Friday, May 22, 2009

kursus hari...

salam ukhwah...
selamat pagi....dan assalamualaikum...
aku pi kursus..ict ok..menarik dan tetarik juga..
aku belasah meehun...

5 comments:

  1. Kursus OK gak...yang belakang KO. Leh tera2. Leen kali depa buat lagi. Kita belasah lagi. Makang ikang kayu Kuala Sg Limau.Beeb...

    ReplyDelete
  2. Bila dah ada blog sendiri...tentu semua akan menjadi mudah. Mendapat maklaumat..juga rakan yang ramai. Namun , ingat pada..raja...depa tidak kira siapa kita. Terussssssss, ngan karya anda. Moga dimanfaatkan.Adioooosssss

    ReplyDelete
  3. Nama: RUTH KHOO
    Program : M.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)
    Tajuk : EMOSI




    “TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA”

    1. selalu berfikiran positif,dan logik.
    2. selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
    3. selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
    4. membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
    5. sentiasa memaafkan orang lain.
    6. selalu berdoa.
    7. elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
    8. selalu bersenam.
    9. elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
    10.mempunyai rehat yang cukup.

    ReplyDelete
  4. Tingkatkan Daya Ingatan
    Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
    Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita t ida k menjadi terlalu pelupa.
    Antaranya ialah:
    Amalkan Tidur Yang Cukup
    1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
    Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
    Mengawal Tekanan
    Tekanan hanya akan membuat jiwa anda t ida k tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang t ida k peka dengan keadaan persekitaran. Anda t ida k dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
    Bersenam
    Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan per eda ran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
    Elakkan Kemurungan
    Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda t ida k ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan t ida k segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda t ida k hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
    Awasi Pengambilan Ubat
    Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
    Belajar Sesuatu yang Baru
    Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
    Permainan
    Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
    Banyak Membaca
    Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
    Katakan Berulang Kali
    Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
    Fokus
    Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
    Bermain Dengan Angka
    Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.
    Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
    Membaca Al-Quran
    Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik

    ReplyDelete
  5. 10 CIRI GURU BESTARI
    • PELOPOR ANJAKAN MINDA
    • PENYEMAI AKHLAK MURNI
    • PERANCANG PEMBELAJARAN BERKESAN
    • PENGGERAK BUDAYA BERFIKIR SECARA
    KRITIS DAN KREATIF
    • PENCETUS IDEA
    • PENGAMAL BUDAYA BELAJAR SEPANJANG
    HAYAT
    • PEMUDAH CARA BERKESAN
    • PEMIMPIN MASYARAKAT DINAMIK
    • PENDORONG KE ARAH GAYA HIDUP PENYAYANG
    • PENGAMAL TEKNOLOGI TERKINI

    ReplyDelete