Friday, July 10, 2009

BaRu Tau


Ini bukan isu baru ia pernah didedahkan sedikit masa dahulu namun mungkin kerana kekurangan fakta pendedahan ini hanya disapu ke bawah permaidani.Di persisiran laut Kelantan, Allah telah menurunkan 'rezeki' dari perut bumi iaitu minyak dan gas. Hasil ini kalau digali dan di daratkan di Kelantan ia bukan sahaja boleh memberikan rezeki kepada rakyat Kelantan tetapi turut dirasai negeri sekitar dan seluruh negara.Namun oleh kerana Kelantan diterajui oleh Pakatan Rakyat dan regim hampir hilang harapan untuk mengambil alihnya semula maka regim ini yang menggali minyak dan gas di lautan Kelantan mengambil keputusan untuk mendaratkan hasil industri petroleum tersebut di Thailand.Ini menggambarkan kebusukan hati pemimpin Regim . Sanggup beri untung kepada 'orang asing' dari melihat anak bumi sendiri makmur hasil dari anugerah Illahi.....Di bawah ialah petikan pendedahan wujudnya industri petroleum di lautan Kelantan.Namun berdasarkan banyak pendapat pakar perundangan maka kerajaan Kelantan masih layak membuat tuntutan royalti terhadap Petronas kerana memunggah kekayaan bumi Kelantan.

No comments:

Post a Comment