Tuesday, July 14, 2009

PPSMi

MCA akan mencadangkan kepada Kabinet esok supaya mengekalkan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) untuk pelajar aliran sains di Tingkatan empat dan lima.Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, parti itu mengambil kira kepentingan pelajar aliran sains di kedua-dua tingkatan tersebut."Oleh itu, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi sains dan matematik di peringkat sekolah menengah, perlu dikekalkan disebabkan aliran itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pra-kabinet di ibunegara hari ini, lapor Bernama.Ong juga mencadangkan matematik dan sains diajar dalam dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), jika perlu bagi Tingkatan 1 hingga 3, kerana pelajar mungkin berdepan masalah untuk bertukar bahasa selepas masuk ke Tingkatan 4.Rabu lalu, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan kembali dijalankan dalam bahasa Melayu berkuatkuasa 2012.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) pula akan dijalankan dalam bahasa ibunda masing-masing.Ong berkata beliau juga akan mencadangkan kepada kabinet supaya menambah masa yang diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC, dengan menggunakan masa yang diperuntukkan sebelum ini untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris."Kami mendapati masa yang diperuntukkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di SJKC jauh kurang daripada sekolah kebangsaan (SK). Masa diperuntukkan bagi pengajaran mata pelajaran itu di SK ialah 330 minit seminggu bagi Tahap 1 hingga 3, manakala hanya 120 minit diperuntukkan bagi SJKC," katanya.Ong berkata, parti itu mahu masa diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris ditambah kepada sekurang-kurangnya 180 minit seminggu kerana ia bimbang dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar SJKC."Semua pelajar di SJKC disyaratkan belajar tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin berbanding dengan SK, jadi masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Bahasa Inggeris kurang daripada SK," katanya.

No comments:

Post a Comment