Sunday, July 26, 2009

RaDio aMaTuR

BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Apakah itu Radio Amatur?Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur(dipetik dari risalah MCMC)Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.Bilakah Radio Amatur bermula?Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.Siapa yang boleh membantu saya?Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.Adakah saya perlu membayar yuran?Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

TaHNiaH SeLaNGoR


BaBi PuNYa BaHaNa

Jangkitan influenza A (H1N1) di Malaysia kini mencecah 1,000 kes apabila 54 lagi kes baru dilaporkan di seluruh negara hari ini, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.Katanya, daripada jumlah kes baru itu, 43 kes merupakan kejadian dari tujuh kluster baru, lima daripada kluster sedia ada manakala enam lagi adalah kes terpencil termasuk satu kes import."Sehingga kini, 1,075 kes dicatatkan dengan satu kematian, dengan 574 kes atau 53 peratus adalah kes import manakala 501 kes atau 47 peratus kes jangkitan tempatan."Hanya empat kes atau satu peratus sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital," katanya dalam satu kenyataan, lapor Bernama.Sehubungan itu, beliau berkata pihak Kementerian akan terus memantau kejadian kes H1N1 mahupun "Influenza-like illness"(ILI) yang dimasukkan ke hospital.Beliau menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan institusi pendidikan dan tempat kerja supaya lebih peka dan berinformasi mengenai penyakit berjangkit ini. Ismail juga meminta orang ramai melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan terdekat sekiranya terdapat tanda-tanda orang di sekeliling mereka menampakkan simptom yang menjurus kepada jangkitan H1N1 dan ILI."Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan," katanya Penularan wabakMengenai langkah untuk memperlahankan penularan wabak itu, Ismail berkata orang ramai perlu patuhi beberapa peraturan yang digariskan termasuk mengamalkan kebersihan diri terutama membasuh tangan secara rutin serta mengamalkan duduk berjarak sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain di samping mengurangkan majlis perjumpaan."Kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah tetapi perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum dan memakai topeng mulut dan hidung dan jika gejala bertambah teruk, segeralah mendapatkan rawatan," katanya.Mengenai kes kedatangan yang berkurangan disebabkan demam, batuk dan selesema sama ada di sekolah mahupun di tempat kerja, Dr Ismail berkata perkara itu perlu dilaporkan segera ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat."Bagi pelajar yang sekolah dan institusi mereka terlibat dengan arahan penutupan sementara, adalah dimaklumkan hanya mereka yang bebas dari tanda-tanda H1N1 atau ILI sahaja yang dibenarkan pulang."Bagaimanapun, bagi mereka yang masih ada tanda penyakit itu, kita nasihatkan mereka untuk terus berehat kerana mereka masih mempunyai risiko untuk menularkan virus di kalangan rakan masing-masing," katanya.Di LABUAN, lapan pelajar dari dua sekolah menengah yang baru pulang dari Melaka mengikuti program kadet pertahanan awam anjuran Jabatan Pendidikan Labuan dimasukkan ke hospital pada Ahad selepas didapati positif H1N1.Mereka adalah antara 17 pelajar dari Sekolah Menengah Pantai dan 17 dari Sekolah Menengah Sungai Bedaun yang menaiki penerbangan Air Asia AK5177 dari Kuala Lumpur yang tiba di lapangan terbang Labuan 10.40 pagi ini.Baki 26 pelajar bersama dua orang guru yang mengiringi mereka diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama tujuh hari mulai hari ini.Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Zaini Hussin memberitahu Bernama bahawa lapan pelajar itu dimasukkan ke hospital selama tujuh hari.Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal menasihatkan pelajar dan ibu bapa mereka jangan panik tetapi sentiasa mematuhi prosedur perubatan.

BoLeH

hari aku mula terbang dalam simplex sungai petani...boleh lah lepas ni sembang lagi...9w2jnm...73