Tuesday, May 26, 2009

uLaNG BaCa....JaNGaN uLaNGKaJi SaJa



1 ) MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH

(a) Mengapakah Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100)

- Masyarakat tidak menerima kebenaran
- Tidak mengikut ajaran nabi-nabi sebelumnya
- Tidak menyembah Allah / Menyembah berhala
- Mempercayai animisme
- Kehidupan masyarakatnya kucar-kacir
- Tiada nabi / kitab suci sebagai petunjuk.
- Akhlak yang rendah.
[7 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Senaraikan ciri-ciri kehidupan sosial masyarakat Arab Jahiliah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 101)

- Berjudi, minum arak dan berzina
- Merendahkan martabat wanita
- Menafikan hak wanita dalam mewarisi harta
- Menanam bayi perempuan
- Tiada peraturan perkahwinan
[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(c) Nyatakan kegiatan yang menjadi sumber ekonomi masyarakat Arab Jahiliah. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 100 - 101)

- Perniagaan yang berasaskan riba dan penindasan
- Sikap mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata
- Merompak dan merampas barangan
- Mengeksploitasi golongan miskin.
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Sebutkan bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.101)

- Wathani / menyembah berhala
- Animisme / memuja alam
- Samawi / Kristian dan Yahudi
- Kepercayaa menilik nasib / sihir / mempercayai roh orang mati
- Agama Hanif
- Campuran agama Hanif dengan amalan tradisi

[6 x 1m = Mak. 2 markah]
2 ) HIJRAH

(a) Berikan isi Perjanjian Aqabah Kedua.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 119)

- Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
- Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
- Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah
- Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam
- Menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam
- Sedia mempertahankan Islam
[6x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam berhijrah
ke Madinah ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 113 dan ms 121)

- Perintah Allah menerusi wahyu
- Strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam
- Mengatasi ancaman orang Quraisy terhadap orang Islam
- Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj
- Jaminan keselamatan dan bantuan daripada orang Arab Madinah
- Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
- Mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

[7 x 1m = Mak. 3 Markah]

(c) Berikan hujah-hujah bagi menyangkal pandangan orientalis Barat yang mentafsir hijrah adalah suatu pelarian.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 120)

- Penghijrahan berlaku kerana jemputan orang Madinah
- Orang Islam diterima dengan rela / disambut dengan meriah
- Orang Islam diberikan tempat tinggal
- Dijamin keselamatan
- Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi pemimpin Madinah

[5 x 1m = Mak. 2 markah]

(d) Pada pendapat anda, mengapakah penghijrahan yang berlaku hari ini berbeza daripada penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 120)

- Penghijrahan berlaku akibat peperangan
- Mereka dianggap pelarian
- Kehadiran mereka tidak diundang
- Mereka akan dihantar pulang ke tempat asal
[4 x 1m = Mak. 2 markah]

(e) Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w memilih Madinah sebagai tempat untuk meneruskan penyebaran Islam ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 113 dan ms 121)

Wahyu - Perintah Allah menerusi wahyu.
Ancaman - Tiada ancaman yang menjejaskan penyebaran Islam.
Aman - Suasana aman memudahkan penyampaian dakwah Islamiah.
Jemput - Dijemput oleh suku Aus dan Khazraj
Terima - Kehadiran orang Islam diterima oleh masyarakat Madinah.
Taat - Suku Aus dan Khazraj mengaku taat setia kepada
Nabi Muhammad s.a.w.
Sanggup - Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam.
Jamin - Orang Islam mendapat jaminan keselamatan.
Bantuan - Sokongan dan bantuan yang ditawarkan oleh orang Arab Madinah.
Kerajaan - Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam.

[10 x 1m = Mak. 8 Markah]



(f) Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada masa ini. Jelaskan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 122 - 124)

Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka.
Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam.
Persaudaraan- Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah.
Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi.
Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian.
Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam.
Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah.
Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam.
Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang.
Pengorbanan- Memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wanita dalam perjuangan Islam.
Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w mengatur strategi perjuangan.
Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam.
Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah.

