Wednesday, June 3, 2009

aNGKaRa MaBuK

KOTA BHARU - Seorang pelajar terbunuh manakala ibunya cedera parah apabila dirempuh sebuah pacuan empat roda dipercayai dipandu seorang lelaki yang disyaki dalam keadaan mabuk di Wakaf Che Yeh, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 pagi itu, mangsa Safayu Mohd Salleh, 18, meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) akibat kecederaan parah di kepala. Manakala ibu mangsa, Nuru Ashikin Yahya, 36, yang patah paha kanan kini dirawat di HRPZ II dan keadaannya dilaporkan stabil. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan ibunya berdiri di atas pengadang jalan untuk melintas selepas berbelanja di Pasar Wakaf Che Yeh. “Ketika mereka berada di pengadang berkenaan secara tiba-tiba sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah Kota Bharu ke Machang dikatakan bergesel dengan sebuah kereta sebelum terbabas merempuh mangsa dan masuk ke laluan bertentangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment