Thursday, September 3, 2009

Soalan
Assalamualaikum,Ustaz, saya ada kemushkilan mengenai bergurau,apakah hukumnya bergurau yang melibatkan hukum Islam contohnya kita kata "kalau siapa bercakap/menulis dalam bahasa Inggeris murtad "itu masalah sayaWassalam

Jawapan

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.Bergurau adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Rasulullah SAW. juga pernah bergurau dengan para sahabat. Tetapi gurauan baginda adalah beradab dan tiada pendustaan. Semua ucapan baginda adalah benar. Bergurau yang melampau-lampau adalah dilarang apatah lagi melibatkan ucapan-ucapan yang boleh merosakkan aqidah seseorang. Bergurau sehingga seolah-olah menghukum orang lain murtad (terkeluar daripada Islam) adalah haram. Pelakunya hendaklah segera bertaubat, menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada orang yang terlibat. Perkara sebegini tidak harus berlaku kerana boleh mencetuskan permusuhan. Berguraulah sekadarnya sahaja. Sebagai seorang Islam perlu menjaga adab dalam semua keadaan. Semoga diberkati Allah.Sekian, wassalam.Wallahu A'lam
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka

No comments:

Post a Comment