Sunday, June 14, 2009

BuMi CHiNa...







ReZeKi LauT



SeMaNGaT KeNeGaRaaN.....
LoRaQ SaTu MaLaYSia ....H1N1....

CiNTa KaMPuS




KAMPUNG GAJAH - Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasional (PTPTN) diminta mengambil langkah sewajarnya menangani ‘budaya bercinta’ di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi akademik mereka. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, satu kajian perlu dijalankan mengenai tingkah laku mereka yang dilihat gemar bersosial dan bercinta daripada memberi tumpuan menimba ilmu di institusi pengajian tinggi. “Jangan dibiarkan masalah ini menjadi satu fenomena yang boleh menjejaskan prestasi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan wang pendahuluan skim pembiayaan pendidikan PTPTN kepada 175 penuntut IPTA kawasan Parlimen Pasir Salak di sini. Tajuddin yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjatuhkan prestasi akademik mahasiswa terbabit. “Satu kajian khusus untuk mengetahui berapa ramai pelajar bercinta di universiti perlu dijalankan, kita lihat ada yang berani menaiki motosikal bersama ke sana dan ke mari, ada juga pelajar yang sibuk hendak berkahwin sedangkan masih belajar sedangkan ini jelas menyimpang daripada tujuan asal memasuki universiti,” katanya. Tajuddin berkata, mahasiswa sepatutnya memberi perhatian penuh terhadap pelajaran dan masalah kualiti mahasiswa Melayu yang agak rendah menyebabkan mereka sukar bersaing untuk mendapatkan pekerjaan berbanding pelajar kaum lain. Beliau berkata ada juga mahasiswa didapati gemar menghabiskan wang pinjaman PTPTN dengan berbelanja untuk perkara lain seperti membeli telefon bimbit daripada mendapatkan buku rujukan atau komputer. Katanya, masalah bercinta dan pembaziran wang PTPTN perlu ditangani sama seperti usaha menyedarkan pelajar yang terlalu sibuk berpolitik, berceramah dan berdemonstrasi kerana semua perkara itu menjejaskan prestasi pelajaran. Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata pihaknya telah mengarahkan tindakan diambil bagi menghadapi fenomena El Nino. Beliau berkata, keadaan itu menjejaskan produktiviti kelapa sawit dan menjejaskan pendapatan peserta Felcra. - Bernama

BoLeHTeRa2...???


Pasukan bola sepak bawah-23 Malaysia yang sedang dalam persiapan menjelang Sukan Sea Laos 2009 menang tipis ke atas pasukan bawah-23 Republik Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras semalam. Gol tunggal perlawanan hadir melalui Mohd Zaquan Adha ketika perlawanan berbaki tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua, aksi pasukan negara bertambah meyakinkan namun gagal menambah sebarang gol. Bagaimanapun pasukan pimpinan K Rajagobal masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.

SeLaTaN THaiLaND

NARATHIWAT - Masyarakat Islam di selatan Thailand semakin hilang keyakinan dengan kerajaan Thailand sekiranya pemerintah gagal menyelesaikan masalah di wilayah bergolak itu. Ada beberapa penduduk mendakwa pasukan keselamatan terlibat secara terbuka dalam kejadian itu berdasarkan kepada pakaian dan percakapan mereka walaupun kerajaan telah menafikan perkara itu. Seorang penduduk kampung berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mat mendakwa kawasan masjid yang diterangi dengan lampu dapat mengecam beberapa anggota pasukan keselamatan keluar dan masuk semula ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das tembakan lagi bagi memastikan mangsa benar-benar mati. “Semua penduduk yang melihat (kejadian) menegaskan itu adalah tentera, walaupun kerajaan menafikannya,” katanya. Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali mendakwa tiada kumpulan pemisah di selatan Thailand seperti didakwa kerajaan dan dia sendiri tidak pernah melihat kumpulan sebegitu. Sementara itu, Gabenor Pattani, Ponthep Siyapan berkata kumpulan pemisah kini beralih menyerang institusi agama di tiga wilayah di selatan Thailand bagi menarik perhatian antarabangsa khususnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memudahkan usaha mendapat autonomi. Dalam pada itu, Di Yala semalam, seorang penyerang melemparkan bom tangan ke dalam sebuah bas mini menyebabkan seorang maut dan 12 lagi cedera. Satu lagi insiden di wilayah sama, menyaksikan dua penduduk beragama Buddha mati ditembak lelaki tidak dikenali.
sinar Harian