Friday, June 12, 2009

JaWaPaN STRuKTuR 08 BHG 1

SOALAN 1

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ anugerah daripada sungai Nil ’ ?
[ 2 markah ]


-
Lahir di Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke laut Mediterranean
-
Sungai Nil berpunca daripada dua batang anak sungai , iaitu sungai Nil Biru dan sungai Nil Putih
-
limpahan air sungai Nil ke tanah gersang menukar bentuk bumi menjadi subur
-
tanah lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
-
Delta sesuai untuk kegiatan pertanian
-
Delta sesuai untuk petempatan kekal
-
Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan
-
Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanaman
-
Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan tamadun Mesir


( b) Nyatakan dua peranan firaun dalam organisasi masyarakat Mesir Purba .
[ 2 markah ]


-
Raja berkuasa mutlak
-
Ketua Pendeta
-
Pemilik tanah
-
Ketua hakim
-
Ketua pahlawan
-
Pemilik tanah
-
Membina sistem pengairan

( c ) Bagaimanakah golongan bangsawan memberi sumbangan dalam tamadun Mesir Purba ? [ 2 markah ]
Menjalankan pentadbiran / menjadi pembesar / bantu firaun
-
Menjaga keamanan
-
Mengurus penghasilan makanan
-
Mengagihkan bekalan makanan
-
Menjadi gabenor di wilayah taklukan

( d ) Nyatakan sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun Mesir Purba.
[ 2 markah
]

Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
-
kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
-
pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
-
pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
-
pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
-
Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains


( e ) Senaraikan dua kejayaan yang telah dicapai dalam bidang perubatan.
[ 2 markah ]

melahirkan pengamal perubatan
pengamal perubatan mendapat status tinggi
berkhidmat untuk firaun dan masyarakat
proses memumiakan mayat / mengawetkan
- Mahir dalam bidang pembedahan

Soalan 2

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?
[1 markah]

- Eropah mengalami zaman mundur
- Kejatuhan empayar Rom di Eropah
- merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
- Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran

b) Senaraikan dua ciri zaman gelap di Eropah .
2 markah ]


- Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan, dan kehidupan di bandar
- Pentadbiran pusat yang lemah
- Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
- Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
- Kegiatan ekonomi yang terhad
- Sifat gereja yang mengongkong
- Kemunculan sistem feudal
- Kehidupan kacau bilau / peperangan / petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah

(c) Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada Zaman Gelap ?
[ 2 markah ]


- gereja amat berkuasa
- gereja memiliki hartanah yang banyak
- kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
- berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
- gereja mengongkong kehidupan masyarakat


d) Mengapakah pada zaman pertengahan kegiatan perdagangan tidak meluas ?
[ 2 markah ]


- Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
- Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
- Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
- Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
- Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter
- Penggunaan mata wang amat terhad
- Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh


(e) Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
[3 markah]


- Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperintah ( rakyat )
- Raja memiliki tanah secara mutlak
- Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
- Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir
- Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
- Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
- Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar

Soalan 3
3. a) Siapakah yang mereka bendera Negara kita ?
[ 1 markah ]
-
Encik Mohamad Hamzah

b) Senaraikan pihak yang terlibat sehingga terhasilnya bendera Negara.
[ 2 markah ]

- Majlis Perundangan Persekutuan
- Penglibatan 373 pereka
- Akhbar The Malay Mail
- King George VI

c) Jelaskan maksud lambang-lambang yang berikut :-

i. bintang berpecah empat belas

-
gabungan empat belas buah negeri dalam Persekutuan Malaysia

ii warna biru

-
Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum

iii Bulat sabit

-
melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia

d) Mengapakah bendera kebangsaan diwujudkan?
[ 2 markah ]

-
Kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
-
Menaikkan semangat
-
Membezakan Malaysia daripada negara lain / identiti
-
Membangkitkan semangat perjuangan / patriotik
-
Menunjukkan kesetiaan
-
Bersatupadu / simbol perpaduan
-
Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara
-
Menimbulkan rasa bangga terhadap negara
-
Menunjukkan ketaatan kepada negara
-
Untuk digunakan dalam istiadat dan majlis rasmi

e) Sebagai seorang warganegara yang setia kepada negara , apakah tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang membakar bendera negara?
[ 2 markah ]

- Melucutkan kewarganegaraan
- Menjalani sesi kaunseling
- Mengenakan perkhidmatan masyarakat
- Hukuman penjara
- Denda
- Buang daerah / negeri
-
Dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menghina negara
-
Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA atas tuduhan mencetuskan huru hara
-
Mana-mana yang munasabah

Soalan 4

4 ( a ) Siapakah yang mengemukakan idea tentang penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) ?
[ 1 markah ]

- Tunku Abdul Rahman


( b ) Apakah jawatan yang disandang oleh beliau dalam pertubuhan tersebut?
[ 1 markah ]

-
Setiausaha Agung OIC
-
Pengerusi OIC

( c ) Berikan matlamat penubuhannya.
[ 3 markah ]

-
Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam semua bidang
-
Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
-
Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam

No comments:

Post a Comment