Thursday, July 2, 2009

MuSiM BuaH

BerSaNGKa BaiK


"While people sleep, we work. While people work, we work ahead,"

HaRi2 MaKaN DuRiaN


Lu FiKiR SeNDiRi

Bangsa Melayu harus berubah, harus menerima hakikat, zaman hak istimewa orang Melayu, zaman biasiswa dan sebagainya lama kelamaan akan berkurangan dan mungkin terus lenyap. Bermula dengan konsep meritokrasi untuk masuk universiti sekarang ini dengan pengenalan Biasiswa Nasional. Siapa bijak dia akan diberi keutamaan. Inilah cabaran dunia era globalisasi, cabaran hak sama rata. Namun orang Melayu, terutama anak-anak muda masih leka, masih alpa, masih melepak. Tengok sendiri di taman perumahan saya, betapa ramai anak remaja Melayu selepas waktu sekolah mundar mandir tanpa arah. Dari lepas waktu sekolah hinggalah ke lewat senja bahkan ke tengah malam. Yang ada motosikal, naik motosikal ke hulu ke hilir, pergi rumah kawan, pergi kedai, tanpa arah tujuan. Emak ayah pun seolah-olah memberi lampu hijau membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa arah tujuan.
Itu yang bab melepak, naik motosikal. Itu belum lagi yang hisap rokok. Boleh katakan peratusan hisap rokok amat tinggi di kalangan remaja sekolah. Pemerhatian di taman perumahan rumah saya boleh dikatakan lebih 90 peratus pelajar sekolah menengah lelaki menghisap rokok. Dan ada yang menjadi perokok tegar. Bilangan pelajar sekolah rendah yang menghisap rokok mungkin sekitar 10 peratus. Apa nak jadi bangsa Melayu kita, anak-anak kita? Isteri saya yang mengajar di sekolah menengah mengatakan pelajar bukan Melayu di tingkatan menengah atas lebih ramai menerima biasiswa dari pelajar Melayu.
Namun pelajar Melayu masih leka, masih mundar mandir, masih melepak, masih merokok, masih membuang masa di kafe siber. Selepas ini had matapelajaran SPM 10 atau 11 subjek jika pelajar sekolah agama. Makin bersaing lagi pelajar Melayu dengan pelajar bukan Melayu.
Ibu bapa dan guru perlu sama-sama membimbing anak bangsa kita. Kereta dan rumah sekadar keperluan, bukan impian atau cita-cita. Apa guna berlumba-lumba buat banglo di dunia tetapi ala kadar buat banglo di akhirat? Apa guna berlumba-lumba berkereta sedikit mewah tetapi anak-anak kita hilang daya saing, hilang daya juang?
Fikirlah sendiri.
Kesatuan dan perpaduan Melayu bermula di rumah kita, bermula di kejiranan kita, bermula di masjid dan surau kita.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.� (Al Imran: 103). - mns

Tuesday, June 30, 2009

TRY TeST

Empat negeri di utara ganding bahu banteras jenayah

BAYAN BARU - Perkongsian maklumat secara sistematik membabitkan semua pasukan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di wilayah utara mampu mempercepatkan tindakan membanteras kegiatan jenayah secara berkesan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pendekatan secara bersepadu itu membolehkan penyaluran maklumat dilakukan dengan lebih pantas untuk mengelakkan penjenayah membolosi kawasan kejadian dengan melarikan diri ke kawasan lain atau sempadan negara.

Beliau berkata sebagai contoh, jika kejadian jenayah berlaku di Bukit Mertajam, maklumatnya akan disalurkan kepada negeri berdekatan iaitu polis Sungai Petani dan Kulim (Kedah) serta Parit Buntar (Perak).

“Kita sudah nampak kejayaan hasil kerjasama erat dan penyaluran segera maklumat yang dilakukan sebelum ini apabila lima lelaki Vietnam yang melakukan rompakan di Kulim berjaya dikesan di kawasan Bukit Mertajam.

“Tindakan pantas anggota polis dari kedua-dua daerah berjaya menumpaskan kumpulan itu apabila berjaya menembak mati kelima-limanya dalam satu serbuan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Bersama Tujuh Penjuru Wilayah Utara yang julung kali diadakan di Hotel Equatorial di sini semalam.

aKTa JPJ


Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

KUALA LUMPUR – Penggunaan kenderaan dengan transmisi gear automatik semasa ujian memandu dijangka dapat dilaksanakan, akhir tahun ini.

:Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew berkata, bagi tujuan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengambil beberapa langkah, termasuk membuat pemindaan dua akta.

:“Kerajaan sedang membuat pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah kenderaan (lesen Memandu) 1992 bagi membolehkan calon menggunakan kenderaan automatik untuk ujian memandu,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

:Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Nora Abdul Rahman (BN-Tanjong Manis), bila kementerian akan membenarkan penggunaan kereta automatik bagi ujian memandu sebagaimana yang dilaksanakan kebanyakan negara membangun.

:Hoi Chew berkata, pindaan akta tersebut juga akan menetapkan kelas khas lesen memandu untuk penggunaan kereta automatif.

:“Sekiranya pemandu memilih untuk menjalankan ujian menggunakan kenderaan gear automatik, maka berdasarkan pindaan akta itu, pemandu hanya boleh memandu kenderaan automatik sahaja,” katanya.

:Beliau berkata, JPJ juga sedang mengubah struktur kurikulum memandu, struktur latihan ujian memandu serta struktur kelas lesen memandu untuk tujuan tersebut.

Monday, June 29, 2009

SuNGai LiMau, YaN HeBaT

Kedah siap sedia jadi ‘Jelapang Minyak’ 2013

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhasrat menjadikan negeri ini ‘Jelapang Minyak’ menjelang 2013 apabila tiga projek mega industri minyak dilaksanakan kelak.

:Menurutnya, tiga projek itu juga kini dalam peringkat akhir rundingan dan kerajaan negeri mahu melaksanakannya secepat mungkin.

:“Insya Allah, jika tiada halangan, ketiga-tiga projek itu akan berjalan lancar. Projek pembinaan depot simpanan minyak mentah oleh Pristine Oil bernilai RM1 bilion, dibangunkan atas tanah seluas 160 hektar di Gurun. Manakala majlis pecah tanah projek penapisan minyak Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) dijangka Ogos ini. Satu lagi projek di Jerlun-Bukit Kayu Hitam,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat peringkat negeri, di sini, semalam.