

c) Jelaskan maksud lambang-lambang yang berikut :-

i. bintang berpecah empat belas

-
gabungan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia

ii warna biru

-
Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum

iii Bulat sabit

-
melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia

d) Mengapakah bendera kebangsaan diwujudkan?
[ 2 markah ]

-
Kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
-
Menaikkan semangat
-
Membezakan Malaysia daripada negara lain / identiti
-
Membangkitkan semangat perjuangan / patriotik
-
Menunjukkan kesetiaan
-
Bersatupadu / simbol perpaduan
-
Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara
-
Menimbulkan rasa bangga terhadap negara
-
Menunjukkan ketaatan kepada negara
-
Untuk digunakan dalam istiadat dan majlis rasmi

e) Sebagai seorang warganegara yang setia kepada negara , apakah tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang membakar bendera negara?
[ 2 markah ]

- Melucutkan kewarganegaraan
- Menjalani sesi kaunseling
- Mengenakan perkhidmatan masyarakat
- Hukuman penjara
- Denda
- Buang daerah / negeri
-
Dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina negara
-
Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA atas tuduhan mencetuskan huru hara
-
Mana-mana yang munasabah

Soalan 4

4 ( a ) Siapakah yang mengemukakan idea tentang penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) ?
[ 1 markah ]

- Tunku Abdul Rahman


( b ) Apakah jawatan yang disandang oleh beliau dalam pertubuhan tersebut?
[ 1 markah ]

-
Setiausaha Agung OIC
-
Pengerusi OIC

( c ) Berikan matlamat penubuhannya.
[ 3 markah ]

-
Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam semua bidang
-
Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
-
Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam

CuTi DaH HuJuNG

Maaf...jika ada tersalah dan tersilap selama ini...
janji yang tak tertunai....lagi..
ana mohon maaf...