Tuesday, May 26, 2009

NoTa SeJaRaH


DETIK-DETIK HIJRAH RASULULLAH

Setelah musim haji selesai, Rasulullah sempat tinggal di kota Mekah hingga bulan safar. Desas-desus yangmengatakan bahawa baginda akan berhijrah ke kotaYatsrib telah diketahui oleh kaum musyrikin. Merekamula mengadakan perundingan bagaimana caranya untukmenghalang Rasulullah dari berhijrah.Akhirnya setelah berbagai pandangan dan cadangandiajukan, akhirnya mereka memutuskan Rasulullah mestidibunuh. Walau bagaimana rancangan jahat kafir Quraisytelah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda melaluiJibril. Rasulullah diperintahkan oleh Allah supayaberhijrah ke Yatsrib.Dengan tekad untuk melaksanakan perintah wahyu Ilahiyang baru diterimanya, baginda segera mengaturpersiapan-persiapan yang diperlukan. Seketika itujuga, walaupun di tengah panas yang terik, Rasulullahberangkat menuju ke rumah sahabat karib baginda, AbuBakar As Siddiq dengan maksud menyampaikan perintahhijrah itu.Tatkala Rasulullah masuk ke rumah Abu Bakar, makakedua puteri Abu Bakar, iaitu Siti Asma’ dan SitiAisyah yang mula-mula melihat kedatangan baginda,sudah merasakan tentu ada hal luar biasa yang hendakdisampaikan. Jika tidak masakan baginda datang diwaktu-waktu tengahari begini.Rasulullah, kemudiannya memberitahu Abu Bakarsesungguhnya Allah telah mengizinkan kepadanya untukberhijrah. Ketika itu juga airmata Abu Bakar menitismembasahi mukanya. Ia menangis kerana kegembiraan yangtidak terhingga. Sebelum ini Abu Bakar memang telahmenyusulkan kepada Rasulullah supaya mereka berhijrahdisebabkan keadaan yang begitu menekan dari masa kesemasa. Tetapi Rasulullah selalu mengatakan belum adapetunjuk dari Allah. Walaupun begitu, sebagai seorangyang mempunyai pandangan jauh, maka sejak lama duluAbu Bakar telah mengatur persiapan-persiapan yangdiperlukan untuk hijrah. Cuma menunggu detik dansaatnya saja lagi.Setelah segala persiapan yang diperlukan siap diatur,Rasulullah mengarahkan kepada Sayidina Ali supayatidur di kamar baginda. Tujuannya ialah supayapemuda-pemuda Musyrikin menyangka baginda masih tidur.Di malam itulah juga iaitu malam Jumaat, bulanRabiulAwal, tahun ke 13, setelah diutuskan menjadiRasul, pada 28 Jun 622 M, Rasulullah bersama denganAbu Bakar meninggalkan kota Mekah, tanahair tempattumpah darah mereka, bukan kerana takut, tapi atasmatlamat untuk menyelamatkan perjuangan Islam ataspetunjuk dan perintah Allah.Keesokan harinya, ketika Ali bangun dari tidur,pemuda-pemuda Quraisy yang diperintahkan mengepungrumah Rasulullah mendapati yang ada di rumah itu hanyaAli, bukannya Rasulullah. Dengan rasa hampa merekakembali dengan tekad untuk terus mencari Rasulullahwalau di mana juga baginda berada. Rasulullah saw danAbu Bakar meneruskan perjalanan mereka menujuPergunungan Tsaur yang jaraknya kira-kira setengah jamsaja berjalan kaki dari luar kota Mekah. Rasulullahsendiri tidak memakai kasut hingga menyebabkanluka-luka kecil dikakinya. Abu Bakar bertindakmelebihi seorang pengawal biasa. Sebentar beliauberada di hadapan baginda dan sebentar kemudian beradadi belakang.Menjelang tengah malam, sampailah mereka di gua Tsur,yang terletak di lereng pergunungan. Abu Bakar-lahyang membuka pintu gua dan kemudiannya masuk ke dalamuntuk membersihkannya terlebih dahulu. Ketika itulahtangan Abu Bakar digigit oleh seekor binatang bisa,tetapi hal itu tidak diceritakan kepada Rasulullah.Sehinggalah apabila Rasulullah berbaring di pangkuanAbu Bakar dan merasai titisan air mata beliau keranamenanggung kesakitan, barulah Abu Bakar menceritakanhal yang sebenarnya. Rasulullah lantas berdoa kepadaAllah dan