[15 x 1m = Mak. 10 markah]

3 ) Piagam Madinah
(a) Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 126-128)

Politik
Pemimpin - Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Madinah
Hakim - Baginda adalah hakim
Pertahan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar
Undang-undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
Amal - Peraturan kabilah yang selari dengan Islam boleh diamalkan.

Ekonomi
Sama - Peluang ekonomi yang sama rata
Kerjasama - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan negara
Riba - Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan

Sosial
Ummah - Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
Musuh - Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
Bebas - Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama / adat mereka
Jamin - Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
[12 x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Huraikan kepentingan Piagam Madinah
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 128)

Politik
Panduan - Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan Islam.
Kaedah - Menunjukkan kaedah mendirikan kerajaan iaitu dengan menyusun perlembagaan negara dahulu sebelum mengasaskan kerajaan.
Allah - Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi.
Terima - Perlembagaan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.
Ikut - Satu perundangan yang boleh iikuti oleh kesemua masyarakat.
Praktik - Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara berbilang kaum.
Lengkap - Peraturan lengkap merangkumi dunia dan akhirat.
Ekonomi
Larang - Melarang amalan riba, rasuah, penipuan dan penindasan.
Galak - Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah
Masalah - Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi
Telus - Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan.
Meningkat - Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat.

Sosial
Satu - Berjaya membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman
Adil - Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah dengan menekankan persamaan hak dan taraf di kalangan masyarakat.
Susun - Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
Hak - Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kuat - Negara Madinah menjadi kuat dan disegani.

[17 x 1m = Mak. 10 markah]
4 ) PERJANJIAN HUDAIBIYAH

(a) Mengapakah orang Islam bercadang untuk menziarahi kota Makkah?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 131)

- Di situ terletaknya Kaabah
- Tempat asal orang Muhajirin
- Tempat turunnya wahyu yang pertama
- Ingin mengerjakan umrah
- Dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w
[5 x 1m = Mak. 3 markah]

(b) Nyatakan kelebihan yang ada pada Usman bin Affan bagi mewakili orang Islam untuk berunding dengan orang Arab Quraisy di Makkah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 131)

- Mempunyai ramai saudara mara di Makkah.
- Matang berbanding sahabat lain.
- Sifatnya yang lembut / bertolak ansur
[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Sebutkan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 132)

- Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
- Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.
- Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
- Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
- Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)
[5 x 1m = Mak. 2 markah]


(d) Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada Perjanjian Hudaibiyah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 133)

- Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya.
- Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah
- Orang Arab bebas menganut sebarang agama
- Islam berkembang meluas
- Bilangan penganut Islam meningkat
- Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy
- Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w
- Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
- Perintis pembukaan semula kota Makkah

[9 x 1m = Mak. 3 markah]
5 ) PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH

(a) Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w bertindak membuka semula kota Makkah ?
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 134)

Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
Gencatan - Mencabuli syarat gencatan senjata selama 10 tahun
Kebebasan - Orang Quraisy tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui bersama
Memihak - Orang Quraisy memihak kepada Bani Bakar yang bermusuhan dengan Bani Khuzaah
Bunuh - Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
Strategi - Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam
Mantap - Memantapkan kedudukan kerajaan Islam Madinah

[7 x 1m = Mak. 6 markah]

(b) Huraikan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan Islam.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 135-137)

Peluk ­- Pengislaman Abu Sufian dan Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy memeluk Islam.
Perpaduan - Wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat Arab Makkah.
Sebar - Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.
Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah.
Berhala - Terhapusnya amalan menyembah berhala.
Suci - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam.
Tumpuan - Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia.
Kukuh - Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam yang kuat.
Jalan - Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.
Aman - Dakwah Islam tersebar secara aman.

