Friday, June 12, 2009

MuSiBaH ???

PUTRAJAYA: Kerajaan mengaktifkan Pelan Kesiapsiagaan Menghadapi Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPPP) dan Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian bagi menangani Influenza A (H1N1) selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus itu sebagai pandemik dan meningkatkan paras amarannya kepada tahap enam, kelmarin. Berikutan itu, rakyat diminta tidak panik dengan perkembangan itu dan Kementerian Kesihatan memberi jaminan semua langkah perlu, sudah dan akan diambil bagi memastikan penularan H1N1 terkawal. Pada masa sama, Majlis Keselamatan Negara juga digerakkan bagi menyelaras program pencegahan, kawalan, mempertingkatkan kegiatan pemantauan, pencegahan dan kawalan seperti yang ditetapkan dalam NIPPP.

No comments:

Post a Comment