Sunday, August 9, 2009

MaSBuQ

Soalan
Bilakah bermula sembahyang masbuq dan bagaimanakah caranya ?
Jawapan
Masbuq ialah orang yang sembahyang mengikut imam yang tidak mendapati waktu yang cukup untuk membaca al-Fatihah.
Dan keadaan masbuq itu adalah sebagai berikut:
1. Bila didapatinya imam sedang berdiri dalam pembacaannya, tetapi ia khuatir kalau-kalau imam segera rukuk sebelum ia selesai membaca al-Fatihah, maka ketika itu baiklah ia membaca Fatihah yang tinggal.
2. Bila didapatinya imam sedang rukuk atau akan rukuk, maka hendaklah ia membaca Takbiratul Ihram saja, kemudian dengan tidak membaca al-Fatihah hendaklah ia rukuk pula beserta imam, sambil membaca takbir untuk rukuk. Dan ketika itu dia masih dapat satu rakaat sembahyang kerana ia sempat rukuk bersama imam. Yang dimaksudkan ialah satu rakaat sembahyang yang sempurna tetapi tidak bererti bahawa ia boleh memutuskan (mengakhiri) sembahyangnya bersama-sama imam, tetapi setelah imam memberi salam, hendaklah dia meneruskan sembahyang iaitu mencukupkan rakaat yang masih tertinggal.
3. Bila didapatinya imam sedang duduk membaca tasyahud atau sedang sujud ! hendaklah ia duduk beserta imam dengan tidak membaca takbir, yakni setelah ia membaca takbiratul ihram. Ketika itu tidak wajib baginya membaca tasyahud itu selain duduk saja mengikut imam sebab bukan tempat baginya membaca tasyahud waktu itu. Begitu juga wajib atasnya mengikut imam pada perbuatan apa sahaja yang masih didapatinya sekalipun perbuatan itu tidak dihitung baginya. Adapun bacaan al-Fatihah bagi masbuq di ketika ini adalah tertanggung kepada imam.Bila si masbuq mengikut imam yang sedang membaca tasyahud akhir, maka tidak boleh ia diam sesudah imam mengucapkan salam yang pertama tetapi hendaklah ia segera berdiri dengan tidak membaca takbir, kerana waktu itu bukanlah tempat baginya membaca takbir itu.Tetapi jika duduk yang akhir bagi imam itu waktu duduk bagi si masbuq, umpamanya didapatinya imam di rakaat ketiga, maka rakaat keempat bagi imam tentu merupakan rakaat kedua baginya atau didapatinya imam dirakaat kedua dalam solat Maghrib, maka rakaat ketiga bagi imam menjadi rakaat kedua baginya, maka boleh ia diam sebentar sesudah salam yang pertama itu. Bahkan disunatkan baginya berdiri sesudah imam memberi salam kedua.
JAKIM

No comments:

Post a Comment