seketika itu juga hilanglah bisa dan bengkakpada tangan Abu Bakar.Pada hari kedua, serombongan musuh yang diketuai olehAbu Jahal telah sampai di sekitar gua Tsaur tempatpersembunyian Rasulullah dan Abu Bkar. Sesama merekaterjadi pertikaian, ada yang ingin masuk dan ada yangenggan kerana memandangkan keadaan pintu gua yangdiliputi sarang labah-labah dan sarang burungmembayangkan tidak logik ada manusia yang baru masukke dalamnya. Akhirnya mereka menerima keputusan dariUmaiyah bin Khalaf yang menggesa supaya mereka janganmembuang masa di pintu gua itu, malah lebih baikmereka pergi saja ke tempat lain untuk mencariRasulullah.Perbincangan antara sesama musuh-musuh yangberlangsung di hadapan pintu gua itu jelas dapatdidengar oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Jantung Abubakar sudah berdebar-debar kerana khuatir kalau-kalaumusuh dapat mengesan yang mereka berada di dalam gua.Debar jantung Abu Bakar segera diketahui olehRasulullah. Dalam suara perlahan, baginda membisikkandi telinga Abu Bakar bahawa sebenarnya mereka berduadi gua itu tetapi bertiga iaitu dengan Allah swt.Setelah dirasakan ancaman musuh sudah agak reda, makapada hari yang keempat, Rasulullah dan Abu Bakarmeninggalkan gua Tsaur untuk meneruskan perjalananmenuju Yatsrib. Rasulullah mengendarai unta yangbernama “Al Quswa” berdua dengan Abdullah bin Arqatdan seekor lagi dinaiki oleh Abu Bakar dengan AmirFuhairah. Abdullah bin Arqat-lah yang bertindaksebagai petunjuk jalan kerana dia memang arif denganjalan-jalan yang sepi dan aman.Di pertengahan jalan, ketika mereka sedang menyusurmelalui tepi Laut Merah, tiba-tiba Abu Bakar menyedariSurakah bin Malik iaitu orang upahan kafir Quraisyyang ditugaskan untuk membunuh Rasulullah sedangmengejar mereka dari belakang. Abu Bakar segeramemberitahu Rasulullah. Di wajah baginda sedikit puntidak membayangkan rasa cemas dan takut. tetapi AbuBakar kelihatan agak cemas. Sekali lagi Rasulullahmenenangkan Abu Bakar, bahawa Allah sentiasa bersamadan akan membantu mereka.Dengan pertolongan Allah, kuda dan Surakah sendiribeberapa kali tersungkur ke bumi hingga menimbulkanrasa cemas dan bimbang akan keselamatan dirinya, makadia pun menyeru kepada Rasulullah agar dimaafkansegala kesalahannya dan dia juga berjanji akanmemberikan apa saja keperluan yang dihajati olehbaginda. Namun Rasulullah menolak tawaran itu danSurakah dibebaskan begitu saja. Rasulullah kemudiannyameneruskan perjalanan ke Yatsrib.Rasulullah dan rombongan akhirnya sampai ke kota Quba,satu tempat berhampiran dengan Yatsrib. Di Quba-lahbatu asas pertama diletakkan oleh Rasulullah bagimembangunkan masjid pertama didirikan dalam sejarahIslam.Kini tibalah saat yang paling bersejarah bagi pendudukkota Madinah. Rasulullah dan rombongannya telah tibadi kota Yatsrib. Kedatangan baginda dialu-alukandengan selawat dan lagu selamat datang. Inilah satukeramaian yang tidak pernah wujud sebelum dan selepasitu.Penduduk Yatsrib masing-masing mengharapkan Rasulullahakan singgah di tempat mereka sebagai tamu kehormat.Walau bagaimanapun demi untuk menjaga hati mereka,maka Rasulullah hanya membiarkan saja ke mana arahuntanya pergi maka disitulah nanti baginda akansinggah.Akhirnya unta baginda berhenti di suatu lorong tempattinggal kaum Bani Najjar. Di situlah Rasulullah mulamenjejakkan kakinya di bumi Madinah. Di situ bagindamenjadi tamu di rumah Abu Ayub Al Ansari. Sejak itulahkota Yatsrib ditukar namanya oleh penduduknya sendirimenjadi Madinatun Nabi, yakni Kota Utusan Allah dankemudian disebut Madinatul Munawwarah iaitu kota yangmemancarkan cahaya.__

No comments:

Post a Comment