Monday, June 29, 2009

SuNGai LiMau, YaN HeBaT

Kedah siap sedia jadi ‘Jelapang Minyak’ 2013

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhasrat menjadikan negeri ini ‘Jelapang Minyak’ menjelang 2013 apabila tiga projek mega industri minyak dilaksanakan kelak.

:Menurutnya, tiga projek itu juga kini dalam peringkat akhir rundingan dan kerajaan negeri mahu melaksanakannya secepat mungkin.

:“Insya Allah, jika tiada halangan, ketiga-tiga projek itu akan berjalan lancar. Projek pembinaan depot simpanan minyak mentah oleh Pristine Oil bernilai RM1 bilion, dibangunkan atas tanah seluas 160 hektar di Gurun. Manakala majlis pecah tanah projek penapisan minyak Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) dijangka Ogos ini. Satu lagi projek di Jerlun-Bukit Kayu Hitam,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat peringkat negeri, di sini, semalam.

KeMaLaNGaN MoToRSiKal

KOTA BHARU - Seorang penuntut Politeknik Kok Lanas maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh treler di Kampung Tikat dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam mangsa, Mohd Faris Yahya, 20, meninggal di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan serius di kepala akibat tersepit selepas kereta jenis toyota yang dipandunya terbabas.

Dua lagi kawannya, Mohd Anis Che Mud, 21, dan Rafid Muradi, 21, masing-masing mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, ketika kejadian berlaku mangsa bersama dua lagi sahabatnya dalam perjalanan pulang dari Pantai Cahaya Bulan menghadiri jamuan makan malam.

“Mangsa yang memandu kereta berkenaan dikatakan mengantuk lalu menyebabkan kenderaannya gagal dikawal dan terbabas sehingga merempuh treler yang diletakkan di tepi jalan terbabit.

“Mangsa mengalami kecederaan yang serius di kepalanya dan meninggal di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Mayat mangsa dihantar ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.