Saturday, May 23, 2009

kalah

syukuran jazilan...
kedah kalah 1-3 dengan selangor..
try lagi...

CaRi KaWaN




ingat juga ..kawan masa sekolah...rendah... tahun 1981-1986..
depa pi mana... abis... sibuk kot?..
lepas tu ..teringat kawan..sekolah menengah...1987-1989
ada keje ....masing2 dok cari rezeki..
bila nak jumpa lagi...Hari Raya kot??
tahun 1990-92.. geng TI of ASKED
depa ni lagi sibuk...keje besar...
tak pa....bila nak free??
aku...teringat je...
camner ..hangpa semua??
mat jeniang...nasir Kuala Nerang.... Yob Kg Husin Tambahan..Alim Klate



dan geng lain....ramai sangat..sampai lupa...dahhh..
Pairus Mansor kerja sekali...
Bestnya zaman sekolah...
Tapi...
dah berlalu....
hanya kenangan...hidup
Cikgu..terima kasih dan selamat hari guru
di mana jua berada..






BoLeH BoiKoT ??


apsal....tunjuk Perlis lawan Terengganu...

dah tunjuk 2 minggu lepas...

ni tak suka....

tv 1

tak tau perlawanan pilihan...

ambik angin...


Letih juga..main bola ..petang tadi
aku main untuk bagi keluar peluh...dan kenal kawan2..
okay..boleh lari dan sepak sekali -sekala.. seronok dah..
main dengan budak muda bawah 20 an...
jenuh ligan...depa..
dok relax...rasa angin luar rumah..sambil dok tunggu waktu isyak..
esok..keje....keje...keje
nak tengok bola kedah lawan selangor
aku ada kenangan time keje kat smk ideal heights...
pi tengok bola sepak naik motor
pi....stadium shah alam dengan pak Lah Smk Tunku Sulong
mana bebudak ideal heights...la ni??
harap semuanya dirahmati Allah Taala..

patuh kepada Allah Taala











tazkirah


Dosa Boleh Halang Cahaya IlmuBanyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya". Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua". Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)". Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat". Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.(Dipetik dari buku Bimbingan Semasa oleh Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty.)

PeNaNTi....


apa cerita....

aku dok tunggu..berapa orang lawan...

dengar 5 orang calon...last jadi 4..orang
try ...test...tengok...laaaa..pakat-pakat sokong la.

perkembangan menarik....pakat nak tarik hati rakyat..

buat bagi elok...jangan hingaq ..

ke mana ..nak pi..







petang ni...nak tengok bola kat padang MPSP....antara UNIMAP dengan..MPTaiping..



tapi...aku minat main bola...dari tengok bola... stadium kat taman aku tu..dok tunggu aku setiap petang....



syarat peluh...



malam ni.. bola sepak liga super...Kedah Darul Aman.. dgn Selangor Darul Ehsan di Shah Alam..



harap2 ada siaran langsung kat tv 1.. lama dah..tak tengok



harap ada..laaa












Orang Kita....

Ketam melayu dan ketam cina
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalambekas tak ada tutup…ketam melayu la….Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran:Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekorketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.