[10 fakta x 1m = mak. 10 markah]







6 ) KERAJAAN BANI UMAIYAH
(a) Huraikan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diperkenalkan oleh kerajaan Bani Umaiyah.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.151)

Aspek - Membahagikan sistem pentadbiran kepada empat aspek iaitu sistem khalifah, sistem wazarah, sistem urus setia dan sistem hijabah.
Khalifah - Khalifah sebagai ketua pemerintah dalam sistem khalifah..
Wazir - dalam sistem wazarah, Wazir dilantik untuk mengetuai pentadbiran negara di peringkat kerajaan pusat.
Pegawai - Dalam sistem urus setia, pegawai-pegawai dilantik bagi menguruskan pentadbiran.
Bahagian - Sistem urus setia membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian.
Hijabah - Melalui sistem hijabah, seorang pegawai ditugaskan mengawal keselamatan khalifah.
Jabatan - Pentadbiran diperkemaskan dengan penubuhan empat jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cop Mohor Pemerintah.
Jundi - Memperkemaskan sistem ketenteraan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (Jabatan Tentera)
Tentera - serta tentera darat dan laut.

[9 x 1m = Mak. 8 markah]

(b) Terangkan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.153-154)

Ilmu - Cordova berkembang menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah.
Tinggi - Mengasaskan pusat pengajian tinggi.
Pustaka - Menubuhkan perpustakaan.
Kembang - Mengembangkan ilmu ke bandar-bandar lain
Terjemah - Menterjemahkan karya Yunani ke dalam bahasa Arab
Belajar - Menggalakkan pembelajaran ilmu daripada buku terjemahan
Hubung - Menghubungkan dunia Islam dengan Eropah
Timba ­ Menggalakkan orang Islam menimba ilmu daripada karya Eropah
Seni - Menyerlahkan seni bina Islam pada binaan Masjid Cordova.
Kewangan - Mewujudkan sistem kewangan yang cekap melalui penubuhan Baitulmal.
Perdagangan - Cordova menjadi pusat perdagangan antarabangsa
Tembikar - Menguasai kemahiran membuat tembikar
Perhiasan - Kemahiran menghasilkan barang perhiasan perak dan emas
Saliran - Pembinaan sistem saliran untuk memajukan pertanian
Penyelidikan- Penyelidikan menghasilkan benih berkualiti.

[15 x 2m = Mak. 12 markah]
(c) Huraikan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 156-158)

Pusat - Baghdad menjadi pusat kegiatan ilmu pengetahuan
Tulis - Penulisan karya dalam bahasa Arab
Terjemah - Penterjemahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab.
Baitulhikmah - Menubuhkan Baitulhikmah untuk kegiatan penterjemahan.
Kaedah - Memperkenalkan kaedah penterjemahan dan penulisan yang sistematik.
Agama - Penglibatan ulama dalam penulisan pelbagai bidang agama Islam.
Ulama - Kelahiran tokoh ulama Islam.
Pisah - Pemisahan ilmu Islam mengikut bidang tertentu.
Ubahsuai - Pengubahsuaian terhadap karya terjemahan.
Warisan - Memelihara warisan ilmu Eropah daripada lenyap
Tinggi - Menubuhkan pusat pengajian tinggi.
Penyelidikan - Mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
Kembang - Mengembangkan hasil kajian Islam ke Eropah.
Renaissance - Menyumbang kepada kelahiran zaman Renaissance di Eropah.
Tingkat - Peningkatan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat.
Cambah - Percambahan ilmu pengetahuan.

[16 x 2m = Mak. 12 markah]
(d) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan Islam ke Eropah Timur.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 162 - 163)

Constantinople Penaklukan Constantinople oleh tentera-tentera Islam.
Akidah - Akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
Ghazi - Tentera Islam mempunyai semangat ghazi.
Tentera - Sistem ketenteraan yang tersusun dan peralatan senjata moden.
Janissari - Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai tentera elit Janissari.
Armada - Memilki armada tentera laut yang kuat.
Politik - Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah.
Byzantine - Kejatuhan empayar Byzantine.
Gereja - Gereja Greek Ortodoks tidak lagi berfungsi sebagai pelindung masyarakat Kristian.
Terbuka - Dasar keagamaan kerajaan Uthmaniyah yang bersifat terbuka.
Sosial - Dasar sosial Islam yang berasaskan kecemerlangan individu menarik minat orang Kristian memeluk Islam.
Hijrah - Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan.
Sufi - Ahli sufi berperanan menyebarkan Islam.

[13 x 1m = Mak. 10 markah]

No comments:

Post a Comment