Tuesday, May 26, 2009

iSTiLaH DaLaM SeJaRaH TiNG 3


Pelabuhan entrepot----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain.Mulaqah ----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama MelakaMalakat----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’Syahbandar----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan.Cukai rasmi----Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang.Cukai tidak rasmi----Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.Surat kebenaran----Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli.Nakhoda----Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal.Kiwi----Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda.Bendahara ----Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan.Bendahari----Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti.Laksamana----Ketua angkatan laut Melaka.Temenggung----Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis)Lingua Franca Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di MelakaPerang tiga segi----Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan.Sogit----Sejenis hukuman----Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.Babas ----Sejenis hukuman.----Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan.Kapanasan ----Sejenis hukuman.----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.Rumah Panjang----Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah.----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya.----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.Tadau Kaamatan----Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan.----Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.----Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam.----Upacara yang diadakan semasa pesta ini:--Tarian Sumazau.--Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik).----Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar.Tuai Rumah----Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang----Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati.----Peranan:--Menjaga keamanan di kawasannya.--Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.--Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan.

No comments:

Post a Comment