Tuesday, May 26, 2009

uLaNG BaCa....JaNGaN uLaNG KaJi...


Peranan dan Kedudukan Firaun Dalam Pentadbiran Mesir Purba

Ketua Pemerintahan / Ketua Negara
Ketua Tentera
Ketua Pendeta
Menguasai hasil negara
Menguasai rakyat
Menguasai tanah
Tuhan / Anak Tuhan
Berkuasa mutlak
Dianggap suci

Organisasi Sosial Masyarakat Mesir Purba

Terbahagi kepada golongan atasan dan bawahan
Golongan atasan terbahagi kepada raja dan bangsawan
Raja digelar Firaun
Golongan bangsawan terdiri daripada pendeta, kerabat diraja, pegawai pentadbir dan tentera
Golongan bawahan terbahagi kepada rakyat dan hamba
Rakyat terdiri daripada petani, pedagang dan artisan
Hamba terdiri daripada hamba tawanan dan hamba berhutang

Kepercayaan Masyarakat Mesir Purba

Percaya kepada konsep politeisme
Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam
Mempercayai kehidupan selepas mati
Mayat disimpan dan dijaga dengan baik
Keperluan selepas mati ditanam bersama mayat
Mayat disolek dan dipakaikan alat kebesaran

Sumbangan tamadun Mesir Purba Kepada Ketamadunan Manusia

Senibina piramid
Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
Penciptaan kertas daripada pokok papyrus untuk menulis
Penyimpanan rekod menggunakan kertas
Menggunakan tulisan yang cantik sebagai suatu hasil seni
Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih
Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
Memumiakan mayat
Pengawalan banjir menggunakan ilmu matematik
Penciptaan sistem pengairan
Menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

Sumbangan Tamadun Indus
· Menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk membina tamadun.
· Perancangan bandar.
· Peningkatan mutu batu-bata melalui pebakaran.
· Hubungan dengan tamadun lain.
· Mengutamakan keamanan dalam mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Sebab-sebab masyarakat Lembah Indus Berjaya Membina Bandar Terancang

· Memiliki kepakaran dari segi susun atur dan pengisian bandar.
· Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik.
· Kemajuan dalam ilmu geometri dan pembinaan.
· Pertembungan tamadun ini dengan tamadun lain
· Pertukaran teknologi dengan tamadun lain.
· Peningkatan mutu bahan binaan.
· Penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu tinggi.
· Penyesuaian pengaruh luar dengan keadaan tempatan.

Sistem Pemerintahan Dalam Dinasti Shang

Berbentuk pemerintahan beraja.
Pengganti raja dilantik daripada saudara lelaki atau anak lelaki raja.
Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.
Golongan bangsawan mentadbir wilayah.
Golongan bangsawan mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri.

Kepercayaan Masyarakat Hwang Ho

Percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Menganut kepercayaan animisme
Mengamalkan politeisme.
Memuja roh nenek moyang.
Menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (Tu).
Menyembah sungai, bukit dan gunung.
Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban.
Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh.
Mempercayai ramalan.
Upacara penilikan / ramalan menggunakan tulang oracle.
Mempercayai konsep Yin dan Yang.
Mempercayai konsep Feng Hsui.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Sistem pemerintahan monarki.
Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja
Amalan putaran dinasti
Pembinaan sistem pengairan.
Pembinaan terusan untuk pertanian dan mengelakkan banjir.
Kemajuan dalam teknologi pembajakan.
Penciptaan cangkul dan sabit dalam kerja pertanian.
Penggunaan batas untuk tujuan penanaman.
Penggunaan tulisan ideogram dalam bidang penulisan dan percetakan.
Pemujaan roh nenek moyang.
Konsep Yin dan Yang.
Konsep Feng Hsui.
Amalan penggunaan kalendar.
Falsafah perang Sun Tzu diaplikasi sebagai taktik dalam perniagaan.

Peranan Shih Huang Ti Dalam Peningkatan Tamadun China

• Mengasaskan Dinasti Chin
• Memperluaskan jajahan takluk Dinasti Chin
• Membentuk sebuah empayar
• Menyatukan jajahan takluk di bawah satu pentadbiran pusat
• Meluaskan tamadun Hwang Ho ke bahagian selatan China
• Membina Tembok Besar China

Ciri-Ciri Pemerintahan Demokrasi di Athens

• Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
• Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan
• Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
• Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan
• Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan
• Keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
• Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
• Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa terhadap Majlis, majistret dan Juri.

Amalan Sistem Republik di Rom

• Tiada pemerintah berkuasa mutlak
• Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul
• Konsul dilantik oleh Dewan Senat
• Konsul dibantu oleh Dewan Senat
• Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan
• Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka perundangan
• Konsul dilantik dariapada kalangan ahli Dewan Senat
• Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor
• Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan
• Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua rakyat Rom
• Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan

Sumbangan Tamadun China Terhadap Kemajuan Pertanian

• Pengenalan teknik tenggala
• Penggunaan kolar kuda
• Penciptaan alat kegunaan pertanian
• Penanaman secara bergilir
• Peneresan kawasan bukit untuk pertanian
• Pembinaan terusan

Ciri-Ciri Binaan Tembok Besar China

• Sepanjang 1 500 batu
• Mempunyai tembok batu
• Setiap tembok mempunyai pintu gerbang
• Pintu gerbang dikelilingi oleh parit dan menara
• Kawasan dalam tembok menempatkan istana maharaja

Sumbangan Tamadun Yunani, Rom, India dan China Terhadap Masyarakat Kini

• Sistem Demokrasi Yunani menjadi amalan hingga hari ini
• Rakyat terlibat secara langsung membentuk kerajaan.
• Sistem republik. Rom menjadi amalan
• Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme masih diamalkan
• Teknologi pembinaan dikagumi hingga hari ini.
• Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas
• Teknologi membuat tembikar.
• Hasil sastera masih dibaca dan dijadikan rujukan.
• Rekod sejarah China dapat digunakan sebagai sumber sejarah.
• Bahasa Latin dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa kesusasteraan dan keagamaan.
• Sistem pendidikan tamadun awal diteruskan dan diubahsuaikan.
• Sistem peperiksaan dipakai hingga sekarang.
• Ilmu falsafah legalisme, stoicisme, falsafah Aristotle, Socrates dan Plato masih dijadikan rujukan oleh ahli falsafah moden.
• Falsafah dalam tamadun awal menjadi asas falsafah moden.
• Beberapa teori matematik masih diguna pakai hingga hari ini.
• Sukan Olimpik masih diteruskan dalam konsep yang diubahsuaikan.

No comments:

Post a Comment