Wednesday, June 10, 2009

aDa aPa DeNGaN WuDuK

Ada Apa Dgn Wuduk
Baginda Rasulullah saw bersabda : " Sesungguhnya tidak akan menyukarkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka berwudhuk pada setiap kali sembahyang.(H.R Ahmad dengan sanad sahih) Imam Al-Ghazali dalam bukunya al-Minhaaj Al-Aarifiin (Menuju Dia terjemahan Al-Qari) pernah menulis : Apabila anda bersuci maka hendaklah anda berfikir tentang kejernihan air dan kehalusannya juga keupayaannya menyuci dan membersihkan, kerana sesungguhnya Allah menjadikan dia berkat. Allah berfirman : 'Dan Kami menurunkan dari langit, air yang diberkatkan.'(Qaaf : 9) Kerana itu gunakanlah dia sebaik-baiknya pada anggota-anggota yang difardhukan Allah menyucikannya dan bersihkan beserta (hati) anda kepada Allah seperti kebersihan air itu.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". Penjelasannya:
1.Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2 Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

No comments:

Post a Comment