Tuesday, May 26, 2009

KeDaH KeNa PuLa


JARINGAN tunggal Razali Umar Kandasamy dua minit selepas aksi babak kedua bersambung mencukupi buat Perak melakar kejayaan 1-0 ke atas Kedah, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.Pemain itu menguis bola masuk ke dalam gawang yang ternganga selepas mencuri bola dari kawalan Sabree Mat Abu berikutan salah faham antara pemain pertahanan kedah itu dengan penjaga golnya, Mohd Helmi Eliza Elias.Kemenangan itu cukup bermakna buat anak buah M Karathu yang turun tanpa kemenangan dalam lima perlawanan terakhirnya yang mula menimbulkan keresahan penyokong pasukan Kejor Yob Kejor itu.Malah berikutan pencapaian hambar pasukan Seladang setakat ini menyaksikan perlawanan malam tadi disaksikan kira-kira 1,000 penyokong kerana menjangkakan pasukan mereka akan terus menjadi mangsa belasahan.

No comments:

Post a Comment